header

Waspada taktik saat akhir PAS: Ahmad

LABIS: Petugas pilihan raya Barisan Nasional (BN) dan pengundi diingatkan SUPAYA berwaspada dengan taktik Pas menjelang dua hari sebelum hari mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada Ahad nanti. [ + ] 12:19:13 PM

Kibar bendera parti politik pada kenderaan salah

LABIS: Ramai penyokong parti politik yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang mengibarkan bendera parti pada kenderaan mereka adalah menyalahi undang-undang kerana menyamai aktiviti berkempen. [ + ] 18:49:57 PM

Penduduk terima surat palsu buat laporan polis

LABIS: Sekumpulan penduduk Kampung Chemplak Barat dekat sini hari ini membuat laporan polis selepas menerima sepucuk surat palsu yang menghendaki mereka hadir ke Dewan Serbaguna Labis, esok. [ + ] 18:27:19 PM

BN dijangka kekal kerusi Tenang, undi Cina sukar dijangka

LABIS: Dengan hari mengundi yang semakin hampir, pekerja parti, penganalisis politik dan penduduk tempatan Labis bersependapat PAS akan tewas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. [ + ] 19:30:52 PM

Muhyiddin arah Jabatan Pelajaran Johor siasat cuti suami calon PAS

LABIS: Kementerian Pelajaran akan melakukan siasatan mengenai kewajaran cuti sakit diberi kepada Maarof Abd Mutalib, seorang guru yang juga suami kepada calon PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Normala Sudirman. [ + ] 18:05:47 PM

Polis kesan dua pelajar IPT dipercayai berkempen di Tenang

LABIS: Polis mengesan seorang pelajar lelaki sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) yang dipercayai melibatkan diri dalam aktiviti berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di sini. [ + ] 19:22:59 PM

Kenyataan Nik Aziz singgung seluruh umat Islam

LABIS: Tindakan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang tidak mengundi Pas sebagai orang jahiliah menyinggung seluruh orang Islam di negara ini termasuk di Johor dan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. [ + ] 19:15:42 PM

Najib yakin pengundi di Tenang buat pilihan bijak

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak yakin pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor, akan membuat pilihan yang bijak pada pilihan raya kecil kawasan itu, Ahad ini. [ + ] 15:41:14 PM

Muhyiddin serah bantuan kepada mangsa banjir Tenang

LABIS: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyerahkan bantuan kerajaan kepada 36 mangsa banjir di Kampung Lembah Bakti yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. [ + ] 12:14:57 PM

DUN Tenang: Tuduh polis turunkan bendera tidak masuk akal

LABIS: Dakwaan kononnya anggota polis menurunkan bendera parti politik yang bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, adalah tidak masuk akal dan amat menyedihkan kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. [ + ] 08:17:23 AM

Calon BN tetap 'Gentleman'

LABIS: Biarpun menghadapi serangan demi serangan berbentuk peribadi daripada pembangkang, calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Mohd Azahar Ibrahim tetap tenang dan enggan terjebak dengan permainan kotor itu. [ + ] 13:29:40 PM

Ahmad Maslan tolak debat isu masalah FELDA

LABIS: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, hari ini menolak undangan Presiden Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman, untuk berdebat mengenai masalah FELDA. [ + ] 15:42:02 PM

Tempat mengundi pindah jika banjir

LABIS: Berikutan hujan lebat sejak semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mungkin memindahkan beberapa tempat mengundi bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang sekiranya kawasan berkenaan dilanda banjir. [ + ] 18:51:10 PM

SPR edar kertas undi pos hari ini

LABIS: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengedarkan 119 kertas undi pos bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kawasan Tenang pada Ahad ini. Penolong Pengurus Pilihan Raya DUN Tenang, Mohd Farid Kassim, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 101 kertas undi dikeluarkan kepada petugas SPR, 17 kepada polis dan satu kertas undi kepada seorang pengundi yang berada di Hong Kong. [ + ] 13:47:17 PM

Boleh lapor taktik kotor kempen Tenang kepada SPR

LABIS: Parti bertanding dan pengundi yang mengesan penggunaan taktik kotor yang menyalahi undang-undang pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kawasan Tenang, boleh melaporkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). [ + ] 17:19:29 PM

Tak benar Azahar enggan jadi calon: MB

LABIS: Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman hari ini menafikan dakwaan kononnya Mohd Azahar Ibrahim enggan menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. [ + ] 16:11:03 PM

MCA tidak guna taktik takutkan pengundi: Liow

LABIS: Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, hari ini menafikan dakwaan kononnya parti itu menggunakan taktik menakut-nakutkan pemilih bagi meraih sokongan pengundi dari kaum Cina pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang 30 Januari ini. [ + ] 21:21:17 PM

