header

Hormati cara masyarakat tempatan berpolitik: SPR

SIBU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam meminta jentera parti bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu, terutama dari Semenanjung menghormati cara masyarakat tempatan berpolitik yang sama sekali menolak kaedah berkempen secara kasar seperti dipraktikkan kebanyakan parti politik di Semenanjung. [ + ]

Penduduk harap BN bela nasib

SIBU: Perjalanan lebih sejam dari pangkalan jeti di bandar Sibu menggunakan bot laju menyusuri sungai terpanjang di negara ini, Sungai Rajang sudah cukup menggambarkan keperitan hidup terpaksa dilalui etnik minoriti Melanau di Parlimen Sibu. [ + ]

Lau guna motosikal temui penduduk pedalaman Sibu

SIBU: Motosikal menggantikan helikopter atau kenderaan pacuan empat roda untuk mempercepatkan pergerakan jentera pilihan raya kecil Parlimen Sibu. Inilah hakikat yang perlu diakui jentera pilihan raya BN, mahupun parti pembangkang jika ingin menggerakkan jentera pilihan raya dengan pantas di kawasan penduduk padat, jalan sempit dan penempatan penduduk berselerak di luar bandar. [ + ]

DAP tak terkejut pengumuman Alfred Jabu calon sesuai KM

SIBU: Tindakan bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Abdul Rahman Yaacub secara tiba-tiba mengumumkan nama Tan Sri Alfred Jabu Numpang, sebagai calon sesuai menggantikan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, tidak mengejutkan DAP. [ + ]

Jabu enggan layan spekulasi pembangkang

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang, berkata beliau tidak mahu melayan sebarang spekulasi yang disebarkan pembangkang berhubung isu pengganti Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. [ + ]

Projek bukan 'gula-gula' pilihan raya

SIBU: Pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di Sarawak termasuk di kawasan luar bandar, bukan 'gula-gula' politik menjelang pilihan raya kecil, sebaliknya ia adalah program berterusan dilaksanakan sepanjang masa. [ + ]

Risda bantu 112,311 pekebun kecil

SIBU: Kemasukan Lembaga Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) ke Sarawak bukan bertujuan mahu merampas tanah terutama Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di negeri ini, sebaliknya ingin membantu 112,311 pekebun kecil di Sarawak. [ + ]

Timbalan Menteri meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau Hoi Chew meninggal dunia di kediamannya di Mont Kiara, di sini kira-kira jam 11 pagi, semalam akibat penyakit barah yang dihadapi sejak dua tahun lalu. [ + ]

SPR bincang pilihan raya Sibu 16 April

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat 16 April ini untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Parlimen Sibu. [ + ]

Belasungkawa: YB Sibu tegas, berpegang kuat 'cakap serupa bikin'

MENDIANG Datuk Robert Lau Hoi Chew, yang menghembuskan nafas terakhir di Kuala Lumpur semalam, disifatkan rakan rapatnya sebagai berani mengambil tindakan tidak popular demi kebaikan rakyat. [ + ]

Wanita jadi ketua rumah diberi bantuan

SIBU: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan memberi tumpuan kepada wanita yang menjadi ketua isi rumah dalam usaha mewujudkan usahawan wanita di bawah sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara. [ + ]

Premium sama rata pajakan tanah sama rata

SIBU: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, membuat pengumuman penting bagi rakyat seluruh Sarawak malam tadi, apabila mengumumkan penyelarasan atau kadar sama rata untuk premium pajakan tanah bagi tujuan kediaman, komersial dan pertanian di negeri itu. [ + ]

Muhyiddin puas hati kempen BN

SIBU: Selepas mengakhiri empat siri lawatan kempennya ke merata tempat sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur malam tadi, Tan Sri Muhyiddin Yassin menaruh harapan tinggi kepada pengundi Sibu untuk memangkah calon Barisan Nasional (BN), apabila turun mengundi esok. [ + ]

Wee keluar PKR bukti pembangkang rapuh

SIBU: Pengundi Parlimen Sibu harus melihat tindakan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai bukti kukuh pembangkang tidak lebih sekadar pakatan rapuh. [ + ]

Polis belum terima laporan pertaruhan pilihan raya

SIBU: Unsur pertaruhan dipercayai wujud menjelang hari mengundi pilihan raya kecil Parlimen Sibu, esok tetapi Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyatakan polis belum menerima laporan mengenainya. [ + ]

