Wenger menaruh kepercayaan permulaan suram dengan kehilangan dua tonggak itu tidak akan menjejaskan kekuatan The Gunners untuk menamatkan kemarau trofi sejak tujuh tahun malah dia masih berpeluang untuk mendapatkan pemain baru sebelum tarikh tutup perpindahan, 31 Ogos ini.
Kita perlu menjadi lebih kreatif. Olivier Giroud memiliki peluang terbaik pada penampilan sulung menentang Sunderland manakala Lucas Podolski masih belum menemui sentuhan sebenar untuk merobek kedegilan benteng pertahanan lawan, katanya.
Ketika berbicara mengenai pemain baru yang menyertai pasukan, Wenger tidak menafikan yang beliau sukar menggantikan pemain berkualiti seperti van Persie yang berpindah ke Manchester United.
Saya tidak nafikan kami kehilangan seorang pemain bertaraf dunia yang sukar digantikan. Podolski masih tidak bersedia tetapi dia ada kualiti, katanya.
AFP
