LABIS: Petugas pilihan raya Barisan Nasional (BN) dan pengundi diingatkan SUPAYA berwaspada dengan taktik Pas menjelang dua hari sebelum hari mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada Ahad nanti. [ + ] 12:19:13 PM
LABIS: Ramai penyokong parti politik yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang mengibarkan bendera parti pada kenderaan mereka adalah menyalahi undang-undang kerana menyamai aktiviti berkempen. [ + ] 18:49:57 PM
LABIS: Sekumpulan penduduk Kampung Chemplak Barat dekat sini hari ini membuat laporan polis selepas menerima sepucuk surat palsu yang menghendaki mereka hadir ke Dewan Serbaguna Labis, esok. [ + ] 18:27:19 PM
LABIS: Dengan hari mengundi yang semakin hampir, pekerja parti, penganalisis politik dan penduduk tempatan Labis bersependapat PAS akan tewas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. [ + ] 19:30:52 PM
LABIS: Kementerian Pelajaran akan melakukan siasatan mengenai kewajaran cuti sakit diberi kepada Maarof Abd Mutalib, seorang guru yang juga suami kepada calon PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Normala Sudirman. [ + ] 18:05:47 PM
LABIS: Polis mengesan seorang pelajar lelaki sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) yang dipercayai melibatkan diri dalam aktiviti berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di sini. [ + ] 19:22:59 PM
Calon Barisan Nasional,Mohd Azahar Ibrahim, 37, Bekas Penolong Pegawai Daerah Rengit
|
Calon PAS,Normala Sudirman, 38, Ketua Dewan Muslimah PAS Labis
|
PETA KAWASAN:
INFO KAWASAN:
Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor diadakan berikutan wakil rakyatnya dari Barisan Nasional (BN), Datuk Sulaiman Taha, 59, meninggal dunia pada 17 Disember 2010.
Sulaiman disahkan meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur.
Allahyarham mempertahankan kerusi DUN Tenang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 dengan menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 22 Januari 2011 sebagai hari penamaan calon dan 30 Januari 2011, sebagai tarikh pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Tenang.
Sulaiman yang juga Ketua UMNO Bahagian Labis mempertahankan kerusi DUN Tenang pada Pilihan Raya Umum 2008 bagi penggal kedua.
DUN Tenang berada dalam bahagian Parlimen Labis, yang menjadi kubu kuat Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan kini disandang anaknya, Chua Tee Yong yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Satu lagi kerusi DUN dalam Parlimen Labis ialah Bekok yang turut dimenangi BN.
BN memenangi 50 kerusi DUN di Johor pada pilihan raya umum 2008 manakala DAP empat kerusi dan PAS dua.
SPR melantik Ketua Penolong Pegawai Daerah Kecil Labis, Md Asri Amir sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya dengan dibantu oleh tiga penolong pegawai pengurus iaitu Mohd Farid Kassim, Miswan Yunus dan Muhammad Helmi Ya'kub bagi menguruskan perjalanan pilihan raya kecil itu.
Sejak Pilihan Raya Umum 2008, 13 pilihan raya kecil diadakan dengan 10 daripadanya diadakan kerana kematian wakil rakyat.
Pakatan pembangkang memenangi lapan daripada 13 pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini. Pilihan raya kecil DUN Tenang adalah yang ke-14.
N.5 TENANG, JOHOR:
Keputusan pilihan raya kecil DUN N.5, Tenang (30 Januari 2011)
| NAMA CALON | PARTI | BIL UNDI | KEPUTUSAN |
| Mohd Azahar Ibrahim, 37, | Barisan Nasional | 6,699 | MNG |
| Normala Sudirman, 38, | PAS | 2,992 | - |
| Majoriti 3,707 | |||
Keputusan Pilihan Raya Umum DUN N.5, Tenang (Mac 2008)
| NAMA CALON | PARTI | BIL UNDI | KEPUTUSAN |
| Datuk Sulaiman Taha | BN | 6,367 | MNG |
| Haji Md Saim Siran | PAS | 3,875 | - |
| PEMILIH BERDAFTAR: | 14,511 |
| KERTAS UNDI DITOLAK: | 413 |
| KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI: | 10,655 |
| KERTAS UNDI DIKELUARKAN: | 10,669 |
| KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN: | 14 |
| PERATUS PENGUNDIAN: | 73.52% |
| MAJORITI: | 2,492 |
| PETUNJUK: | |
| MTB | Menang Tanpa Bertanding |
| MNG | Menang |
| HD | Hilang Deposit |
| TM | Tiada Maklumat |