header

BN elak kempen syok sendiri di Kerdau: Adnan

KUANTAN: Barisan Nasional (BN) akan mengelak pendekatan kempen "syok sendiri" pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. [ + ] 16:55:06 PM

2,000 anggota polis dikerahkan di DUN Kerdau

BENTONG: Seramai 2,000 pegawai dan anggota polis dikerahkan bertugas bagi memastikan kelancaran Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Temerloh. [ + ] 14:27:52 PM

Dasar pembangunan kerajaan BN adalah seimbang: TPM

TEMERLOH: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa dasar pembangunan yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah seiring dengan tuntutan pembangunan ummah dan negara. [ + ] 20:01:29 PM

Pengundi diminta tidak "memperjudikan" pilihan raya kecil Kerdau

[ + ] 19:01:03 PM

Kerajaan BN bukan zalim: Shafie

KUALA KRAU: Kerajaan meminta peserta FELCRA supaya memikirkan dengan bijak segala bantuan yang dinikmati dan disalurkan selama ini sebelum terperdaya dengan dakyah pembangkang menyatakan pemerintah sekarang adalah zalim. [ + ] 14:21:12 PM

Kehadiran polis bukan mahu takutkan pengundi: Hishammuddin

TEMERLOH: Kehadiran sejumlah besar anggota polis pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau bukan untuk menakutkan pengundi tetapi bagi menjamin keselamatan mereka. [ + ] 19:44:14 PM

CALON: ('roll over' pada foto untuk profil penuh)
Calon Barisan Nasional,
Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44,
Calon PAS,
Hassanuddin Salim, 43,
Profil Calon Barisan Nasional
  • Nama: Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44,
  • Tempat Lahir : Kg Kuala Tekal, Temerloh, Pahang.
  • Tarikh Lahir : 18 Januari 1967
  • Umur : 44 tahun
  • Alamat : Kg Bukit Seding Dato Sharif, Temerloh, Pahang.
  • Status : Berkahwin
  • Nama Isteri : Sharifah Farunai Syed Ahmad, 45 tahun
  • Bilangan Anak : Satu Lelaki dan Dua Perempuan
  • Pendidikan:
    • Sek Ren Keb Kuala Krau, Temerloh
    • Sek Men Agama Al_Kahiriah, Temeloh
    • Kuliah Sultan abu Bakar, Pekan Pahang
    • Universiti Al azhar
  • Pengalaman Kerjaya:
    • Pembantu Pegawai Yayasan Pahang, Kaherah, Mesir (1993-1996)
    • Guru Bahasa Arab dan Agama Sek Men Agama Darul Naim, Kuala Krau, Temerloh, Pahang. (1997 - 2000)
    • Pegawai Penyelaras Masjid Daerah, Jerantut. (Nov - Dis 2000)
    • Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Pahang (2001 - )
  • Pengalaman Politik:
    • Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau.
    • AJK Dakwah Kerajaan Negeri Pahang
    • AJK Persatuan Pelajar Timur Tengah, Pahang
    • Ajk Biro Latihan UMNP Pahang.
    • Ketua UMNO Caw Kuala Tekal, Temerloh
  • Pendidikan:
    • Maahad Muahmmadi, Kota Bharu, Kelantan.
    • Ijazah Sarjana Muda (Usulludin).
  • Pengalaman:
    • Guru Sek Menengah Agama Darul Naim
Profil Calon PAS

  • Nama: Hassanuddin Salim, 43,
  • Jawatan dalam parti: Ketua Penerangan PAS Pahang
  • Pendidikan Awal dan Kerjaya:
    • Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sanggang dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Abu Bakar, Temerloh.
    • Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran keperingkat Diploma dalam bidang Ukur Tanah, di UiTM Shah Alam.
  • Kerjaya:
    • Memulakan kerjayanya dalam Industri Pembinaan dan Ukur Tanah selama 15 tahun.
    • Sepanjang menceburi bidang itu beliau pernah berkhidmat dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur untuk industri minyak dan gas dan antaranya pembinaan hospital Temerloh.
    • Beliau juga pernah Berkhidmat di Sudan dalam industri minyak dan gas.
  • Dunia Politik:
    • Dalam politik, Hassanuddin adalah bekas Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pahang dan kini menjawat jawatan Ketua Penerangan PAS Pahang, Setiausaha PAS Kawasan Temerloh.
    • Dalam pilihan raya, Hassanuddin pernah diamanah mewakili PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 sebagai calon di DUN Lanchang dan DUN Kerdau dalam PRU 2008.
Bebas

Nama : Narawi Haron
Umur : 59 tahun
Pekerjaan: Ahli perniagaan (pesara tentera)
Bebas

Nama : Hamka Kassim
Umur : 40 tahun

Up | Down | Top | Bottom

PETA KAWASAN:

INFO KAWASAN:

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N.28 Kerdau, Pahang diadakan berikutan penyandangnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 12 Februari lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari 2011 sebagai hari penamaan calon dan 6 Mac 2011, sebagai tarikh pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Kerdau. Proses penamaan calon dan pusat penjumlahan undi ini akan diadakan di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh, Pahang.

Pada PRU 2008, Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang memperoleh 4,135 undi, mempertahankan kedudukan Barisan Nasional (BN) di Kerdau, mengalahkan calon PAS, Hassanuddin Salim, yang memperoleh 2,520 undi dengan majoriti 1,795 undi.

