header

Kerajaan PAS Kelantan patut selesaikan isu tanah Orang Asli: Muhyiddin

GUA MUSANG: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan PAS Kelantan tidak memperjuangkan masyarakat Orang Asli yang menghadapi masalah hak milik serta pencerobohan tanah di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, di sini. [ + ] 17:21:25 PM

10 laporan polis diterima sepanjang kempen di DUN Galas: Abdul Rahim

GUA MUSANG: Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya menerima 10 laporan polis sepanjang kempen Pilihan raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, bermula 26 Oktober lalu, tanpa membabitkan kesalahan serius. [ + ] 14:40:01 PM

Abdul Aziz angkat sumpah ADUN, Khamis ini

KOTA BHARU: Calon Barisan Nasional (BN), Abdul Aziz Yusoff yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada pilihan raya kecil minggu lalu, akan mengangkat sumpah sebagai ahli dewan yang baru pada persidangan DUN Kelantan, Khamis ini. [ + ] 19:21:00 PM

Hospital baru Gua Musang bakal beroperasi tidak lama lagi: Mustapa Mohamed

GUA MUSANG: Penduduk Gua Musang bakal menikmati kemudahan kesihatan yang lebih baik apabila hospital baru bernilai RM61 juta beroperasi dalam masa terdekat. [ + ] 16:38:30 PM

Penduduk suka kempen bersemuka di Galas

GUA MUSANG: Stesen Kereta Api Gua Musang sentiasa sibuk setiap pagi tatkala kereta api membuat persinggahan dengan penumpang turun-naik mengangkut "produk agro" masing-masing untuk dipasarkan. [ + ] 16:41:09 PM

BN terima maklum balas positif di Galas

[ + ] 13:07:38 PM

CALON: ('roll over' pada foto untuk profil penuh)
Calon Barisan Nasional
Abdul Aziz Yusoff, 47
Setiausaha UMNO Gua Musang
Calon PAS
Dr Zulkefli Mohamad, 44
Pemangku Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang
Profil Calon Barisan Nasional

Nama: Abdul Aziz Yusoff
Tarikh Lahir: 16 Jun 1961
Asal: Kampung Bertam Baru, Gua Musang
Warganegara: Malaysia
Status: Berkahwin mempunyai empat anak, tiga perempuan dan seorang lelaki
Kerjaya:

  • Pengurus Pejabat Operasi Kesedar: 2010 - kini (RPT Sungai Terah)
  • Pengurus Pejabat Operasi Kesedar: 1983 - 2009 (RPT Limau Kasturi)
  • Penyelia Rancangan Tanah Kesedar: 1980 - 1983
  • Jabatan Perangkaan: 1979 - 1980

Pendidikan:
i) Sekolah Kebangsaan Bertam, Gua Musang, Kelantan
ii) Sekolah Menengah Jerantut, Pahang Darul Makmur
iii) Sekolah Menengah Teknik Kuantan

Kelulusan: Sijil Pelajaran Malaysia

Jawatan Dalam Parti:
i) Setiausaha UMNO Bahagian: 2009 - kini
ii) Bendahari UMNO Bahagian: 2003 - 2009
iii) Naib Ketua Pemuda Bahagian: 1995 - 2005
iv) Ketua Cawangan RPT Limau Kasturi: 1982 - kini

Pertubuhan Bukan Kerajaan:
i) Yang Dipertua PIBG SK Limau Kasturi: 1990 - kini
ii) Timbalan Pengerusi Majlis Pemuafakatan: 2005 - kini
iii) ALP Lembaga Pelawat Hospital Gua Musang: 2007 - kini
iv) Bekas Pengerusi GB4B Kawasan Gua Musang: 2006 - 2008

Anugerah:
i) Pingat A.K. (Ahli Kelantan)
ii) Pingat S.M.K (Seri Mahkota Kelantan)
iii) Pingat P.P.N. (Pingat Pangkuan Negara)

Profil Calon PAS

Nama: Dr Zulkefli Muhamad
Tarikh Lahir: 16 Januari 1966
Asal: -
Kedudukan: Anak ketujuh dari sepuluh adik beradik
Anak:

Pendidikan:
i) Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil, Kuala Krai
ii) Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra
iii) Universiti Malaya (Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan tahun 1992)

Kerjaya:
i) Doktor kerajaan di Hospital Taiping, Perak (1992)
ii) Doktor kerajaan di Hospital Besar Kota Bharu (1993) dan Pusat Kesihatan Ciku 3 Gua Musang
iii) Buka klinik sendiri di Ciku 3, Gua Musang

Politik:
i) Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang

Pilihan Raya Parlimen dan DUN
i) Pernah bertanding dalam pilihan raya umum 2004 di Dun Galas dan pilihan raya umum 2008 bagi Parlimen Gua Musang.


Bebas

Nama : Narawi Haron
Umur : 59 tahun
Pekerjaan: Ahli perniagaan (pesara tentera)
Bebas

Nama : Hamka Kassim
Umur : 40 tahun

Up | Down | Top | Bottom

PETA KAWASAN:

INFO KAWASAN:

Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N45 Galas adalah satu daripada tiga DUN dalam Parlimen P032 Gua Musang, Kelantan. Dua lagi DUN dalam Parlimen Gua Musang ialah Nenggiri dan Paloh. Ahli Parlimen Gua Musang ketika ini ialah Tengku Razaleigh Hamzah.

DUN Galas yang bermula dari kawasan bandar yang menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan bagi jajahan Gua Musang menganjur hingga ke Mentara yang bersempadan dengan Merapoh, Pahang, serta Lojing yang bersempadan dengan Cameron Highlands.

