SENTIMEN di Sarawak, berbeza dengan di Semenanjung dalam isu membabitkan masyarakat Cina dan dengan itu pendekatan bagi menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Sibu 16 Mei ini, tidak boleh disamakan dengan keadaan di Hulu Selangor, yang dimenangi Barisan Nasional (BN). [ + ]
Rakyat perlukan wakil rakyat yang bercakap perkara benar. DAP adalah parti yang benar-benar membawa suara rakyat. Saya menawarkan diri untuk bercakap perkara yang benar. Saya akan bawa suara mereka ke Parlimen. [ + ]
BENNY Pladin, pemuda Iban yang menjadi pemandu kami meninjau kempen pilihan raya kecil Parlimen Sibu, Khamis lalu, ketika ditanya calon mana yang akan diundi oleh penghuni rumah panjangnya di Tanjung Penasu, tanpa teragak-agak menjawab: "Dak ya mauk beri DAP (disebut dap) dua tahun, mun DAP sik bagus, undi balit BN." (Mereka mahu undi DAP untuk dua tahun akan datang, jika DAP tidak bagus, kami undi semula BN). [ + ]
AWAL pagi semalam, Ahli Parlimen Sibu yang baru, Wong Ho Leng, ke Kuching menerusi penerbangan sejam dari Lapangan Terbang Sibu dan terus menuju ke Petrajaya untuk menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), atas kapasitinya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek. [ + ]
PILIHAN raya kecil Sibu dan Hulu Selangor memperlihatkan dengan nyata pola pemilihan pengundi bandar, khususnya pengundi Cina, masih tegar menyokong pakatan pembangkang. Walaupun profil dan demografi pengundi di Sibu dan Hulu Selangor sangat berbeza, trend pemilihan pengundi Cina di kedua-dua kawasan pilihan raya terbabit hampir sama. Dianggarkan lebih 70 peratus pengundi Cina di Sibu dan Hulu Selangor menolak Barisan Nasional (BN). [ + ]
"KAMI bukan anti-Barisan Nasional (BN) tapi kami sudah bosan dengan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang pemimpinnya asyik bertelagah sesama sendiri. Nampak gaya SUPP tidak belajar daripada kekalahan teruk pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri 2006," demikian komen seorang pengundi lelaki berusia 58 tahun hadir pada majlis mesra rakyat di Rajang Park, Sibu. [ + ]
PILIHAN raya kecil Parlimen Sibu yang berakhir semalam menyimpan himpunan kisah pahit manis bagi masyarakat di kawasan Sibu dan jentera Barisan Nasional (BN) serta pembangkang, termasuk dari Semenanjung. [ + ]
SEHINGGA lewat petang semalam iaitu beberapa jam sebelum tempoh kempen berakhir, saingan dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu, lebih menyaksikan pertarungan antara calon Barisan Nasional (BN) dan DAP masih sengit dengan jangkaan peluang tidak lari daripada 50-50. [ + ]
DI sebalik kehadiran ramai 'heavyweight', kedua-dua pihak Barisan Nasional (BN) dan pembangkang, belum kelihatan jelas siapa yang bakal menang pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu, Ahad ini. [ + ]
SEBELUM 2006, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menjadi sandaran masyarakat Cina di Sarawak. Namun, dalam pilihan raya negeri kesembilan, dengan pelbagai isu membabitkan kaum Cina, terutama isu premium tanah dan kenaikan harga minyak, enam kubu kuat SUPP di bandar terlepas ke tangan musuh tradisinya, DAP. [ + ]
PELAN pembangunan mengatasi masalah banjir membabitkan peruntukan RM1 bilion di Sibu, Sarawak adalah sesuatu yang dinanti-nantikan oleh penduduk. Peruntukan besar itu adalah tambahan peruntukan kepada fasa awal projek tebatan banjir bernilai RM300 juta yang disediakan di kawasan berkenaan. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan ia sebagai projek keperluan rakyat yang akan memberi manfaat kepada setiap penduduk di kawasan itu. [ + ]
