Warga Jepun, Vietnam, Filipina dilarang masuk restoran Notis yang melarang warga Vietnam, Filipina dan Jepun memasuki Restoran Beijing Snacks menimbulkan kemarahan ramai. - Foto AGENSI
Pemilik tak kesal tapi turunkan notis cetus kontroversi

Beijing: Satu notis di sebuah restoran di Beijing melarang warga negara Jepun, Vietnam dan Filipina serta anjing masuk kerana negara mereka ada pertikaian maritim dengan China, mencetuskan kemarahan penduduk tiga negara berkenaan di laman web.
Restoran ‘Beijing Snacks’ dekat Bandar Larangan, sebuah destinasi pelancong popular, meletakkan notis itu yang memberitahu ‘Kedai ini tidak menerima pelanggan dari Jepun, Filipina, Vietnam dan anjing.’
Saya tidak kesal. Cuma, saya banyak habiskan masa kerana terpaksa layan banyak panggilan mengenainya," Wang, Pengurus restoran

Enggan minta maaf

Gambar notis kontroversi itu disiarkan forum bahasa Vietnam dan banyak dilaporkan akhbar Filipina an Vietnam.

Foto notis kontroversi itu banyak diulas forum bahasa Vietnam dan banyak disiarkan akhbar dan laman web Filipina minggu ini.

Pengurus restoran Beijing itu enggan meminta maaf dan tidak kesal meskipun menurunkan notis itu selepas menyedari ia mencetuskan kritikan.
China, Filipina, Vietnam menuntut Kepulauan Spratly di Laut China Selatan manakala Beijing dan Tokyo terbabit dalam pertikaian pulau Senkaku atau Diaoyu di Laut China Timur.

Pengurus restoran yang hanya menggunakan nama Wang berkata, notis itu diturunkan kerana ramai yang bertanya.

“Saya tidak kesal. Cuma, saya banyak habiskan masa kerana terpaksa layan banyak panggilan mengenainya,” kata Wang.

Kemarahan di internet

Akhbar rasmi Vietnam, Tuoi Tre menyiarkan berita mengatakan notis itu mencetuskan kemarahan penduduk negara itu yang meluahkannya di internet.

Ia mendakwa, ramai penduduk Vietnam merasakannya satu lagi contoh sikap nasionalisme keterlaluan China yang perlu dikutuk.

“Itu bukan menunjukkan sikap patriotik tetapi tindakan bodoh,” kata seorang penduduk Vietnam, Sy Van, di laman web akhbar itu. - AFP