AHLI UMNO tidak mampu untuk bersikap terlalu kemelayuan lagi dalam menghadapi dunia yang semakin menuntut perubahan minda, kerana kegagalan untuk berubah boleh membawa padah kepada kuasa Melayu yang dimiliki sejak merdeka. [ + ]
BERSATU atau lenyap! Itu peringatan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kepada seluruh 3.4 juta ahlinya bagi menghadapi gelombang politik yang semakin mencabar kewibawaan parti yang menjadi tonggak bangsa Melayu ini. Berikut adalah sesi soal jawab Hishammuddin yang diadakan semalam sempena Perhimpunan Agung UMNO yang bermula Selasa ini. [ + ]
SEKARANG ini, ke mana pun Kunta Kinte pergi dan siapa pun Kunta Kinte jumpa, boleh kata semua nak tahu bila pilihan raya umum nak diadakan. Kunta Kinte jawab mudah saja, tanyalah orang yang tahu. Kunta Kinte bukan saja tak tahu, malah jauh daripada orang yang tahu. Dulu lainlah, kita ada kuasa jadi sikit sebanyak orang kena bisik kepada kita. Sekarang dah lama tak ada kuasa, tak adalah sesiapa yang nak bisik kepada Kunta Kinte. [ + ]
UCAPAN dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam membawa mesej penting kepada ahli parti itu serta rakyat keseluruhannya. [ + ]
PRODUK dan perkhidmatan 1Malaysia dilihat menjadi senjata ampuh kerajaan Barisan Nasional (BN) membuktikan keikhlasan membela rakyat negara ini tanpa mengira latar belakang agama dan fahaman. Ketika soal Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang hangat diperkatakan, ia dianggap sebagai usaha muhasabah diri oleh UMNO yang menjadi tulang belakang BN dalam mengembalikan iltizam parti sebagai teras survival politik Melayu dan Malaysia. [ + ]
MEMANDANGKAN bahang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kini semakin dirasai, maka sewajarnyalah isu pemilihan calon dan langkah perlu bagi menangkis tohmahan pembangkang dijadikan agenda utama pada Perhimpunan Agung UMNO 2011, yang akan berlangsung dari 29 November hingga 3 Disember ini. [ + ]
PERHIMPUNAN Agung UMNO 2011 yang berakhir 3 Disember lalu pasti masih segar dalam ingatan ahli UMNO seluruhnya, terutama perwakilan. Amanat disampaikan Presiden, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan dasar dalam perhimpunan itu dibahaskan 15 pembahas dari negeri, sayap dan kepemimpinan tertinggi dipenuhi pelbagai cadangan, teguran dan harapan. [ + ]
"INILAH parti (UMNO) yang boleh mereka letakkan kepercayaan untuk terus memimpin dan mentadbir negara. Inilah parti yang berkelayakan dan boleh dipercayai rakyat sama ada ahli UMNO atau bukan ahli," kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. [ + ]
JANGAN jadi seperti Pak Pandir menyabung ayam, ayamnya menang kampung tergadai. Begitu juga dengan Mat Jenin hanya tahu berangan, hasilnya tiada. Cerita rakyat ini walaupun melucukan tetapi membawa maksud mendalam jika dihayati. Ia menyelitkan mesej yang harus diteladani. [ + ]
HARI ini Perhimpunan Agung UMNO 2011 membuka tirainya. Ia disifatkan banyak pihak sebagai perhimpunan keramat umat Melayu terbesar menerusi parti politik yang teras perjuangannya untuk membela bangsa, agama dan negara. [ + ]
SLOGAN semangat seperti Pemuda Harapan Bangsa, Pemuda Pelopor Pembangunan, Pemuda Era Bertindak, Pemuda Berakar Teguh Berakal Canggih, Pemuda Era Motivator dan Penggerak Wawasan serta Pemuda Pemangkin Gerakan Reformasi pernah menjadi landasan kepada perjuangan Pergerakan Pemuda UMNO sejak zaman pramerdeka sehinggalah sekarang. [ + ]
1. Marilah kita dahului dengan sembah tahmid ke hadrat Allah S.W.T. dan selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama-sama berhimpun pada malam yang bersejarah ini untuk menyempurnakan Majlis Perasmian Serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) bagi tahun 2011. [ + ]