Tujuh program bersepadu majukan Sabah, Sarawak

SIBU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan tujuh program bersepadu memaju dan meningkatkan taraf hidup penduduk Sarawak dan Sabah ketika lawatannya ke sini Khamis ini, sempena pilihan raya kecil Parlimen Sibu. [ + ]

Penduduk Sibu tak pentingkan perang poster

SIBU: Walaupun sudah memasuki hari kedua kempen pilihan raya kecil Parlimen Sibu semalam, keadaan di pusat bandar ini dan pinggir bandar secara keseluruhannya masih belum kelihatan seperti keadaan sebenar demam pilihan raya. [ + ]

'Usah percaya pembohongan Anwar'

SIBU: Pengundi Melayu di Sibu diminta tidak mempercayai pembohongan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana sepanjang menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau tidak pernah membela nasib masyarakat Melayu di sini. [ + ]

RM88.9j tingkat taraf hidup penduduk luar bandar

SIBU: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah membelanjakan RM88.9 juta untuk pelaksanaan pelbagai projek meningkatkan taraf hidup penduduk di Sibu sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). [ + ]

Lau manfaatkan Hari Ibu

SIBU: Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Sibu, Robert Lau Hui Yew tidak melepaskan peluang sambutan Hari Ibu bagi menghadiahkan kuntuman bunga kepada pengundi wanita yang ditemuinya ketika berkempen di Pasar Awam Sibu, di sini, semalam. [ + ]

Narawi dakwa sokongan bertambah

SIBU: Baru dua hari kempen pilihan raya kecil Parlimen Sibu, calon Bebas, Narawi Haron, mendakwa mendapat sokongan kira-kira 4,000 pengundi, kebanyakannya daripada 17,124 pengundi Bumiputera. [ + ]

PKR berhasrat tanding Parlimen Sibu

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menolak kemungkinan meletakkan calonnya pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu, walaupun tradisinya kerusi itu ditandingi DAP. [ + ]

Polis puas hati proses pengundian lancar

SIBU: Proses pengundian pilihan raya kecil kawasan Parlimen Sibu semalam, secara keseluruhannya berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku. [ + ]

Dua calon mengundi

SIBU: Dua calon dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu pagi semalam menunaikan tanggungjawab mereka keluar mengundi manakala seorang lagi menemani isterinya menunaikan tanggungjawab itu. [ + ]

Peratusan mengundi kurang dikaji

SIBU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengkaji punca peratusan keluar mengundi pilihan raya kecil Parlimen Sibu semalam hanya 59.9 peratus, antara paling sedikit bagi sesuatu pilihan raya kecil. [ + ]

Kesal warga emas dikasari

SIBU: Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka, salah satu daripada tiga kerusi DUN dalam Parlimen Sibu, melahirkan rasa kesal dengan tindakan sebuah parti politik yang sanggup melakukan apa saja untuk meraih undi termasuk berkasar dengan warga emas. [ + ]

'BN ada hala tuju, ikhlas membela nasib rakyat'

SIBU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan yang serius, bukan hanya bermain politik retorik atau membuat janji palsu. [ + ]

Undi pembangkang suarakan bantahan

KUALA LUMPUR: Perasaan tidak puas hati dan kecewa terhadap isu setempat yang tidak ditangani dengan berkesan oleh pemimpin serta sikap wakil rakyat yang jarang 'turun padang' menjadi faktor utama rakyat Sarawak menolak Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu, kelmarin. [ + ]

KDN kaji dedah arahan Ketua Polis Negara

SIBU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedia mengkaji keperluan untuk mendedahkan Arahan Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) berhubung kaedah penggunaan senjata api bagi membolehkan masyarakat memahami tugas anggota polis dalam menjaga keamanan dan ketenteraman awam. [ + ]

3 lokasi kempen terakhir hangat

SIBU: Ribuan penduduk pelbagai kaum di sekitar bandar ini membanjiri tiga lokasi utama secara berasingan malam tadi bagi menghadiri majlis kempen saat akhir, masing-masing anjuran Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang sebelum tempoh berkempen untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu berakhir tengah malam. [ + ]

Kebun getah tanpa geran tetap diberi bantuan

SIBU: Kerajaan melalui Risda tetap menyalurkan bantuan kepada pekebun getah di Sarawak walaupun tanah yang diusahakan belum bergeran. [ + ]