SPR melantik Yang DiPertua Majlis Perbandaran Temerloh, Datuk Tarif bin Haji Abdul Rahman sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya dengan dibantu oleh tiga penolong pegawai pengurus iaitu Yuzairy Hafiz Muhamad Yusuf, Mokhtar Abdul Mubin dan Nor Akhiruddin Mohamad Nazri bagi menguruskan perjalanan pilihan raya kecil itu.

Sepuluh buah sekolah, dua buah balai raya dan sebuah dewan akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi kesemuanya 22 saluran tempat mengundi yang akan dikendalikan 242 petugas pilihan raya.

Sejak Pilihan Raya Umum 2008, 14 pilihan raya kecil diadakan dengan 11 daripadanya diadakan kerana kematian wakil rakyat.

Pakatan pembangkang memenangi lapan daripada 13 pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini. Pilihan raya kecil DUN Kerdau adalah yang ke-16.

SPR menggunakan Daftar Pemilih Induk 2009 bagi bahagian pilihan raya yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Pertama hingga Suku Ketiga 2010 (bagi bahagian pilihan raya berkenaan) yang dikemaskini sehingga 12 Februari 2011. Daftar pemilih itu mengandungi 8,999 pemilih berdaftar merangkumi 8,984 pemilih biasa dan 8,984 pemilih pos.

Pilihan raya kecil DUN Kerdau juga dianggarkan membabitkan perbelanjaan RM915,000.


Up | Down | Top | Bottom

N.28 KERDAU, PAHANG:

Keputusan Pilihan Raya Umum DUN N.28, Kerdau (Mac 2008)

NAMA CALONPARTIBIL UNDIKEPUTUSAN
Datuk Zaharuddin Abu KassimBN4,135MNG
Hassanuddin SalimPAS2,520-


PEMILIH BERDAFTAR:8,451
KERTAS UNDI DITOLAK:122
KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI:6,777
KERTAS UNDI DIKELUARKAN:6,789
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN:12
PERATUS PENGUNDIAN:80.33%
MAJORITI:1,615


PETUNJUK:
MTBMenang Tanpa Bertanding
MNGMenang
HDHilang Deposit
TMTiada Maklumat

Up | Down | Top | Bottom


FELDA sedarkan generasi muda

TEMERLOH: FELDA menggunakan semua badan bukan kerajaan (NGO) di bawahnya termasuk Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) bagi memberi penerangan secara berterusan untuk menyedarkan generasi muda, yang dilabelkan sebagai 'ahli pembangkang jadian-jadian.' [ + ]

Setiap undi jamin masa depan penduduk

SETIAP kali tibanya hari mengundi, teringat sebuah lagu Mari Mengundi bagi mengajak pengundi yang sudah berdaftar untuk keluar beramai-ramai memilih wakil rakyat masing-masing yang sering dimainkan di corong radio dan televisyen pada musim pilihan raya umum. [ + ]


CALON Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad menunjukkan isyarat bagus kepada jurufoto media selepas diumumkan memenangi kerusi DUN Kerdau pada pilihan raya kecil DUN Kerdau di pusat penjumlahan rasmi undi, Dewan Tun Razak, Temerloh. - Foto Sairien Nafis
Mar 7, 2011 12:19 am
CALON Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad dijulang oleh penyokong selepas diumumkan menang bagi DUN N.28 Kerdau di Dewan Tun Razak, Temerloh. - Foto Luqman Hakim Zubir
Mar 7, 2011 12:13 am
NAIB Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengangkat tangan calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad ketika diumumkan memenangi pilihan raya kecil N.28 DUN Kerdau di Pusat Penjumlahan Rasmi Dewan Tun Razak, Temerloh. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Mar 7, 2011 12:12 am
CALON Barisan Nasional (BN) DUN Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad mengangkat tangan selepas diumumkan menang DUN Kerdau dengan majoriti 2,724 di Dewan Tun Razak, Temerloh. - Foto Luqman Hakim
Mar 7, 2011 12:08 am
CALON Barisan Nasional, Syed Ibrahim Syed Ahmad disambut ketika meluangkan masa meninjau peti undi di Jengka 25. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Mar 6, 2011 4:17 pm
KEADAAN lalu lintas di SMK Kerdau semasa hari pengundian pilihan raya kecil DUN Kerdau. - Foto Ahmad Al-Arfan Malik
Mar 6, 2011 4:12 pm
GELAGAT penyokong Barisan Nasional yang berhimpun di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau untuk meraih undi. - Foto Syed Abdullah Syed Nordin
Mar 6, 2011 4:08 pm
PENGANTIN baru, Marni Azlina Deraman, 26, sejurus keluar selepas membuang undi sambil diiringi suami, Mohd Saharul Hisham Hashim, 27, di Pusat Pembuangan Undi, Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 23. - Foto Sairien Nafis
Mar 6, 2011 4:06 pm
JENTERA Barisan Nasional menyediakan kemudahan bot untuk pengundi yang tinggal berhampiran Sungai Pahang untuk pergi mengundi. - Foto Syed Abdullah Syed Nordin
Mar 6, 2011 4:04 pm
CALON Barisan Nasional, Syed Ibrahim Syed Ahmad dijulang tangan ketika berjalan dihadapan peraih undi PAS ketika meninjau peti undi Jengka 25. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Mar 6, 2011 4:01 pm

DUN Kerdau: Suasana penjumlahan undi dan pengumuman rasmi

Pautan Berkaitan