CAKAP-CAKAP mengenai pilihan raya umum (PRU) semakin rancak diperkatakan sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meniupkan wisel pertama pada Perhimpunan Agung UMNO baru lalu menandakan PRU ke-13 sudah semakin dekat. Berikutan itu, pemerhati politik berpendapat paling awal pilihan raya umum akan datang mungkin diadakan selepas Tahun Baru Cina tahun depan. Timbul pelbagai cerita mengenai penyandang wakil rakyat yang mengumumkan tidak mahu bertanding lagi dan memberi laluan kepada muka baru lebih muda dan berpendidikan tinggi. [ + ]
JIKA kita mahu bersimpati, barangkali apa yang menimpa Khairul Fahmi Che Mat boleh dianggap satu penderaan luar biasa. Beliau bukan saja dijulang sebagai penjaga gol terbaik dalam Skuad Harimau Malaya dan Harimau Muda yang raih pingat emas di Sukan SEA di Jakarta baru-baru ini, juga bintang pasukan Kelantan yang memenangi Piala Liga Super dan Piala Sumbangsih tahun ini. [ + ]
PERHIMPUNAN Agung UMNO 2011 yang berlangsung pada 29 November hingga 3 Disember ini akan menjadi perhatian umum kerana ia diadakan di saat Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 semakin hampir dan timbullah persoalan apakah perancangan UMNO bagi mendapatkan semula empat negeri yang di bawah pemerintahan pakatan pembangkang. [ + ]
SEBUAH laman berita online membuat congaknya sendiri berhubung siapa yang menang dan siapa yang kalah pada Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir Sabtu lalu. Dalam congak yang cenderung memburukkan UMNO itu, laman berita itu berkata berdasarkan hasil perhimpunan itu kaum Melayu menang, manakala bukan Melayu kalah. Kaum Melayu dikatakan menang berikutan perhimpunan itu berjaya memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu lebih besar bahawa untung nasib mereka bergantung kepada kelangsungan kuasa UMNO. [ + ]
SEPERTI dijangka, Perhimpunan Agung UMNO 2011 yang berakhir kelmarin, bersurai dengan satu ingatan kepada perwakilan – bersiap sedia dan bekerja keras bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13. Walaupun Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak tidak memberi bayangan jelas bila ia akan diadakan, semua ucapan dan perbahasan oleh pemimpin dan perwakilan pada sepanjang perhimpunan lima hari itu berkisar kepada PRU-13. [ + ]
SABAN tahun berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO, pasti kedengaran pelbagai komen nakal dilempar orang luar atau ‘Ahli UMNO Yang Bukan Orang UMNO’ kepada perwakilan berucap. Ungkapan seperti ‘kuat retorik', ‘kuat mengampu Presiden’, ‘Pemuda, Wanita dan Puteri gila projek’ serta ‘kemaruk nak jadi calon’ sinis disuarakan secara berulang. Secara peribadi, saya mempunyai pandangan berbeza. [ + ]
PERHIMPUNAN Agung UMNO 2011 bermula 29 November ini sememangnya ditunggu-tunggu atas alasan ia adalah parti tulang belakang negara yang menentukan hala tuju dan masa depan orang Melayu dan seluruh rakyat Malaysia. [ + ]
SEJAK 2008, perpaduan umat Islam dan orang Melayu di negara ini dilihat semakin lemah. Keadaan mula memuncak selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 hingga menyaksikan ada kelompok umat Islam gagal mempertahankan agama sendiri walaupun soal ibadat disentuh. Isu seperti ibadat korban Aidiladha dan murtad misalnya antara perkara yang kini dipertikaikan pihak tertentu akibat kelemahan perpaduan umat. Justeru, perbincangan isu agama pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 hujung bulan ini adalah wadah terbaik memperkemaskan semula kesatuan ummah selain menyorot kembali sejarah usaha parti mengembangkan syiar Islam dan pelbagai prasarana agama sejak merdeka. Wartawan Berita Minggu, JOHARI IBRAHIM, menemubual Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengenai cabaran umat Islam dan perbahasan isu agama pada perhimpunan itu nanti. [ + ]
GENDANG perang telah dipalu dan setiap ahli UMNO sudah boleh mula membuat segala persiapan sementara menunggu tarikh pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). [ + ]
UCAPAN PENGGULUNGAN PRESIDEN UMNO, DATUK SERI NAJIB RAZAK PADA HARI TERAKHIR PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2011, DEWAN MERDEKA, PWTC [ + ]
