TAN Sri Muhyiddin Yassin, berkata Bajet 2011 yang dibentangkan semalam sebagai sangat istimewa yang memberi harapan amat cerah ke arah transformasi negara untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. [ + ]
SANDAKAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman semalam menafikan desas-desus bahawa ada beberapa bilik gerakan Barisan Nasional (BN) ditutup dan jentera pilihan raya BN bergaduh kerana berebut jawatan. [ + ]
BEKAS Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee antara ahli politik 'lama' di Sabah dan memang dikenali ramai penduduk Sabah. Bekas salah seorang pemimpin kanan Parti Bersatu Sabah (PBS), beliau kini mengetuai Parti Maju Sabah (SAPP) sebagai parti pembangkang dengan memperkenalkan konsep Sabah Untuk Sabah tetapi mendapat pelbagai reaksi negatif. [ + ]
SANDAKAN: Sehari selepas mencabar Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berdebat, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee semalam pula menyifatkan Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Dr Yee Moh Chai sebagai pembohong. [ + ]
SANDAKAN: Pengundi Bumiputera Islam di Parlimen Batu Sapi dinasihat tidak terpedaya dengan dakwaan pembangkang bahawa undi mereka akan berpecah kepada Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akhirnya akan menguntungkan Parti Maju Sabah (SAPP). [ + ]
KUCHING: Pengundi di kawasan pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, tidak harus terpedaya dengan isu kuasa autonomi kepada Sabah dan Sarawak kerana sukar direalisasikan, kata Ahli Parlimen Santubong yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar. [ + ]
SANDAKAN: Seolah-olah sudah terkena sumpahan, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ansari Abdullah semalam sekali lagi terjatuh ke dalam laut – kali ini bersama empat jentera pilihan raya PKR di Kampung Gas, dua hari selepas terjatuh ke dalam laut di Kampung Api-Api, Pulau Timbang, dekat sini. [ + ]
SANDAKAN: Dalam usaha memastikan kecemerlangan tradisi membela rakyat diteruskan, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Musa Aman mahu calon yang dipilih komponen itu bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, 4 November ini, menerima sokongan penuh serta mencapai kemenangan. [ + ]
SANDAKAN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah terpaksa menerima dengan berat hati keputusan Parti Maju Sabah (SAPP) tidak memberi laluan kepada PKR bagi memastikan hanya calonnya bertanding mencabar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, 4 November ini. [ + ]
BOTA: Pergerakan Pemuda UMNO yakin golongan muda sudah kembali menyokong Barisan Nasional (BN) berikutan kemenangan besar calon BN pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Sapi, Sabah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan, Khamis lalu. [ + ]
SANDAKAN: Barisan Nasional (BN) Parlimen Batu Sapi tidak gentar dengan cabaran Parti Maju Sabah (SAPP) untuk merampas kerusi Parlimen itu pada pilihan raya kecil, 4 November ini kerana yakin perpaduan jentera BN bakal menggagalkan cita-cita berkenaan. [ + ]
SANDAKAN: Belum pun pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi diadakan, pembangkang terlebih awal gagal mempamerkan kesepaduan apabila mesyuarat yang sepatutnya diadakan di sini semalam, bagi membincangkan sama ada untuk meletakkan calon atau sebaliknya terpaksa dibatalkan berikutan ketidakhadiran pemimpin DAP dan PAS. [ + ]
SANDAKAN: Walaupun kelihatan sedikit penat dan suaranya agak serak, calon Barisan Nasional (BN), Datin Linda Tsen Thau Lin, 54, meneruskan kempen dari rumah ke rumah di beberapa kampung semalam, sambil diiringi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. [ + ]
SANDAKAN: Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yakin pengundi wanita di kawasan Parlimen Batu Sapi akan memberi sokongan penuh bagi menjamin kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Datin Linda Tsen Thau Lin, Khamis ini. [ + ]
SANDAKAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyerahkan tiga karung undi pos masing-masing kepada wakil Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Sandakan dan Pasukan Gerakan Am (PGA), yang akan mula mengundi pada esok dan Rabu ini. [ + ]
KUCHING: Tindakan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee, cuba membangkitkan isu autonomi Sabah dan Sarawak ketika kempen pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab dan hanya sebagai taktik memancing undi. [ + ]