MB minta SPR bertegas soal bendera parti

LABIS: Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertegas dan mengambil tindakan terhadap parti yang tidak mematuhi peraturan berhubung bendera dan poster semasa Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. [ + ] 17:56:13 PM

DUN Tenang: Polis terima 8 laporan

LABIS: Polis menerima lapan laporan berhubung kesalahan pilihan raya dan kerosakan harta awam di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang selepas 24 jam tempoh penamaan calon semalam. [ + ] 17:18:10 PM

Wanita UMNO Labis dedah penyebaran risalah palsu

LABIS: Wanita UMNO Labis hari ini mendedahkan penyebaran risalah berbentuk fitnah yang mengatakan sayap itu tidak menyokong calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Mohd Azahar Ibrahim. [ + ] 16:26:19 PM

DUN Tenang: Jangan timbulkan isu sensitif agama

LABIS: Semua parti yang terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang perlu menghindarkan daripada "memperdagangkan agama Islam" dengan menimbulkan isu-isu sensitif yang boleh memecahkan perpaduan rakyat. [ + ] 13:55:39 PM

Isyarat awal pengundi Cina di Tenang mula mesra kepada BN

LABIS: Sebaik kempen bermula di Tenang, rasa optimisme jelas kelihatan di pihak Barisan Nasional (BN) apabila pekerja kempen mula turun padang bagi memenangi hati dan fikiran pengundi terutama di kalangan masyarakat Cina. [ + ] 13:11:48 PM

Jalan ke Labis ditutup kepada kenderaan berat esok

LABIS: Semua kenderaan berat yang datang dari luar daerah ini tidak dibenarkan memasuki pekan Labis mulai pukul 12 tengah malam ini sehingga selesai proses penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada pagi esok. [ + ] 18:09:20 PM

SPR asing penyokong calon bertanding di Tenang

LABIS: Penyokong parti yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang akan ditempatkan berasingan di sekitar kawasan Majlis Daerah Labis pada hari penamaan calon esok. [ + ] 15:06:58 PM

Muhyiddin bidas 'fatwa' Nizar

LABIS: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, tidak mempunyai hak di sisi agama untuk mengatakan bahawa mengundi calon UMNO pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang adalah haram, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. [ + ] 21:37:45 PM

MCA kerja keras pastikan kemenangan BN di Tenang

KUALA LUMPUR: MCA akan bekerja keras untuk memastikan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil DUN itu pada 30 Januari ini. [ + ] 17:53:52 PM

Polis terima 30 laporan berkaitan pilihan raya kecil DUN Tenang

LABIS: Polis menerima 30 laporan berkaitan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang sejak 1 Januari lalu. [ + ] 17:31:21 PM

Tiada kejadian tidak diingini ketika proses penamaan calon

LABIS: Tiada kejadian yang tidak diingini berlaku semasa proses pencalonan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Majlis Daerah Labis di sini hari ini. [ + ] 14:52:54 PM

Pertandingan satu lawan satu di DUN Tenang

LABIS: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang menyaksikan pertembungan satu lawan satu, antara calon Barisan Nasional (BN) dan PAS. [ + ] 11:24:58 AM

PAS harap pengundi muda bantu kemenangan Normala

LABIS: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata jentera pilihan raya pakatan pembangkang akan bekerja keras untuk meraih sokongan pengundi terutama golongan muda bagi membantu kemenangan calon PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari ini. [ + ] 14:48:08 PM

Jangan pandang ringan calon parti lawan: Muhyiddin

LABIS: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan jentera Barisan Nasional (BN) supaya tidak memandang ringan dan memperlekehkan calon parti lawan dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari ini. [ + ] 14:42:19 PM

BN dekati pengundi di setiap pelusuk Tenang

LABIS: Jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) akan berusaha mendekati pengundi di setiap pelusuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang semasa pilihan raya kecil kerusi kawasan itu nanti, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Abdul Ghani Othman. [ + ] 15:33:07 PM

Calon BN janji beri khidmat terbaik kepada semua

LABIS: Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Mohd Azahar Ibrahim, meminta pengundi kawasan tersebut memberinya peluang untuk berkhidmat kepada mereka. [ + ] 20:13:00 PM

Tebus balik majoriti 5,000 undi di Tenang: TPM

LABIS: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mahu jentera Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang menebus kembali majoriti lebih 5,000 yang pernah diperoleh pada pilihan raya umum 2004. [ + ] 18:34:19 PM

SPR belum terima makluman kerusi kosong

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat ini belum menerima sebarang makluman rasmi berkaitan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang. [ + ] 16:53:34 PM

Mohd Azahar Ibrahim calon BN untuk DUN Tenang

LABIS: Penolong Pegawai Daerah Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, 37, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari ini. [ + ] 16:59:03 PM

