Sabtu, 25 Februari 2017 - 5:17PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Soalan Lazim

Pengenalan

1.1 Apakah BH PLUS
BH PLUS adalah perkhidmatan premium BH Online.
1.2 Apakah kandungan BH PLUS?
BH PLUS mengandungi berita pilihan atau eksklusif BH Online/akhbar BH dan arkib artikel pilihan.
1.3. Apakah perbezaan BH PLUS dengan BH Online?
BH PLUS adalah perkhidmatan langganan berita premium manakala BH Online adalah portal berita percuma.
1.4. Apakah perbezaan BH PLUS dengan BH Digital?
BH PLUS adalah perkhidmatan berasaskan laman web manakala BH Digital adalah versi PDF akhbar BH.
1.5 Apakah BH PLUS boleh didapati di seluruh negara?
BH PLUS boleh didapati di seluruh dunia asalkan ada capaian internet dan web.
1.6 Bagaimana untuk mengakses BH PLUS?
BH PLUS boleh diakses dengan peranti yang memiliki browser dan internet seperti telefon pintar, tablet, komputer dan TV pintar.
1.7 Berapa peranti yang boleh digunakan untuk mengakses BH PLUS?
Hanya satu peranti boleh digunakan untuk mengakses akaun langganan BH PLUS pada satu-satu masa.
1.8 Perlukah saya log keluar sebelum log masuk di peranti lain?
Ya.
1.9 Berapa lama sesuatu kandungan boleh diakses?
Sehingga 6 bulan.

Daftar Langganan

2.1 Bagaimana untuk saya melanggani BH PLUS?
Anda boleh melanggani BH PLUS dengan melengkapkan borang langganan dan pembayaran di BH Online (www.bharian.com.my) atau BH PLUS (www.bhplus.com.my).
2.2 Berapakah kadar langganan BH PLUS?
Kadar langganan ialah RM5 seminggu atau RM10 sebulan.
2.3 Apakah langganan BH PLUS dikenakan GST?
Tidak.
2.4 Apakah kaedah bayaran untuk langganan?
Dengan kad kredit, kad debit dan perbankan online menerusi sistem MOLPay.
2.5 Apa berlaku selepas pendaftaran dan pembayaran langganan?
Anda akan menerima emel pengesahan dan resit.
2.6 Bilakah saya boleh mengakses BH PLUS selepas melangganinya?
Anda boleh mengakses BH PLUS biasanya selepas beberapa jam pengesahan langganan.
2.7 Bagaimana tempoh langganan dikira?
Dari tarikh langganan bermula.
2.8 Apa berlaku selepas tempoh langganan tamat?
Anda tidak lagi dapat mengakses BH PLUS dan perlu menyambung langganan untuk terus mengakses BH PLUS.
2.9 Apakah perlu saya lakukan untuk menamatkan langganan?
Biarkan sehingga tempoh langganan tamat.
2.10 Adakah saya akan menerima sebahagian bayaran jika menamatkan langganan lebih awal?
Tidak.

Khidmat Pelanggan

3.1 Jika saya menghadapi masalah berhubung langganan BH PLUS?
Sila hubungi talian Khidmat Pelanggan di 1300 22 6787