SANDAKAN: Debat terbuka yang dianjurkan Parti Maju Sabah (SAPP) di sini semalam tidak menjadi kenyataan berikutan ketidakhadiran Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, menyebabkan parti itu menukarkan acara majlis untuk ceramah biasa, dengan ucapan dipenuhi kecaman terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN). [ + ]
SANDAKAN: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengingatkan Parti Maju Sabah (SAPP) supaya tidak lagi memainkan isu 'Sabah untuk orang Sabah' sebagai modal politik meraih sokongan pengundi. [ + ]
SANDAKAN: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ansari Abdullah semalam menyatakan kekecewaannya terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN) yang menuduh beliau tidak ada 'feng shui' atau ditimpa kecelakaan akibat dua kali terjatuh ke dalam laut ketika berkempen. [ + ]
SANDAKAN: "Pemilihan ini adalah penghormatan besar buat saya. Saya sedia meneruskan legasi mendiang suami sepanjang beliau berkhidmat kepada rakyat di Parlimen Batu Sapi. [ + ]
SANDAKAN: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim semalam mengingatkan pemimpin parti politik yang bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi supaya tidak menggunakan isu sensitif sebagai bahan kempen semata-mata untuk meraih undi. [ + ]
KUCHING: Keputusan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) meletakkan Datin Linda Tsen Thau Lin sebagai calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, 4 November ini, dianggap sebagai pilihan tepat kerana beliau mampu menggalas tanggungjawab memastikan pembangunan berterusan di kawasan berkenaan. [ + ]
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sabah muncul sebagai pejabat cawangan SPR pertama mendapat pengiktirafan kualiti Llyod's Register Quality Assurance Malaysia Berhad menerusi pensijilan MS-ISO9001:2008, berkuatkuasa Oktober lalu. [ + ]
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kemenangan Barisan Nasional (BN) di Batu Sapi dan Galas menunjukkan rakyat, terutama orang Melayu kembali yakin dengan kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak tetapi parti berkenaan masih perlu bekerja keras jika mahu meraih majoriti dua pertiga undi pada pilihan raya umum akan datang. [ + ]
SANDAKAN: Calon Barisan Nasional (BN) Datin Linda Tsen Thau Lin berikrar untuk memberi khidmat terbaik jika dipilih sebagai wakil rakyat Batu Sapi dengan mengikis tanggapan terutama pihak lawan bahawa beliau calon yang lemah. [ + ]
SANDAKAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman semalam menegaskan beliau tidak peduli dengan andaian kononnya majoriti pengundi Cina akan menolak calon Barisan nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, 4 November ini. [ + ]
SANDAKAN: Parti pembangkang hanya pandai mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN), tetapi tidak boleh membantu rakyat seperti dilakukan BN selama ini. [ + ]
SANDAKAN: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee semalam menegaskan bahawa parti pimpinannya itu tidak akan menyertai semula Barisan Nasional (BN) sekiranya berjaya memenangi kerusi Parlimen Batu Sapi. [ + ]
SANDAKAN: Ketiga-tiga calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, mula menggempur kawasan majoriti pengundi Cina, yang dilihat sebagai penentu kemenangan pada hari pengundian 4 November ini. [ + ]
SANDAKAN: Alamat buruk buat calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ansari Abdullah pada hari kedua kempen apabila beliau dan pengurus kempennya, Oting Enchi serta seorang wartawan sebuah televisyen portal terjatuh ke laut apabila jeti di Kampung Api-Api, Pulau Timbang dekat sini, runtuh secara tiba-tiba. [ + ]
SANDAKAN: Barisan Nasional (BN) berani membuat janji pembangunan tanpa ragu-ragu kepada rakyat kerana memiliki keupayaan dalam segala aspek untuk menjadikannya suatu kenyataan. [ + ]
SANDAKAN: Baki 48 jam tempoh kempen pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi semalam menyaksikan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ansari Abdullah terpaksa berehat berikutan dua tulang rusuk kanannya disahkan retak akibat terjatuh ke dalam laut ketika berjalan atas titi di Kampung Gas Baru, dekat sini, Jumaat lalu. [ + ]
SANDAKAN: Kempen pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang hanya berbaki dua hari disifatkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar sebagai antara yang terbersih berbanding pilihan raya kecil lain sebelum ini. [ + ]
SANDAKAN: Mengakui dua peguam yang mencabarnya berpengalaman luas dalam politik, calon Barisan Nasional (BN), Datin Linda Tsen Thau Lin, terus bekerja keras dengan bantuan jentera parti untuk menemui seramai mungkin pengundi bagi memastikan kemenangan menjelang pembuangan undi esok. [ + ]
SANDAKAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin malam semalam mengingatkan pengundi di Parlimen Batu Sapi tidak melakukan kesilapan dengan memilih parti bukan Barisan Nasional (BN) hari ini semata-mata terpengaruh dengan ucapan pemimpin pembangkang yang berapi-api tetapi tidak benar. [ + ]
SANDAKAN: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tenang menghadapi apa juga fitnah dan hasutan dilempar pembangkang kerana yakin pengundi bijak menilai siapa yang berada di pihak benar. [ + ]
SANDAKAN: Keputusan pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas malam ini tidak boleh dijadikan gambaran sebenar senario politik semasa negara kerana kedua-duanya lebih berkisar pada isu tempatan. [ + ]
SANDAKAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, bertambah baik iaitu masing-masing sekitar 75 peratus dan lebih 80 peratus. [ + ]
SANDAKAN: Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin, semalam berikrar mencurahkan khidmat bakti bagi membalas sokongan rakyat jika dipilih menjadi wakil mereka di Parlimen. [ + ]
SANDAKAN: Tindakan satu-persatu ‘orang kuat’ Parti Maju Sabah (SAPP) meninggalkan parti itu membuktikan wujud kepincangan dalaman yang menghakis kepercayaan ahlinya sendiri terhadap kepemimpinan yang diterajui Datuk Yong Teck Lee. [ + ]
SANDAKAN: Menjelang hari mengundi yang berbaki 48 jam lagi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam menafikan sekeras-kerasnya dakwaan sesetengah pihak bahawa calonnya, Ansari Abdullah akan menarik diri daripada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi. [ + ]
SANDAKAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman semalam meminta pengundi di Parlimen Batu Sapi tidak mudah diperbodoh-bodohkan pembangkang yang menabur pelbagai dakyah palsu sepanjang kempen pilihan raya kecil kawasan itu. [ + ]
SANDAKAN: "Titi memang kuat... sebelum ini tak pernah goyang. Saya pun hairan macam mana Ansari dan kawan dia boleh jatuh. Mungkin naik terlampau ramai, sebab itulah ia runtuh." [ + ]
SANDAKAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan calon Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee sebagai pemimpin 'zaman dulu' yang sudah tidak sesuai lagi kerana memperjuangkan isu 'Sabah untuk Rakyat Sabah' sedangkan negeri itu sudah menjadi sebahagian Malaysia. [ + ]
SANDAKAN: Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya layak menjadi badan bukan kerajaan (NGO), bukan menerajui kepemimpinan negara kerana boleh dilabel sebagai parti yang mempunyai banyak masalah. [ + ]
SANDAKAN: Calon Barisan Nasional (BN), Datin Linda Tsen Thau Lin, 54, semalam meredah laut untuk bertemu lebih 500 penduduk di Kampung Tronglit, Pulau Timbang, menggunakan bot. [ + ]
CALON Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ansari Abdullah, 56, dipilih untuk merampas kerusi Parlimen Batu Sapi pada 4 November ini. Ansari bersemangat meneruskan perjuangan walaupun terpaksa menggunakan anduh akibat terjatuh ke laut buat kali kedua, petang kelmarin. [ + ]
SANDAKAN: Ibu tunggal khususnya di kawasan Parlimen Batu Sapi akan diberi perhatian khas bagi memastikan kehidupan mereka bersama anak terjamin. [ + ]
SANDAKAN: Pembangkang yang sebelum ini membuat perjanjian lisan tidak akan mengkritik satu sama lain dalam misi merebut kerusi Parlimen Batu Sapi, mula bertelagah apabila PKR menganggap Parti Maju Sabah (SAPP) pimpinan Datuk Yong Teck Lee, bukanlah parti yang harus dipilih pada 4 November ini. [ + ]
CALON Barisan Nasional (BN), Datin Linda Tsen Thau Lin, 54, yang juga Naib Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) dianggap sesetengah pihak terutama pembangkang sebagai calon lemah dan tidak fasih berbahasa Melayu. Namun, beliau mahu membuktikan andaian itu tidak tepat dan yakin pengundi tidak terpengaruh dengan isu remeh. [ + ]
SANDAKAN: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee semalam mencabar Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman untuk berdebat mengenai beberapa isu berkaitan kepentingan penduduk negeri ini bagi membuktikan apa yang dibangkitkannya masih relevan dan bukan lapuk. [ + ]
SANDAKAN: Kerajaan memperuntukkan kira-kira RM4 juta bagi menyeragamkan harga barangan keperluan, gas petroleum cecair (LPG), petrol dan diesel yang dijual di beberapa kawasan pedalaman dan pulau di sekitar Batu Sapi. [ + ]
SANDAKAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman semalam mendakwa calon Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee menjual beratus-ratus hektar tanah kepada syarikat swasta yang disifatkannya sebagai kroni ketika Presiden SAPP itu menerajui kerajaan negeri selama tiga tahun, mulai 1996. [ + ]
