SANDAKAN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerusi calonnya, Ansari Abdullah terus mencabar dua lagi calon yang bertanding di Batu Sapi agar bersamanya berdebat meskipun kedudukanya atau locus standi dipersoalkan untuk berbuat demikian. [ + ] 13:15:46 PM
SANDAKAN: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan pilihan raya Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin pagi ini menemui orang ramai di bandar Ramai-Ramai dan bandar Nam Tung. [ + ] 13:20:57 PM
SANDAKAN: Pilihan raya Kecil Parlimen Batu Sapi menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). [ + ] 11:24:47 AM
SANDAKAN: Selepas separuh masa atau pusingan pertama tempoh berkempen, calon Barisan Nasional (BN) Datin Linda Tsen, balu mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah, dilihat berada dalam keadaan lebih selesa untuk memenangi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi pada 4 November ini. [ + ] 12:02:17 PM
SANDAKAN: Ia satu pengalaman yang sukar dilupakan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Ansari Abdullah apabila beliau terjatuh ke dalam laut apabila pelantar jeti tempat beliau berpijak tiba-tiba roboh. [ + ] 17:48:52 PM
KUALA LUMPUR: Dulunya hanya seorang suri rumah tetapi hari ini Datin Linda Tsen membuktikan kemampuannya sebagai Ahli Parlimen Batu Sapi di Sabah apabila beliau berbahas buat kali pertama pada persidangan Dewan Rakyat di sini. [ + ] 17:49:46 PM
Calon Barisan NasionalDatin Linda Tsen Thau Lin, 54 Timbalan Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) bahagian Elopura
|
Calon SAPPDatuk Yong Teck Lee, 52 Pengerusi Parti Maju Sabah (SAPP)
|
Calon Parti Keadilan RakyatAnsari Abdullah, 56 Bekas Pengerusi Perhubungan Sabah
|
Nama: Datin Linda Tsen Thau Lin
Umur: 54
Anak: 4 orang
Pekerjaan: Ahli muzik profesional (piano)
Pendidikan: Sekolah Rendah Chi Hwa, Sandakan, Sekolah Menengah Tiong Hwa, Sandakan St Brandon School, Clevedon, United Kingdom Trinity College of Music, London Fellowship London College of Music
Jawatan politik: Timbalan Ketua Wanita Elopura, Naib Ketua Exco Wanita Exco Pusat
Nama: Datuk Yong Teck Lee
Umur: 52
Ini kali pertama Yong dipilih sebagai calon pilihan raya selepas beliau hilang kelayakan untuk berbuat demikian selama lima tahun mulai 2001 kerana melanggar peraturan pilihan raya pada 1999.
Walaupun larangan terhadap beliau itu ditarik balik pada 2006, Yong tidak mengambil bahagian pada pilihan raya umum 2008 apabila permintaan SAPP untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Kota Kinabalu yang disandang oleh Parti Bersatu Sabah (PBS), ditolak oleh Barisan Nasional (BN).
Yong berkata, isu "Sabah untuk rakyat Sabah" dan "Borneonisasi" akan menjadi teras dalam tema SAPP bagi menghadapi pilihan raya kecil ini.
PETA KAWASAN:
INFO KAWASAN:
Calon: Ansari Andullah, 56, (PKR), Datuk Yong Teck Lee, 51, (SAPP), Datin Linda Tsen Thau Lin, 54, (BN).
Hari penamaan calon: 26 Oktober 2010
Pengundian: 4 November 2010
Jumlah pengundi: 25,582 (1,535 pengundi pos - pada 2 November) (601 pangkalan tentera laut Sandakan, 271 Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan dan 663 Pasukan Gerakan Am Sandakan).
Kawasan itu mempunyai 13,835 lelaki (54.08 peratus) dan 11,747 wanita (45.92 peratus) pengundi.
Komposisi etnik Bumiputera Islam 15,099 (59.02 peratus), Suluk, Bajau, Bugis, Orang Sungei dan lain-lain, Cina 9,737 (38.06 peratus) - Hakka, Kantonis dan Hokkien, Bumiputera bukan Islam 689 (2.69 peratus) - Kadazandusun dan Murut dan Indian 57 (0.22 peratus).
Pusat penamaan dan penjumlahan undi: Dewan Orang Ramai Sandakan
Pusat mengundi: 12 pusat di 11 sekolah dan satu perpustakaan wilayah, dengan 45 saluran mengundi.
Kesemua 12 pusat mengundi dibuka mulai jam 8 pagi hingga 5 petang, kecuali SK Sigulud (ditutup pada jam 4 petang) dan SK Pulau Timbang (tutup jam 3 petang)
Pegawai Pengurus Pilihan Raya: Mohamad Hamsan Awang Supain, Setiausaha Majlis Perbandaran Sandakan.
Pekerja pilihan raya: 405 kakitangan.
Keluasan kawasan: 560.9 km persegi.
Keputusan pilihan raya umum Mac 2008: Datuk Edmund Chong (BN) mendapat 9,479 undi menewaskan Dr Chung Kong Wing (Bebas) 5,771 undi. Chong menang dengan majoriti 3,708 undi.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Chong pada 9 Oktober 2010 akibat satu nahas jalan raya.
P.185 BATU SAPI, SABAH:
Keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen P.185, Batu Sapi (4 Oktober 2010)
| NAMA CALON | PARTI | BIL UNDI | KEPUTUSAN | Ansari Abdullah | PKR | 3,414 | - |
| Datuk Yong Teck Lee | SAPP | 2,031 | - |
| Datin Linda Tsen Tsau Lin | BN | 9,773 | MNG |
Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen P.185, Batu Sapi (Mac 2008)
| NAMA CALON | PARTI | BIL UNDI | KEPUTUSAN |
| Datuk Ir Edmund Chong Ket Wah | BN | 9,479 | MNG |
| Dr Chung Kwong Wing | Bebas | 5,771 | - |
| PEMILIH BERDAFTAR: | 26,004 |
| KERTAS UNDI DITOLAK: | 730 |
| KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI: | 15,980 |
| KERTAS UNDI DIKELUARKAN: | 16,398 |
| KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN: | 418 |
| PERATUS PENGUNDIAN: | 63.06% |
| MAJORITI: | 3,708 |
| PETUNJUK: | |
| MTB | Menang Tanpa Bertanding |
| MNG | Menang |
| HD | Hilang Deposit |
| TM | Tiada Maklumat |