YB Nancy Shukri, Ahli Parlimen Batang Sadong yang baru dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri memeluk ibunya, Bibi Macperson, 83, ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak, hari ini. - Foto Nadim Bokhari
May 19, 2013 2:09 pm
YANG di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob membuat pukulan 'Tee Off' sambil diperhatikan Ketua Menteri, Datuk Wira Idris Haron (kanan) pada Kejohanan Golf Bandaraya sempena sambutan ulangtahun ke-10 perayaan Bandaraya Melaka Bersejarah 2013 di Tiara Melaka Golf & Country Club, Jalan Gapam, Melaka, hari ini. - Foto Rasul Azli Samad
May 19, 2013 12:01 pm
TERPUTUS HUBUNGAN...Penduduk kampung melihat keadaan jalan dipenuhi tanah selepas banjir lumpur melanda Kampung Bukit Senggeh, Selandar, hari ini. - Foto Jaafar Neemat
May 19, 2013 11:55 am
ANGGOTA polis Daerah Kubang Pasu menunjukkan kira-kira 270 kilogram daun ketum yang sudah dibungkus dengan nilai anggaran RM5,000 yang dirampas di Pida Enam, Jitra, hari ini. - Foto Rahmat Othman
May 19, 2013 11:23 am
PENGARAH Bahagian Buku Teks, Abdul Ghani Mohamad Niza menunjukkan keratan 'Buletin Sejarah' yang akan diedarkan ke sekolah di seluruh negara yang diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai bahan sokongan pelajar menghadapi Subjek Sejarah Kertas 3 bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baru diperkenalkan pada tahun ini di Festival Hari Guru 2013 di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Seremban, hari ini. - Foto Iqmal Haqim Rosman
May 19, 2013 11:20 am
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat melakukan siasatan di ruang tamu dimana sepasang suami isteri, Mahmud Mohd Yusof, 60 dan Halimah Khamis 55, dijumpai mati dalam kebakaran di Kampung Pasir, Skudai, Johor Bahru, hari ini. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
May 19, 2013 8:36 am
PEMAIN tengah Juventus, Emanuele Giaccherini (kanan) dicabar pemain pertahanan Sampdoria, Shkodran Mustafi pada perlawanan Serie A di Stadium Luigi-Ferraris, Genova, awal pagi tadi. Keputusan penuh Sampdoria 3, Juventus 2. - Foto AFP
May 19, 2013 7:42 am
PEMAIN Kelantan, Indra Putra Mahayuddin (kanan) diasak pertahanan Selangor, Mohd Nasriq Baharom dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu, malam tadi. Kedua-dua pasukan seri 1-1. - Foto Syamsi Suhaimi
May 19, 2013 6:50 am
PENDAKI aksi bahaya Perancis, Jean-Michel Casanova, melihat ke bawah ketika melakukan pendakian di Lif Bailong dekat lereng bukit kawasan pelancongan Wulingyuan di kawasan Zhangjiajie, wilayah Hunan, semalam. Lif Bailong mempunyai ketinggian 330 meter dan mula digunakan pada 2002. Pegawai tempatan mendakwa, ia adalah lif terbuka paling tinggi di dunia. Casanova mengambil masa 68 minit dan 26 saat untuk membuat pendakian tanpa menggunakan alat keselamatan, lapor media. - Foto REUTERS
May 19, 2013 6:32 am
DATUK Seri Abdul Wahid Omar yang bakal dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, bersalaman dengan Pengurus Besar Legoland, Siegfried Boerst (kanan) di depan blok lego Menara Maybank di Miniland Legoland Malaysia, Nusajaya, hari ini. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
May 18, 2013 4:40 pm