SANDAKAN: Kelompok pengundi atas pagar khususnya anak muda akan menjadi tumpuan utama Pergerakan Pemuda UMNO untuk didekati menerusi kaedah yang disenangi golongan itu sejajar matlamat menarik mereka menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, 4 November ini. [ + ]
SANDAKAN: Barisan Nasional (BN) akan mengatur strategi bersesuaian untuk menghadapi pilihan raya kecil di Galas dan Batu Sapi kerana kedua-duanya mempunyai perbezaan dari segi keadaan kawasan, landskap, geografi dan sosioekonomi. [ + ]
PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail mengakui partinya turun sebagai 'under dog' pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, tetapi yakin pengundi akan memberi peluang kepada parti itu untuk membawa suara mereka di Parlimen. [ + ]
SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) memuji penyokong parti politik yang bertanding dan orang ramai kerana menunjukkan tahap disiplin tinggi sepanjang proses penamaan calon pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi di sini, semalam. [ + ]
SANDAKAN: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan semalam menolak andaian sesetengah pihak kononnya calon Barisan Nasional (BN), Datin Linda Tsen Thau Lin lemah dan hanya bergantung kepada nama suaminya, mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah. [ + ]
SANDAKAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan penyokong semua parti yang bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi supaya mematuhi larangan dan peraturan ditetapkannya ketika proses penamaan calon hari ini serta sepanjang tempoh kempen selama sembilan hari. [ + ]
SANDAKAN: Barisan Nasional (BN) akan melakukan kempen dari rumah ke rumah dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, kerana pendekatan itu didapati lebih berkesan berbanding perhimpunan besar-besaran. [ + ]
SANDAKAN: Parti Maju Sabah (SAPP) semalam menamakan Presidennya, Datuk Yong Teck Lee, sebagai calon pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, 4 November ini yang disifatkan oleh bekas Timbalan Ketua Menteri itu sebagai ‘pertarungan hebat dan permulaan yang bakal mencetuskan panik bagi Barisan Nasional (BN) Sabah’. [ + ]
KUALA LUMPUR: Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mahu ahli pergerakan itu meneruskan momentum Perhimpunan Agung UMNO pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Galas, Kelantan dan Parlimen Batu Sapi, Sabah. [ + ]
KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam gagal mencapai kata sepakat untuk berkompromi menentang Barisan Nasional (BN) satu lawan satu pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, 4 November ini. [ + ]
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah meletakkan calon pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi kerana mengamalkan konsep pemuafakatan di kalangan parti komponen, tidak seperti pembangkang yang kesepakatan mereka adalah hipokrit. [ + ]
KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah sepakat memberi laluan kepada Parti Bersatu Sabah (PBS) meletakkan calonnya bagi mempertahankan kerusi Parlimen Batu Sapi pada pilihan raya kecil kawasan itu, 4 November ini. [ + ]
KOTA KINABALU: Pengemaskinian senarai pemilih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diwartakan pada 9 Oktober lalu menyaksikan 25,582 pengundi berdaftar layak mengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, 4 November ini. [ + ]
KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam memberi penghormatan terakhir kepada Ahli Parlimen Batu Sapi, mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah yang terbunuh dalam nahas jalan raya di Jalan Coastal, Tanjung Aru di sini, Sabtu lalu. [ + ]
KOTA KINABALU: Polis memberi jaminan menjalankan siasatan menyeluruh kemalangan jalan raya yang menyebabkan Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah terbunuh ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi di Jalan Coastal di sini, Sabtu lalu. [ + ]
KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah, maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Jalan Coastal, Tanjung Aru, dekat sini, kira-kira jam 11.40 pagi semalam. Chong, 54, yang menunggang motosikal Kawasaki 750cc, dipercayai bergesel dengan kereta Mercedes S320 ketika dalam perjalanan pulang dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA) di Petagas ke kediamannya di Taman Likas Jaya, Likas dekat sini. [ + ]