80 peratus dijangka keluar mengundi

SIBU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan 80 peratus atau 43,756 daripada jumlah 54,695 pemilih berdaftar di kawasan Parlimen Sibu akan keluar mengundi pada pilihan raya kecil kawasan itu, mulai jam 8 pagi hingga 5 petang ini. [ + ]

Peniaga tumpuan calon BN

SIBU: Calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew, 45, menjadikan peniaga di tengah bandar Sibu sebagai tumpuan hari terakhir kempennya semalam bagi mendapatkan sokongan pengundi Cina/Foochow yang menguasai 66 peratus jumlah pengundi Parlimen Sibu. [ + ]

Polis jamin keselamatan pengundi

SIBU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan 54,695 pengundi di kawasan Parlimen Sibu dapat menunaikan tanggungjawab masing-masing hari ini tanpa dihalang mana-mana pihak yang tidak mahu mereka berbuat demikian. [ + ]

Proses pilihan raya kecil Sibu antara terbaik

SIBU: Polis menyifatkan pilihan raya kecil Parlimen Sibu antara yang terbaik kerana tiada kejadian besar berlaku sepanjang kempen lapan hari dan berharap keadaan aman serta harmoni itu berterusan pada hari mengundi hari ini. [ + ]

Narawi guna taktik bergerak dalam diam

SIBU: "Kami bergerak macam askar. Senyap, tak ada bunyi. Ada 50 orang bergerak secara senyap seperti waktu kami menyerang komunis. Sambil menyelam, minum air." [ + ]

KDN nafi musnahkan Injil dalam Bahasa Melayu

KUCHING: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan dakwaan sesetengah pihak khususnya pembangkang bahawa sejumlah Al-Kitab Berita Baik atau Injil, yang dirampas lebih setahun lalu sudah dimusnahkan. [ + ]

Najib minta penduduk Sibu pilih calon BN

SIBU: Selepas menunaikan sebahagian besar permintaan masyarakat Cina, Melayu/Melanau dan Iban, Datuk Seri Najib Razak mengakhiri lawatan kerja dua harinya ke sini semalam dengan meminta 54,695 pengundi Parlimen Sibu supaya mengundi calon Barisan Nasional (BN) Robert Lau Hui Yew, Ahad ini. [ + ]

Pembangkang lancar perang saraf

SIBU: Pembangkang dikesan menjalankan perang saraf dengan mendakwa majoriti pengundi, terutama di tengah bandar ini sudah bersedia melakukan perubahan pada pemilihan, Ahad ini. [ + ]

Kemudahan asas 16 rumah panjang dibaik pulih: TPM

SIBU: Seramai 527 keluarga di 16 rumah panjang, semalam menerima berita gembira apabila kerajaan memperuntukkan RM926,200 bagi membaik pulih kemudahan asas di kawasan berkenaan bagi meningkatkan kualiti hidup mereka. [ + ]

RM611j untuk bina, naik taraf jalan sekitar Sibu

SIBU: Sejumlah RM611 juta diperuntukkan untuk membina dan menaik taraf jalan raya di bahagian Sibu dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi manfaat kira-kira 50,000 penduduknya. [ + ]

Penduduk usah bimbang keluar mengundi

SIBU: Pengundi Parlimen Sibu diminta supaya keluar beramai-ramai untuk menunaikan tanggungjawab mereka, Ahad ini tanpa perlu rasa bimbang mengenai keselamatan mereka. [ + ]

Proses undi pos bermula hari ini

SIBU: Proses undi pos membabitkan 2,793 pengundi membabitkan anggota tentera, polis dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermula hari ini membabitkan tiga lokasi. [ + ]

Masyarakat Cina, Melayu Sibu dapat durian runtuh

SIBU: Masyarakat Cina dan Melayu di sini menerima ‘durian runtuh’ apabila Datuk Seri Najib Razak yang tiba untuk lawatan rasmi dua hari bermula semalam, meluluskan segera peruntukan bagi kepentingan kedua-dua kaum itu. [ + ]

Cabar pendirian isu kalimah tak kena tempat

SIBU: Calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew menyifatkan tindakan calon DAP mencabarnya untuk menyatakan pendirian berhubung isu kalimah Allah sebagai melampau dan tidak kena tempat. [ + ]

Penceramah jaja kempen sensitif akan ditahan

SIBU: Polis sekali lagi memberi amaran akan menahan mana-mana pihak yang terus menggunakan isu kalimah 'Allah' dalam ceramah kempen pilihan raya kecil Parlimen Sibu, selepas amaran pertama kelmarin. [ + ]