Jajahan Gua Musang yang terletak dalam kawasan pentadbiran Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) semakin pesat membangun kerana menjadi bandar transit kepada mereka yang berulang dari Lembah Klang ke Kelantan atau ke Perak menerusi Jalan Gua Musang-Lojing.

DUN Galas mempunyai 13 peti undi merangkumi enam kawasan peti undi majoriti Orang Asli, lima kawasan peti undi majoriti Melayu dan dua kawasan peti undi majoriti Cina.

Pada pilihan raya kecil yang dijadualkan 4 November ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengguna Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama dan Kedua 2010 yang dikemaskini sehingga 27 September lalu, merangkumi 11,553 pemilih berdaftar iaitu 11,426 pengundi biasa dan 127 pengundi pos.

Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 2008, PAS merampas kerusi DUN Galas dengan majoriti 646 undi apabila calonnya, Chek Hashim Sulaima, menewaskan penyandang dari BN, Mohamad Saufi Deraman, yang juga Timbalan Ketua UMNO bahagian Gua Musang ketika itu.

Jumlah pemilih bagi DUN Galas ketika itu ialah ialah seramai 10,330 (6,255 Melayu, 1,903 Cina, 172 India dan 2,000 Orang Asli).


Up | Down | Top | Bottom

N.45 GALAS, KELANTAN:

Keputusan pilihan raya kecil DUN N.45, Galas (4 Oktober 2010)

NAMA CALONPARTIBIL UNDIKEPUTUSAN
Abdul Aziz Yusoff, 47BN5,324MNG
Dr Zulkefli Mohamad, 44PAS4,134-
Majoriti 1,190

Keputusan Pilihan Raya Umum DUN N.45, Galas (Mac 2008)

NAMA CALONPARTIBIL UNDIKEPUTUSAN
Chek HashimPAS4,399MNG
Mohamad Saufi DeramanBN3,753-


PEMILIH BERDAFTAR:10,330
KERTAS UNDI DITOLAK:171
KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI:8,323
KERTAS UNDI DIKELUARKAN:8,356
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN:33
PERATUS PENGUNDIAN:80.89%
MAJORITI:646


PETUNJUK:
MTBMenang Tanpa Bertanding
MNGMenang
HDHilang Deposit
TMTiada Maklumat

Up | Down | Top | Bottom


BN mampu tarik semula sokongan pelbagai kaum

GUA MUSANG: Barisan Nasional (BN) yakin dapat menarik semula sokongan penduduk pelbagai kaum sekali gus memberi kelebihan kepada parti itu untuk merebut kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas daripada PAS. [ + ]
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas daripada Barisan Nasional (BN) yang baru, Ab Aziz Yusoff mengangkat sumpah dihadapan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas memenangi kerusi DUN Galas di Sidang DUN di Kota Darul Naim Kota Bharu pada 11 November 2010. - Foto Syamsi Suhaimi
Nov 15, 2010 2:52 pm
PEGAWAI Pengurus Suruhanjaya Pilihanraya, Wan Mustapha Abdul Hamid mengisthiharkan kemenangan kepada Adun baru Galas, Ab Aziz Yusoff di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Sivik Gua Musang, semalam. - Foto Fathil Asri
Nov 15, 2010 2:51 pm
DATUK Mustapa Mohamed meninjau di pondok panas penyokong Barisan Nasional, di tempat peti undi di Kampung Pulai, di SRJK (C), Gua Musang, hari ini. Foto Izhari Ariffin
Nov 4, 2010 11:51 am
ORANG asli Pos Hendrop mula keluar menunaikan tanggungjawab mereka mengundi di Sekolah Kebangsaan Pos Hendrop. - Foto Zaman Huri Isa
Nov 4, 2010 11:45 am
ORANG asli Pos Hendrop membuat semakan nama mereka untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Pos Hendrop. - Foto Zaman Huri Isa
Nov 4, 2010 11:43 am
PENGUNDI membuat semakan di kaunter SPR, di tempat peti undi di Kampung Pulai, di SRJK (C), Gua Musang pada pilihan raya kecil Dun Galas, hari ini. - Foto Izhari Ariffin
Nov 4, 2010 11:31 am
ALIRAN trafik berhampiran Pekan Baru Gua Musang kelihatan sesak sempena berlangsungnya Proses Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Galas, hari ini. - Foto Yazit Razali
Nov 4, 2010 11:25 am
PENGUNDI awal pagi beratur di tempat peti undi di Kampung Pulai, di SRJK (C), Gua Musang pada pilihan raya kecil Dun Galas, hari ini. - Foto Izhari Ariffin
Nov 4, 2010 11:20 am
PRESIDEN KAFA, Tan Sri Annuar Musa (tengah) bersama Calon Barisan Nasional (BN) DUN Galas, Ab Aziz Yusoff (kiri) meraikan kejayaan pasukan bola sepak Kelantan memenangi Piala Malaysia bersama peminat dan rakyat Gua Musang di Dataran Kesedar, Gua Musang, Kelantan, tengahari tadi. - BH Online
Nov 1, 2010 6:14 pm
KETUA Puteri Bahagian Tumpat, Nik Fatimah Nik Salleh (depan) bersama petugas puteri UMNO Tumpat dan masyarakat orang asli ketika berkempen di Kampung Sangwai, Lojing, Gua Musang, hari ini. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
Oct 30, 2010 11:44 pm

Bela golongan muda, Orang Asli: Ku Li

Pautan Berkaitan