SEHARI selepas Perhimpunan Agung UMNO 2011 minggu lalu, pemimpin pembangkang tergesa-gesa berkumpul di satu majlis yang mereka namakan Rapat Rakyat di Shah Alam, Selangor. Tentunya Rapat ini dirancang lebih awal, yang sengaja diatur kononnya untuk mematah apa juga hujah yang tercetus pada Perhimpunan Agung UMNO itu. [ + ]
PERLEMBAGAAN adalah undang-undang tertinggi sesebuah negara. Perlembagaan wujud untuk mengendalikan perjalanan dan pentadbiran sesebuah negara dengan licin dan saksama. Ia juga punca kepada segala perundangan lain yang wujud dalam sesebuah negara. Secara amnya, perlembagaan mengandungi satu set hak, kuasa dan prosedur yang mengawal hubungan antara autoriti awam dalam sesebuah negara dan antara autoriti awam dengan rakyat. [ + ]
PERBINCANGAN mengenai calon boleh menang atau winnable candidate menjadi topik utama pada perbahasan Perhimpunan Agung UMNO 2011 yang baru berakhir. Selain daripada faktor pilihan raya yang semakin hampir, ia menjadi penting kepada pembahas dan perwakilan kerana calon boleh menang dilihat sebagai penentu kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. [ + ]
KETIGA-TIGA sayap UMNO, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri yang mengadakan persidangan masing-masing semalam bertekad berusaha keras bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dijangka menjelang tiba tidak lama lagi. [ + ]
"SAYA tenang dari mula hingga hari ini. Saya ke Makkah untuk memohon hidayah Allah, berdoa di depan Kaabah dan Raudhah. Apa yang saya boleh katakan kepada pemimpin PKR yang mengaib dan menfitnah saya… kita jumpa di Padang Masyar (hari pembalasan). [ + ]
UCAPAN DASAR PRESIDEN UMNO, DATUK SERI NAJIB RAZAK SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2011 DEWAN MERDEKA, PWTC [ + ]
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Yang Maha Agung lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas Junjungan Terpuji, Penghulu segala Nabi, penyampai risalah suci. Setinggi-tinggi kesyukuran kita rafakkan, kerana dengan iradat, rahmat dan izin-Nya kita semua dapat berkumpul di Dewan Tun Hussein Onn di pagi yang penuh barakah ini bagi melunaskan urusan Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Pemuda. [ + ]
SAYA suka memulakan ucapan ini untuk kita bersama-sama menyelak keagungan beberapa kisah dalam sejarah. Mungkin ramai yang tidak menyedari, sudah banyak hikayat dan riwayat yang dikisahkan kepada kita tentang kehebatan insan bernama ‘Puteri’ dan kelembutan mereka dalam mengubah dunia. [ + ]
Alhamdulilah segala puji dan kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah S.W.T. Dengan limpah izinNYA dapat kita sekali lagi bersama-sama menghadiri Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO 2011 dengan penuh suasana permuafakatan dan persaudaraan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat Baginda. [ + ]
TAN Sri Muhyiddin Yassin malam tadi mengingatkan orang Melayu betapa pentingnya UMNO terus menjadi tunjang kerajaan bagi memastikan survival bangsa. Dalam ucapan yang bersemangat dan sarat dengan peringatan yang ditujukan kepada orang Melayu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, UMNO sebagai gerakan pembela umat Melayu sebenarnya tiada galang-gantinya. [ + ]
PUSAT Dagangan Dunia Putra (PWTC) pastinya akan menjadi tumpuan rakyat khususnya orang Melayu apabila berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 2011, bermula esok hingga Sabtu ini. Perhimpunan parti keramat orang Melayu yang mempunyai 3.4 juta ahli itu akan turut mencuri minat parti pembangkang yang ingin mengintai rahsia serta strategi UMNO sebagai parti teras dalam Barisan Nasional (BN) yang sedang bersiap sedia menghadapi pilihan raya tidak lama lagi. [ + ]