Kerja kuat dan berkhidmat secara ikhlas untuk masyarakat. Saya tidak pernah mengimpikan untuk menjadi ahli politik. Saya menyertai SUPP (Parti Rakyat Bersatu Sarawak) semata-mata untuk berkhidmat dalam kegiatan sosial dan kebajikan. Bukan untuk politik. Pelbagai kegiatan saya dengan pemimpin dan ahli SUPP sebelum ini bukan untuk kepentingan politik. [ + ]
SEORANG warga emas berambut pendek yang disikat kemas, berkemeja T berwarna krim dan berseluar panjang hitam antara ribuan penduduk Sibu yang kelihatan tidak sabar menunggu kunjungan Datuk Seri Najib Razak, ke Sungai Merah, penempatan pertama kaum Foochow dan Heng Hua di Bandar Sibu, pagi kelmarin. [ + ]
JIKA dilihat suasana sekitar hari penamaan calon kelmarin dan dari segi perang poster, pilihan raya kecil Parlimen Bandar Sibu tidaklah sesengit pilihan raya kecil Hulu Selangor baru-baru ini atau beberapa pilihan kecil sebelumnya seperti Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bagan Pinang dan Manik Urai. Bagaimanapun, parti yang bertanding melihat setiap pilihan raya adalah sengit kerana matlamat utama mereka ialah kemenangan. Oleh itu, sebaik selesai proses penamaan calon kelmarin, jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) dan DAP terus melancarkan kempen masing-masing selama lapan hari sehingga tengah malam Sabtu ini. [ + ]
TIDAK seperti selalu, ceramah pembangkang yang dibarisi pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas sepanjang tiga hari pertama kempen pilihan raya kecil Parlimen Sibu, Sabtu lalu, dilihat lebih bersifat memujuk berbanding dipenuhi hamburan maki-hamun terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pemimpinnya. [ + ]
SEBAIK selesai proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Sibu tengah hari semalam, jentera kempen Barisan Nasional (BN) dan DAP terus bergerak menemui sebanyak mungkin pengundi. Tumpuan awal ialah ke kawasan majoriti pengundi Bumiputera di pinggir bandar perdagangan ini. [ + ]
JIKA ada carta berita tempatan paling panas dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini, pasti pendedahan seorang penulis blog mengenai operasi gerak saraf menelan belanja RM4 juta untuk memburukkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berada di antara tangga teratas. [ + ]
ORANG kuat politik Sarawak suatu ketika dulu, Tan Sri Dr Wong Soon Kai juga sekelas dengan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sama-sama belajar di Universiti Malaya, Singapura pada 1950-an pernah tewas di tangan calon DAP. [ + ]
SEJAUH manakah keputusan pilihan raya kecil di Hulu Selangor mempengaruhi pilihan raya kecil Sibu pada 16 Mei nanti? Adakah pola pengundian kaum Cina di Sibu akan menyerupai perlakuan pengundian kaum Cina di Hulu Selangor? Di Hulu Selangor, calon Barisan Nasional (BN) P Kamalanathan meraih 28 peratus undi kaum Cina – kemerosotan berbanding 37 peratus yang diperoleh BN pada Pilihan Raya Umum 2008. [ + ]
PENULIS mula menjejakkan kaki di Sibu pada 1976 ketika bertugas sebagai guru sandaran di sebuah sekolah bantuan kerajaan. Pada waktu itu, Sibu kelihatan kusam meskipun rancak dengan industri pembalakan. Sibu pernah musnah pada 1889 dan 1928 kerana kebakaran besar, bangkit semula kerana iltizam penduduk pelbagai kaum di bandar itu. [ + ]
SEJAK beberapa malam lalu, Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bahagian Sibu, Datuk Seri Wong Soon Koh, tidak dapat tidur lena. Tidurnya sering terganggu apabila mengingatkan pemergian Ahli Parlimen Bandar Sibu, Datuk Robert Lau Hoi Chew pada Jumaat lalu. Bukan menjadi rahsia bagi masyarakat Cina di bandar yang mempunyai 270,000 penduduk itu, bagaimana eratnya hubungan dua orang ahli politik ini sejak awal 1980-an lagi. [ + ]