Laman Utama » Sarawak

Willie tak kekok dekati pengundi



2011/04/08
Share |
LAWAS: Memulakan langkah pertama sebagai calon pilihan raya sememangnya agak asing bagi sesetengah calon tetapi tidak bagi calon Barisan Nasional (BN) di kerusi panas Ba'kelalan, Willie Lau, 43, ketika melangkah bersama jentera pilihan raya di sekitar pekan ini semalam.

Bermula jam 7.30 pagi, peguam yang mempunyai firma guaman di sini dan Limbang, menikmati sarapan bersama penduduk pekan ini, terutama pengundi di Ba’kelalan yang mencari rezeki di pekan kecil itu serta kampung sekitarnya. Jam 8 pagi, beliau bergegas ke Hospital Lawas, bagi meluangkan waktu menziarahi rakannya yang terlantar sejak beberapa hari lalu. Selepas itu, Willie bergegas pula ke Pasar Lawas untuk beramah mesra, sekali gus mendekatkan dirinya dengan peniaga dan pelanggan, terutama pengundi di Ba’kelalan.

Raut wajahnya tenang dan tidak putus-putus menguntum senyuman membuatkan beliau disenangi.

Ketika ditemui Berita Harian dalam keadaan tubuh dibasahi peluh, Willie tetap menguntum senyuman menjawab soalan.

“Saya menjelaskan kepada pengundi saya mewakili kerajaan BN tidak ada agenda lain untuk memenangi pilihan raya ini, kecuali berkhidmat untuk rakyat di kawasan ini,” katanya.
Artikel Lain