WASATIYYAH adalah satu konsep kompleks yang tidak mudah diterjemahkan ke dalam bahasa lain. Akar umbinya dalam Islam ialah daripada ayat al-Quran yang jelas membawa maksud bahawa ‘Adil’ dan ‘Seimbang’ adalah intipati konsep wasatiyyah. Mengikut sarjana Islam terkemuka, nilai dan prinsip wasatiyyah terbukti dalam beberapa dimensi kehidupan. Yang berpegang pada prinsip ini akan menolak pendewaan duniawi, pada satu pihak dan penafian akhirat pada pihak lain. Mereka juga akan memilih jalan tengah di antara cara hidup indera dan cara hidup zahid. [ + ]
PENTAS Perhimpunan Agung UMNO yang bermula esok, menjadi medan menentukan persiapan parti keramat orang Melayu itu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), selain merangka strategi dan pendekatan baru bagi memastikan BN terus menjadi pilihan utama rakyat. [ + ]
KEPINCANGAN dan kegagalan Kerajaan DAP Pulau Pinang membela nasib rakyat termasuk orang Melayu saban hari diluahkan oleh rakyat sejak pakatan pembangkang memerintah negeri ini. Masalah itu timbul kerana pemimpin kerajaan negeri yang berusia hampir empat tahun lebih banyak berpolitik daripada melaksanakan tanggungjawab membela rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan masyarakat luar bandar. [ + ]
MULAI esok sehingga Sabtu, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sekali lagi menjadi tumpuan, bukan saja di kalangan ahli UMNO dan orang Melayu, tetapi hampir seluruh rakyat di negara ini. [ + ]
WAWANCARA khas BERNAMA dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2011 bermula Selasa. [ + ]
JIKA impian Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi kenyataan, dua atau tiga tahun lagi negara kita akan mencipta sejarah baru mempunyai lebih daripada seorang Timbalan Perdana Menteri (TPM) andai pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan. [ + ]
KHABARNYA Pilihan Raya Umum Ke-13 semakin dekat, mungkin pada suku pertama tahun depan. Dalilnya, Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak putus-putus turun padang, soal calon dan pembahagian kerusi dalam Barisan Nasional (BN) juga sudah jadi bahan sembang. Adakah BN sudah sedia ke medan perang, perlukah pilihan raya diadakan dalam tempoh empat atau lima bulan lagi sedangkan hanya pada Mei 2013 berakhir mandat sekarang. Ikuti pendapat Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian yang diwawancara Wartawan Berita Minggu, MOHD AZIS NGAH dan NADIA HAMID. [ + ]
BEKAS Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor baru-baru ini memberi amaran Malaysia mungkin akan menghadapi gelombang politik baru yang memperjuangkan hak sama rata. [ + ]
SUNGGUH menghairankan walaupun negara sudah merdeka lebih setengah abad dan Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahasa Melayu adalah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini, kita masih berdepan dengan rakyat yang tidak langsung mahu menghormati bahasa negara mereka sendiri. Maka itulah hujung minggu lalu rakyat yang terus berasa tercabar oleh puak ini masih perlu berseminar dan berbincang bagaimana hendak memperkasa dan memartabatkannya bukan saja sebagai bahasa perpaduan tetapi juga sebagai bahasa ilmu. [ + ]
PELARASAN dan penyesuaian yang bakal dibuat terhadap formula pembahagian kerusi parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelmarin adalah langkah bagi memenuhi perubahan yang ditempuh sejak pilihan raya umum (PRU) lalu. Malah formula digunakan pada PRU-12 pada 2008 tidak banyak berubah daripada yang digunakan pada PRU-11 pada 2004. [ + ]
PERUBAHAN corak pemikiran hari ini menjadikan masyarakat berbincang dan berdebat mengenai isu berkaitan undang-undang, isu semasa serta apa saja yang boleh dilihat dengan mata kasar. Penafian hak itu akan hanya menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat, merencatkan pembangunan intelek serta mencabar kebebasan bersuara seperti dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Kebebasan ini jika digunakan secara optimum akan memberi impak besar sekiranya masyarakat bijak dalam memperkasakan minda dengan berani mengkritik dengan kritikan bernas dan berkualiti. [ + ]