KUANTAN: Barisan Nasional (BN) akan mengelak pendekatan kempen "syok sendiri" pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. [ + ] 16:55:06 PM
BENTONG: Seramai 2,000 pegawai dan anggota polis dikerahkan bertugas bagi memastikan kelancaran Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Temerloh. [ + ] 14:27:52 PM
TEMERLOH: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa dasar pembangunan yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah seiring dengan tuntutan pembangunan ummah dan negara. [ + ] 20:01:29 PM
[ + ] 19:01:03 PM
KUALA KRAU: Kerajaan meminta peserta FELCRA supaya memikirkan dengan bijak segala bantuan yang dinikmati dan disalurkan selama ini sebelum terperdaya dengan dakyah pembangkang menyatakan pemerintah sekarang adalah zalim. [ + ] 14:21:12 PM
TEMERLOH: Kehadiran sejumlah besar anggota polis pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau bukan untuk menakutkan pengundi tetapi bagi menjamin keselamatan mereka. [ + ] 19:44:14 PM
Calon Barisan Nasional,Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44,
|
Calon PAS,Hassanuddin Salim, 43,
|
PETA KAWASAN:
INFO KAWASAN:
Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N.28 Kerdau, Pahang diadakan berikutan penyandangnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 12 Februari lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari 2011 sebagai hari penamaan calon dan 6 Mac 2011, sebagai tarikh pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Kerdau. Proses penamaan calon dan pusat penjumlahan undi ini akan diadakan di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh, Pahang.
Pada PRU 2008, Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang memperoleh 4,135 undi, mempertahankan kedudukan Barisan Nasional (BN) di Kerdau, mengalahkan calon PAS, Hassanuddin Salim, yang memperoleh 2,520 undi dengan majoriti 1,795 undi.
SPR melantik Yang DiPertua Majlis Perbandaran Temerloh, Datuk Tarif bin Haji Abdul Rahman sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya dengan dibantu oleh tiga penolong pegawai pengurus iaitu Yuzairy Hafiz Muhamad Yusuf, Mokhtar Abdul Mubin dan Nor Akhiruddin Mohamad Nazri bagi menguruskan perjalanan pilihan raya kecil itu.
Sepuluh buah sekolah, dua buah balai raya dan sebuah dewan akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi kesemuanya 22 saluran tempat mengundi yang akan dikendalikan 242 petugas pilihan raya.
Sejak Pilihan Raya Umum 2008, 14 pilihan raya kecil diadakan dengan 11 daripadanya diadakan kerana kematian wakil rakyat.
Pakatan pembangkang memenangi lapan daripada 13 pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini. Pilihan raya kecil DUN Kerdau adalah yang ke-16.
SPR menggunakan Daftar Pemilih Induk 2009 bagi bahagian pilihan raya yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Pertama hingga Suku Ketiga 2010 (bagi bahagian pilihan raya berkenaan) yang dikemaskini sehingga 12 Februari 2011. Daftar pemilih itu mengandungi 8,999 pemilih berdaftar merangkumi 8,984 pemilih biasa dan 8,984 pemilih pos.
Pilihan raya kecil DUN Kerdau juga dianggarkan membabitkan perbelanjaan RM915,000.
N.28 KERDAU, PAHANG:
Keputusan Pilihan Raya Umum DUN N.28, Kerdau (Mac 2008)
| NAMA CALON | PARTI | BIL UNDI | KEPUTUSAN |
| Datuk Zaharuddin Abu Kassim | BN | 4,135 | MNG |
| Hassanuddin Salim | PAS | 2,520 | - |
| PEMILIH BERDAFTAR: | 8,451 |
| KERTAS UNDI DITOLAK: | 122 |
| KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI: | 6,777 |
| KERTAS UNDI DIKELUARKAN: | 6,789 |
| KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN: | 12 |
| PERATUS PENGUNDIAN: | 80.33% |
| MAJORITI: | 1,615 |
| PETUNJUK: | |
| MTB | Menang Tanpa Bertanding |
| MNG | Menang |
| HD | Hilang Deposit |
| TM | Tiada Maklumat |