Berita Dalam Gambar

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat mengangkat sumpah sebagai ADUN Sungai Limau di Wisma Darul Aman, Alor Setar, hari ini. - Foto Sharul Hafiz Zam

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Md Rozai Safian di Dewan DUN Kedah, dekat Wisma Darul Aman, Alor Setar, hari ini. - Foto Sharul Hafiz Zam

CALON PAS, Mohd Azam Abd Samat (tengah) mengangkat tangan meraikan kemenangan ketika diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya N20 Sungai Limau, Abdul Rashid Othman di pusat penjumlahan undi Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan, malam ini. - Foto Khairul Azry Bidin

SEBAHAGIAN peti undi yang tiba di pusat penjumlahan undi di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan. - Foto Aizuddin Saad

ORANG ramai melihat pengumuman keputusan dari semasa ke semasa melalui skrin layar gergasi yang di pasang di pusat penjumlahan undi di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan. - Foto Khairul Azry Bidin

PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tiba untuk meninjau proses pengiraan undi di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan, hari ini. - Foto Aizuddin Saad

PETI undi pertama dari Sekolah Kebangsaan Sungai Kering tiba di pusat pengiraan undi di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan, hari ini. - Foto Aizuddin Saad

PEGAWAI petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membawa peti undi pos yang pertama tiba di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan, hari ini. - Foto Aizuddin Saad

PEGAWAI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menutup pintu pagar selepas berakhir masa mengundi pada jam 5 petang pada Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau di Sekolah Kebangsaan Ulu Sedaka dekat Yan, hari ini. - Foto Mokhsin Abidin

JALAN Sedaka menjadi sesak dengan penyokong parti Barisan Nasional dan PAS sempena Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau di Sekolah Kebangsaan Ulu Sedaka dekat Yan, hari ini. - Foto Mokhsin Abidin

MERIAH ... Sebahagian penyokong parti Barisan Nasional dan PAS memberi sokongan pada Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau di tepi jalan Pekan Ulu Sedaka dekat Yan, hari ini. - Foto BERNAMA

CALON Barisan Nasional, Dr Ahmad Sohaimi Lazim (tengah) bersama isteri, Siti Bunga Ismail menunjukkan jari yang sudah dicelup dengan dakwat kekal selepas membuang undi di Sekolah Kebangsaan Dulang dekat Yan, hari ini. Turut kelihatan anaknya (dari kiri); Siti Najwa, Siti Suraya, Mohamad Ashraf dan Siti Amirah. - Foto Amran Hamid

PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sempat beramah mesra dengan calon Pas DUN N20 Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat (kanan) ketika mengadakan lawatan ke pusat pembuangan undi di SK Permatang Buluh, Kota Sarang Semut, Yan, hari ini. - Foto BERNAMA

RAYU UNDI ... Sekumpulan perayu undi dari Barisan Nasional mengajak ahli dan penyokong PAS untuk 'Berani Berhijrah' ketika proses pengundian Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau di Sekolah Menengah Agama Nahdzah, Batu 12, Bukit Besar dekat Yan, hari ini. - Foto BERNAMA

PERAIH undi berkumpul di bahu jalan bagi meraih undi untuk parti di SK Haji Kassim Jasin Selengkoh, Yan. - Foto Aizuddin Saad

WARGA emas duduk menunggu giliran untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Permatang Buluh, Kota Sarang Semut bagi Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau, Yan. - Foto Hasan Ismail

TIGA beradik (dari kiri) Nasriah Abu Hassan, Hasnah Abu Hassan dan Norma Abu Hassan menunjukkan jari yang dicelup dengan dakwat kekal selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Permatang Buluh, Kota Sarang Semut bagi Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau, Yan. - Foto Hasan Ismail

PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berbual dengan pengundi, Asiah Othman, 86, (berkerusi roda) semasa melawat pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Permatang Buluh, Kota Sarang Semut bagi PRK DUN Sungai Limau, Yan, hari ini. - Foto Hasan Ismail

CALON PAS, Mohd Azam Abd Samat bersama isterinya, Taqhiyah Ismail, 32, mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar, Yan, hari ini. - Foto BERNAMA

CALON Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim selesai menunaikan tanggungjawabnya membuang undi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) di saluran dua pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Dulang di sini , tepat jam 8.50 pagi tadi. - Foto Nora Mahpar

KEPUTUSAN PRK DUN SUNGAI LIMAU 2013

Terkini

CARIAN

Twitter

Facebook

Pautan Berkaitan