KUNTA Kinte sokong siapa saja, tak kiralah UMNO ka, PAS ka atau PERKASA ka yang nak buat seminar, konvensyen dan muzakarah bincang hal orang Melayu dan bangsa Melayu. Kalau DAP, MCA dan MIC nak buat pun boleh. Orang Melayu pun patut buat seminar atau kurang-kurang pun buat kajian mengenai bangsa lain di negara kita. Sebenarnya, sama ada cara diam-diam atau terbuka, bangsa-bangsa lain dari dulu lagi kaji dan selidik mengenai orang Melayu. Pasal itulah mereka tahu macam mana nak manipulasi orang Melayu. [ + ]
MENJELANG berakhirnya tempoh berkempen esok, PAS dikatakan semakin terdesak. Melihat kelemahan jentera kempen pembangkang sejak hari penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau, menyaksikan keyakinan pengundi terhadap calon mereka semakin merosot. PAS di kedua-dua pilihan raya kecil ini sedang melalui saat sukar terpaksa menabur pelbagai janji tanpa sebarang komitmen, dengan harapan meraih sokongan pengundi. [ + ]
"CAKAP-cakap politik, persepsi dan spekulasi politik" adalah antara elemen yang tidak dapat dielakkan sama sekali dalam kancah politik. Namun, segala faktor itu semakin berleluasa dan tidak terkawal sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 yang turut menggegar, mencemaskan dan merisaukan Barisan Nasional (BN) sebagai parti pemerintah negara sejak merdeka buat kali pertama. [ + ]
KEKERAPAN pilihan raya kecil membuktikan demokrasi subur di negara ini. Dari segi kegiatan politik, Malaysia dianggap antara negara paling dinamik menghidupkan dan menegakkan demokrasi. Amalan demokrasi di Malaysia berlaku sepanjang masa. Ia tidak putus dan bertali arus daripada satu peristiwa politik kepada peristiwa lain. Ini tidak termasuk peristiwa yang dipolitikkan. [ + ]
HARI ini, seramai 10,679 pengundi berdaftar membabitkan 6,850 pengundi Melayu; Cina (2,225); India (1,567) dan lain-lain (37) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau keluar mengundi untuk memilih wakil rakyat mereka, sama ada calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad, 44, atau calon PAS, Yuhaizad Abdullah, 38. [ + ]
MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat kata pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka dan DUN Kerdau, Pahang tidak adil. Kali ini alasan beliau UMNO tidak bertanding sebagai sebuah parti tetapi kerajaan. Mamat terlupa pula sewaktu pilihan raya kecil DUN Galas, Kelantan, sebelum ini kerajaan PAS Kelantan tidak terbabit langsung ke? [ + ]
KEMENANGAN berganda tetapi masih tidak cukup untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat keputusan mengenai Pilihan Raya Umum (PRU), terutama membabitkan Sarawak kerana ada beberapa pertimbangan lain yang perlu dinilai dengan serius. [ + ]
KINI Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian Jasin, Roslan Ahmad, bergelar Yang Berhormat (YB) selepas menang mudah bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka pada pilihan raya kecil kawasan itu, Ahad lalu, menumpaskan calon PAS, Yuhaizad Abdullah, 38, dengan majoriti 3,643 undi. [ + ]
SELESAINYA pilihan raya kecil (PRK) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau semalam, menuntut semua pihak menganalisis hakikat, iktibar dan aspirasi rakyat serta usaha memperbaiki keadaan dan mempertingkatkan sokongan di sebalik keputusan yang dicatatkan. Carta skor bagi 16 siri pilihan raya kecil itu menunjukkan Barisan Nasional (BN) dan parti pembangkang masing-masing memenangi lapan kerusi Parlimen dan DUN yang dipertandingkan. Ringkasnya, keputusan simbang 8-8. [ + ]
MENIKMATI asam pedas di medan selera pada hari kedua di Merlimau hampir melengkapi 'kitar hidup' penulis yang akan berterusan sehingga pengundian 6 Mac ini, apatah lagi secara tidak sengaja mengunjungi gerai makan dimiliki johan Pertandingan Memasak Asam Pedas Melaka 1Malaysia yang diadakan akhir bulan lalu. [ + ]
KOMITMEN mewujudkan kawasan perindustrian baru, infrastruktur pendidikan tinggi serta kemudahan teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) akan meledakkan pembangunan sosioekonomi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, dalam tempoh terdekat. [ + ]
MOMENTUM sejak kebelakangan ini, memperlihatkan rakyat sedang menuju ke arah memberikan semula nafas kepada Barisan Nasional (BN) atas empat perkara asas walaupun parti pembangkang terus mencari isu dan ruang untuk memastikan dakyah dan penafian terhadap jasa serta kejayaan BN, terus dilakukan. [ + ]
KEMAMPUAN Barisan Nasional (BN) meneraju kerajaan Melaka sehingga mencapai status Negeri Maju 2010 adalah teras yang mendorong lebih ramai pengundi untuk menyokong calon parti itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, pada 6 Mac ini. [ + ]
SETIAUSAHA Agung DAP, Lim Guan Eng nampaknya tidak yakin PAS boleh menang dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka. Mamat rasa jika tanya pemimpin PAS sendiri pun, mereka bertanding sekadar untuk menguji sokongan saja sebab tidak akan mendapat sokongan pengundi Merlimau. [ + ]
SAMA ada pilihan raya umum diadakan pada masa terdekat tetap menjadi rahsia umum. Hanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak saja yang tahu kerana beliau sentiasa memantau suasana dalam negara dan serantau yang bakal menentukan perlunya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dibubarkan. [ + ]
SELEPAS menyalahkan UMNO serta hujan lebat dan banjir yang menyebabkan kekalahan calonnya, Normala Sudirman dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dekat Labis, minggu lalu, PAS mungkin perlu mencipta alasan lain untuk proses sama di DUN Merlimau, Melaka pada 3 Mac depan. [ + ]
KETIKA meninggalkan Tenang sehari selepas pilihan raya kecil kawasan itu Ahad minggu lalu, hujan lebat tanpa henti masih menimpa buminya. Memandu dari Labis ke Yong Peng menjelang petang Isnin itu, hati sentiasa diusik rasa bimbang, khuatir tersangkut pula di mana-mana jika ada laluan ditenggelami air. [ + ]