JASIN: Ketika tempoh berkempen berbaki sehari lagi, calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau, Roslan Ahmad masih gigih meneruskan kempen tanpa memandang remeh kekuatan parti lawan. [ + ] 09:34:03 AM
JASIN: Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, yakin pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau akan memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional (BN) kerana mereka tidak mahu tercicir daripada arus pembangunan. [ + ] 09:32:44 AM
JASIN: "Dengan undi itu lah rakyat menentukan siapa yang akan mengukir jalan kemajuan untuk negara ini tetapi sekiranya rakyat tersilap memilih pemimpin, negara ini akan hancur". [ + ] 09:30:08 AM
MERLIMAU: Menjelang hari pembuangan undi bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau Ahad ini, pihak polis membuat penutupan jalan kepada kenderaan berat bagi memastikan trafik berjalan lancar. [ + ] 23:31:47 PM
MERLIMAU: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, membidas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang mendakwa kerajaan negeri selama ini menindas kaum India, khususnya di kawasan estet di negeri itu. [ + ] 23:27:13 PM
MERLIMAU: “Kerja terlalu banyak sampaikan saya sendiri hampir hari jadi saya,” kata seorang pemilik kedai Smart Clean, Norfazillah Baharudin, 31, yang mengusahakan perkhidmatan mencuci pakaian sejak dua tahun lalu di Taman Muhibah Utara. [ + ] 23:16:45 PM
Calon Barisan Nasional,Roslan Ahmad, 44,
|
Calon PAS,Yuhaizad Abdullah, 38,
|
PETA KAWASAN:
INFO KAWASAN:
Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N.27 Merlimau, Melaka diadakan berikutan penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, 54, yang meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putra, kira-kira jam 8.10 malam pada 20 Januari lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari 2011 sebagai hari penamaan calon dan 6 Mac 2011, sebagai tarikh pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau. Proses penamaan calon dan pusat penjumlahan undi ini akan diadakan di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau, Melaka.
Pada PRU 2008, Mohamad Hidhir yang memperoleh 4,981 undi, mempertahankan kedudukan Barisan Nasional (BN) di Merlimau, mengalahkan calon PAS, Jasme Tompang, yang memperoleh 2,827 undi dengan majoriti 2,154 undi.
SPR melantik Pegawai Daerah Jasin, Roslan Eusoff sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya dengan dibantu oleh tiga penolong pegawai pengurus iaitu Noraini Tawel, Muhammad Ikram Ibrahim dan Radziah Ismail bagi menguruskan perjalanan pilihan raya kecil itu.
Tujuh sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi mengandungi 21 saluran tempat mengundi yang akan dikendalikan 248 petugas pilihan raya.
Sejak Pilihan Raya Umum 2008, 14 pilihan raya kecil diadakan dengan 11 daripadanya diadakan kerana kematian wakil rakyat.
Pakatan pembangkang memenangi lapan daripada 13 pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini. Pilihan raya kecil DUN Merlimau adalah yang ke-15.
SPR menggunakan Daftar Pemilih Induk 2009 bagi bahagian pilihan raya yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Pertama hingga Suku Ketiga 2010 (bagi bahagian pilihan raya berkenaan) yang dikemaskini sehingga 20 Januari 2011. Daftar pemilih itu mengandungi 10,679 pemilih berdaftar merangkumi 10,643 pemilih biasa dan 36 pemilih pos.
Pilihan raya kecil DUN Merlimau juga dianggarkan membabitkan perbelanjaan RM830,000.
N.27 MERLIMAU, MELAKA:
Keputusan Pilihan Raya Umum DUN N.27, Merlimau (Mac 2008)
| NAMA CALON | PARTI | BIL UNDI | KEPUTUSAN |
| Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan | BN | 4,981 | MNG |
| Jasme Tompang | PAS | 2,827 | - |
| PEMILIH BERDAFTAR: | 10,471 |
| KERTAS UNDI DITOLAK: | 149 |
| KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI: | 7,957 |
| KERTAS UNDI DIKELUARKAN: | 7,977 |
| KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN: | 20 |
| PERATUS PENGUNDIAN: | 76.18% |
| MAJORITI: | 2,154 |
| PETUNJUK: | |
| MTB | Menang Tanpa Bertanding |
| MNG | Menang |
| HD | Hilang Deposit |
| TM | Tiada Maklumat |