Najib lancar siaran TV percuma guna satelit

SIBU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) malam tadi mengotakan satu lagi janji untuk rakyat dengan pelancaran siaran RTM melalui satelit untuk 200,000 penduduk di pedalaman Sarawak dan Sabah yang disempurnakan oleh Datuk Seri Najib Razak. [ + ]

Penduduk Sibu tolak politik propaganda: Taib

SIBU: Rakyat Sarawak, terutama penduduk Sibu tidak akan menerima politik propaganda dibawa pembangkang, terutama dari Semenanjung, sebaliknya menghargai politik sederhana yang mengutamakan perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum. [ + ]

Isu tanah, kekayaan jadi modal kempen

SIBU: Selepas isu banjir berjaya ditangani kerajaan dengan tambahan peruntukan untuk projek tebatan banjir dan menaik taraf Kolej Laila Taib sebagai universiti bagi memenuhi permintaan penduduk tempatan, supaya sebuah universiti dibina di bandar ini, DAP kini sudah ketandusan modal. [ + ]

BN kesal sikap DAP bawa budaya hasut

SIBU: Barisan Nasional (BN) kesal dengan sikap DAP yang membawa cara berpolitik menghasut yang diamalkan mereka di Semenanjung ketika kempen pilihan raya kecil Parlimen Sibu. [ + ]

Penduduk dapat bekalan elektrik

SIBU: Lebih 2,000 penduduk di Sungai Rassau di sini boleh menarik nafas lega selepas keluhan lebih 30 tahun bagi mendapatkan bekalan elektrik didengar kerajaan negeri yang berjanji kemudahan itu akan dilaksanakan sebelum 2012. [ + ]

Amaran usah bangkit isu sensitif

SIBU: Polis memberi amaran kepada semua yang terbabit termasuk penceramah parti politik supaya jangan membangkitkan isu sensitif khususnya berkaitan kalimah Allah pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu sekarang. [ + ]

Tuduhan pembangkang tak berasas

SIBU: Pengundi di sini tidak mudah termakan dengan dakwaan pembangkang kononnya hasil kekayaan Sarawak tidak diagihkan sama rata kepada rakyat dan hanya membolehkan pemimpin kerajaan negeri kaya-raya. [ + ]

RM100,000 naik taraf 2 sekolah

SIBU: Kementerian Pelajaran semalam mengumumkan peruntukan RM100,000 untuk projek pembangunan dan menaik taraf dua sekolah rendah di kawasan pedalaman daerah ini. Sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang dan SK Tanjung Penasu, Bawang Assan yang kebanyakan pelajarnya adalah daripada kaum Iban yang tinggal di rumah panjang berdekatan. [ + ]

RM1 bilion atasi masalah banjir

SIBU: Penduduk Sibu yang dibelenggu masalah banjir sejak sekian lama mendapat berita gembira semalam apabila kerajaan mengumumkan pelan pembangunan projek mengatasi masalah banjir sepenuhnya membabitkan peruntukan lebih RM1 bilion. [ + ]

1,700 kaum India umum keluar PKR sertai MIC

KULIM: Seramai 1,700 masyarakat India di Parlimen Padang Serai dan Kulim/Bandar Baharu mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menyertai MIC selepas kecewa dengan kegagalan pemimpin parti itu membela nasib mereka. [ + ]

Muhyiddin cabar DAP nyata pendirian

SIBU: Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar DAP menyatakan pendirian sama ada boleh menerima pembentukan negara Islam yang masih ada dalam perlembagaan Pas, dan mahu DAP membuktikan berapa banyak sumbangan kewangan mereka kepada sekolah di Sibu setakat ini. [ + ]

Insentif baru guru bakal diumum: TPM

SIBU: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu dasar baru yang lebih komprehensif untuk guru dijangka diumumkan di Kuantan, pada Ahad ini sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan. [ + ]

Program ICT di 3 sekolah

SIBU: Sirim Berhad semalam melancarkan satu program komuniti, dikenali sebagai Sirim Pintar-Learning, bagi memberi pendedahan kepada pelajar di tiga sekolah di sini dalam bidang pembelajaran menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). [ + ]