Najib umum RM1.6 bilion untuk pembangunan FELDA

LABIS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan peruntukan RM1.6 bilion bagi pembangunan FELDA dan agihan 500 lot tanah kepada generasi kedua di Johor yang akan dibangunkan dengan kos prasarana sebanyak RM8.5 juta. [ + ] 12:25:25 PM

PM di Labis untuk lawatan sehari

LABIS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tiba di sini untuk lawatan sehari di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. [ + ] 10:58:23 AM

RM1.13 juta untuk masjid, surau di DUN Tenang

LABIS: Peruntukan RM1.13 juta akan diagihkan kepada lapan masjid, sembilan surau dan lapan sekolah agama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, kata Datuk Seri Najib Razak. [ + ] 14:03:24 PM

PAS letak calon wanita tanding DUN Tenang

LABIS: Bekas guru wanita, Normala Sudirman, diumum sebagai calon PAS untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang akan diadakan pada 30 Januari ini. [ + ] 23:21:41 PM

PERKASA nafi keluar surat ugutan kepada pengundi Cina di DUN Tenang

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini menafikan dakwaan bahawa pihaknya mengeluar dan mencetak risalah menggunakan kepala surat Perkasa Johor bagi mengugut pengundi Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor. Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali yang mengutuk tindakan tersebut berkata ia dilakukan oleh puak-puak yang berniat jahat terhadap Perkasa dan 'desperado'. [ + ] 18:03:04 PM

PDRM tempatkan 26 pondok panas di DUN Tenang

LABIS: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menempatkan 26 pondok polis di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang bagi melancarkan proses pilihan raya kecil berkenaan. [ + ] 12:23:21 PM

PAS umum calon DUN Tenang malam ini

KUALA LUMPUR: PAS akan mengumumkan calonnya bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, di Johor malam ini, kata Naib Presidennya, Salahuddin Ayub. [ + ] 13:03:18 PM

BN mahu calon boleh menang dalam pilihan raya: Najib

KUCHING:,Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata beliau akan menunaikan haknya sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) untuk menolak calon-calon berpotensi yang mempunyai kedudukan dalam parti bagi memastikan hanya mereka yang boleh membawa kemenangan menjadi calon dalam pilihan raya akan datang. [ + ] 15:30:11 PM

Jangan sentuh isu sensitif dalam kempen di Tenang: Hishammuddin

LABIS: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, meminta semua pihak yang terbabit dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang di Johor agar tidak menyentuh isu sensitif yang boleh menggugat keharmonian kaum, khususnya penduduk tempatan. [ + ] 16:56:21 PM

Pilihan raya kecil DUN Tenang mungkin saksikan calon Bebas

LABIS: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari ini bukan saja akan menyaksikan pertandingan di antara calon Barisan Nasional (BN) dan PAS, tetapi juga berkemungkinan calon Bebas. [ + ] 15:40:41 PM


SELEPAS memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari lalu, Mohd Azahar Ibrahim, hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang di Dewan Persidangan, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di Nusajaya. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
Mar 17, 2011 2:17 pm
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meraikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Jan 31, 2011 2:08 am
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat tangan bersama Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Mohd Azahar Ibrahim selepas keputusan pilihan raya kecil DUN Tenang diumumkan di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. - Foto Zain Ahmed
Jan 31, 2011 2:06 am
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada Mohd Azahar Ibrahim selepas diumumkan sebagai ADUN Tenang di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Jan 31, 2011 1:59 am
MOHD Azahar Ibrahim dijulang selepas diisytihar pemenang pilihan raya kecil DUN Tenang di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Jan 31, 2011 2:23 am
MOHD Azahar Ibrahim diraikan penyokong dan ahli keluarga sejurus tiba di rumahnya di Jalan Tenang, Labis. - Foto Shahrul M Zain
Jan 31, 2011 2:34 am
MOHD Azahar Ibrahim bertemu neneknya, Esah Sulong, di rumah di Jalan Tenang, Labis, selepas diisytihar pemenang pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Shahrul M Zain
Jan 31, 2011 2:40 am
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, menaiki trak tentera untuk ke Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis kerana laluan dari tempat penginapan mereka dinaiki air. - Foto Rosdan Wahid
Jan 31, 2011 2:34 am
KENDERAAN terperangkap dalam kesesakan akibat banjir di hadapan Balai Polis Tenang Station selepas hujan sepanjang hari. - Foto Sairien Nafis
Jan 31, 2011 2:37 am
ANGGOTA Pertahanan Awam dan tentera dari Kem Gemas membawa mangsa banjir berpindah selepas rumah mereka di Kampung Ladang Verra ditenggelami air ketika pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Rosdan Wahid
Jan 31, 2011 2:54 am

Mohd Azahar Ibrahim ADUN Tenang

Pautan Berkaitan