Syarat-syarat penyertaan:

  • Peraduan ini akan berlangsung dari 18 Julai 2008 hingga 18 Ogos 2008 (selama 1 bulan).
  • Peraduan ini terbuka kepada semua Rakyat Malaysia. Mereka yang mahu menyertai peraduan ini mesti mendaftarkan diri sebagai ahli R@kanBH.
  • Mereka yang sudah mendaftar sebagai R@kanbh tidak perlu berbuat demikian.
  • Untuk menyertai peraduan ini, hantarkan undian bersama-sama jawapan mingguan.
  • Peserta perlu mengundi seorang selebriti lelaki (kategori Lelaki) dan juga seorang selebriti wanita (kategori Wanita).
  • Peserta boleh menghantar sebanyak mungkin undian. Seorang peserta bagaimanapun cuma layak untuk memenangi hadiah sekali.
  • Ahli R@kanbh berpeluang memenangi barang kemas Habib sekiranya undian mereka berdasarkan undian artis yang mendapat undian yang terbanyak dan jawapan yang betul.

Syarat-syarat umum:

  • Kakitangan serta ahli keluarga terdekat kakitangan The New Straits Times Press (M) Berhad dan anak syarikatnya tidak dibenarkan menyertai peraduan ini.
  • Sebarang kos menyertai peraduan, membuat undian, menerima hadiah dan sebagainya berkaitan dengan peraduan ini adalah tanggungjawab setiap peserta atau pengundi SMS.
  • Pengundi SMS atau pemenang juga bersetuju bahawa pihak penganjur menggunakan nama pengundi atau pemenang untuk tujuan publisiti pada sebarang masa tanpa notis dan ganjaran.
  • Penganjur berhak meminda sebarang tarikh dan tempat dengan membuat pengumuman di dalam akhbar. Hadiah akan diberikan pada masa dan tempat yang ditentukan oleh pihak penganjur. Keputusan penganjur adalah muktamad dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.
  • Hadiah-hadiah tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar ganti dengan wang tunai.
  • Penganjur berhak untuk menukar hadiah dengan hadiah yang lain yang sama nilainya tanpa sebarang pemberitahuan.
  • Penganjur berhak dan mempunyai kuasa untuk membuat keputusan terhadap mana-mana keraguan atau kekeliruan berkaitan dengan interpretasi mana-mana syarat pertandingan.
  • Dengan menyertai peraduan ini atau membuat undian melalui SMS, peserta atau pengundi SMS bersetuju untuk mematuhi dan tertakluk di bawah syarat dan peraturan peraduan.