SPR terima lapan karung undi pos

SIBU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah menerima lapan karung undi pos yang akan digunakan bagi proses undi pos membabitkan 2,793 pengundi termasuk petugas SPR dan kakitangan awam yang bertugas pada hari pengundian. [ + ]

'Laporan polis hanya gimik politik DAP'

SIBU: Tindakan DAP membuat laporan polis semalam mendakwa Barisan Nasional (BN) bertindak mengedarkan risalah berbaur perkauman termasuk cuba menghasut pengundi Melayu dengan mengatakan parti itu membenci agama Islam, ditempelak oleh Pemuda BN. [ + ]

Lau janji usaha bawa lebih banyak kemajuan ke Sibu

SIBU: Calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew, 45, berjanji membawa lebih banyak kemajuan ke kawasan Parlimen Sibu jika diberi kepercayaan masyarakat sebagai Ahli Parlimen yang baru. [ + ]

Prasekolah di empat rumah panjang mula bulan depan

SIBU: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan empat kelas prasekolah di rumah panjang akan dibuka di Sarawak bulan depan bagi membolehkan kanak-kanak berusia antara empat hingga lima tahun mengikuti kelas bimbingan awal sebelum ke kelas tadika. [ + ]

Jentera BN diarah tingkat kempen kekal kemenangan

SIBU: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menyifatkan tempoh seminggu berkempen bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu sebagai amat kritikal, mahu semua jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) bekerja kuat bagi memastikan kemenangan calon BN, Robert Lau Hui Yew. [ + ]

PM lulus RM500,000 naik taraf jalan di Teku

SIBU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, meluluskan RM500,000 untuk menaik taraf empat jalan di Kampung Bahagia Jaya di Teku, di sini, semalam. Empat jalan itu ialah Lorong Bahagia Tengah 2 sebanyak RM100,000; Lorong Bahagia Tengah 4 (RM100,000); naik taraf Lorong Tengah Bahagia 9A dan Lorong Tengah Bahagia 9B ( RM300,000). [ + ]

Kit Siang akur peluang DAP sukar

SIBU: Masyarakat Cina biasanya mudah percaya kepada angka. Bagi mereka, setiap angka bermula satu hingga 10 membawa makna dan maksud tersirat dalam kehidupan seharian. [ + ]

Wakil Bebas kecewa tak dapat simbol payung

SIBU: Calon Bebas bagi pilihan raya kecil Parlimen Sibu, Narawi Haron, 60, berasa kecewa kerana tidak dapat menggunakan simbol payung seperti dihajatinya untuk berkempen. [ + ]

Yakin BN terus diberi mandat

KUALA LUMPUR: Pemuda Gerakan yakin calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu akan diberi mandat oleh pengundi kawasan itu pada 16 Mei ini. [ + ]

Tiga peratus graduan dikecuali bayar PTPTN

SIBU: Tiga peratus daripada keseluruhan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dijangka memperoleh ijazah kelas pertama apabila menamatkan pengajian tahun depan, akan dikecualikan membayar pinjaman berikutan kesediaan kerajaan menukar status pinjaman kepada biasiswa. [ + ]

Kem tentera dinaik taraf

SIBU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluluskan peruntukan RM600,000 bagi membina kemudahan gelanggang futsal dan menaik taraf surau serta sekolah agama rakyat di Kem Rascom 9 Briged di sini. [ + ]

Lau rai Hari Ibu di Pasar Sentral

SIBU: Hari Ibu disambut oleh calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Sibu, Robert Lau Hui Yew, 45, dengan 1,520 wanita di Pasar Sentral di sini, semalam. [ + ]

Pit pernah dipaksa Jepun makan najis

SIBU: Kecederaan selepas terkena serpihan bom di atas kapal HMS Vyner Brooke yang dinaikinya serta diseksa oleh tentera Jepun termasuk dipaksa makan najis adalah antara pengalaman yang sentiasa terpahat dalam ingatan Pit Mahli, 90, sepanjang bertugas sebagai anggota Angkatan Tentera Laut Britain 70 tahun lalu. [ + ]

Ling Kiew sokong BN

KUCHING: Biarpun segelintir pemimpin veteran Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) diketuai Presidennya, Edwin Dundang lantang menyatakan sokongan padu kepada pakatan pembangkang Sarawak menjelang pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada 16 Mei ini, namun satu kumpulan lagi diketuai Timbalan Presidennya, Ting Ling Kiew menyatakan sokongan mereka kepada Barisan Nasional (BN). [ + ]

Pemilih 100 tahun layak undi

SIBU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh memadam secara sembarangan nama pengundi dalam daftar pemilih, sekalipun mereka tersenarai di kalangan yang berusia lebih 100 tahun, jika rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuktikan mereka ‘masih hidup.’ [ + ]

DAP gempur kubu Iban

SIBU: DAP yang mengakui kawasan penempatan kaum Iban sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN) semalam, mula menggempur lokasi itu untuk meraih undi Bumiputera, yang dikatakan faktor penentu kemenangan kerusi Parlimen Sibu. [ + ]

Pilihan raya Sibu medan uji kemampuan jentera BN

SIBU: Pilihan raya kecil Parlimen Sibu akan dijadikan medan bagi menguji keberkesanan keseluruhan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) Sarawak yang bersedia sejak tahun lalu selepas ura-ura Pilihan Raya Negeri akan diadakan pada tahun ini. [ + ]

Peguam lawan peguam di Sibu

KUCHING: Barisan Nasional menamakan Penolong Bendahari SUPP cawangan Sibu, Robert Lau Hui Yew, sebagai calon Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil Parlimen Sibu yang dijadual pada 16 Mei ini. [ + ]

DAP umum calon di Sibu 27 April

KUALA LUMPUR: Pakatan pembangkang Sarawak akan mengumumkan calonnya bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu pada 27 April ini, kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang. [ + ]

PETUGAS BN mencabut bendera dan poster di Bulatan Brooke, Bandar Sibu selepas pilihan raya kecil Parlimen Sibu berakhir semalam. - Foto Rosdan Wahid
May 17, 2010 9:42 am
CALON Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Sibu, Wong Ho Leng selepas beliau diumumkan memenangi kerusi Parlimen Sibu di Dewan Suarah, Sibu. - Foto Aizuddin Saad
May 17, 2010 9:39 am
PEGAWAI Pengurus Pilihan Raya, Wong See Meng (kanan) mengumumkan calon DAP, Wong Ho Leng sebagai Ahli Parlimen Sibu dengan kemenangan majoriti 398 undi pada pilihan raya kecil P.212 Sibu di Pusat Penjumlahan Undi Dewan Suarah, Sibu. - Foto Rosdan Wahid
May 16, 2010 11:43 pm
PETUGAS SPR menyusun peti undi yang sudah dikira di Pusat Penjumlahan Undi Dewan Suarah, Sibu pada pilihan raya kecil P.212 Sibu. - Foto Rosdan Wahid
May 16, 2010 9:42 pm
PETUGAS SPR menjunjung peti undi yang sudah dikira untuk dibawa ke Pusat Penjumlahan Undi Dewan Suarah, Sibu pada pilihan raya kecil P.212 Sibu. - Foto Rosdan Wahid
May 16, 2010 7:09 pm
PETUGAS SPR menjunjung peti undi yang sudah dikira untuk dibawa ke Pusat Penjumlahan Undi Dewan Suarah, Sibu pada pilihan raya kecil P.212 Sibu. - Foto Rosdan Wahid
May 16, 2010 7:07 pm
PENGUNDI Rumah Unjah Anak Besh terpaksa meredah banjir menaiki pacuan empat roda sejauh 3 kilometer menuju ke Pusat Mengundi, SK Tanjung Bekakap, Bawang Assan. - Foto Ghazali Bujang
May 16, 2010 3:25 pm
Subeng Akon, 78, dibantu oleh pegawai SPR, Nurul Farhana Syahaera Johan, 20, yang terpaksa meredah banjir untuk mengundi di Dewan Masyarakat dan Perpustakaan Desa. (Gambar bawah) Pengundi Bawang Assan yang terpaksa meredah banjir untuk mengundi. - Foto Ghazali Bujang
May 16, 2010 3:13 pm
PENGUNDI di Bawang Assan memenuhi halaman pusat mengundi yang Dewan Masyarakat dan Perpustakaan Desa kampung itu yang dilanda banjir. - Foto Ghazali Bujang
May 16, 2010 3:09 pm
PENGUNDI, Kelani Jebum, 44, menunjukkan kertas yang tertera dengan nombor saluran dan kad pengenalan untuk membuang undi pada hari mengundi di SK Bandaran Sibu 3, Sibu. - Foto Aizuddin Saad
May 16, 2010 1:41 pm

Kabinet baru ikrar beri khidmat terbaik

Pautan Berkaitan