Selamatkan Gaza@Berita Harian Online
SEORANG remaja Palestin mencari botol plastik di sebuah tapak pembuangan sampah  di Bandaraya Gaza. PENGARAH Hotel Primula Beach Resort, Talaha Ali (kiri) menyerahkan sumbangan  kepada  Noor Azam Ab Aziz (kanan) di Kuala Terengganu. WAKIL NSTP, Ramli Kasim bersama  guru Sekolah Menengah Kebangsaan  Tunku   Aziz, Simpang Empat, Halimatu Saadiah  mengira wang di Pejabat NSTP Alor Star. PENGERUSI Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Melaka,     Ghazale Mohamad memasukkan lebih RM30,000   wang   kutipan  daripada agensi  agama Islam negeri  di lobi Kompleks Maim, Bukit Palah. AZMI  (enam dari kanan) menyerahkan replika cek  Untuk Gaza kepada   Wan Abdillah sambil disaksikan kakitangan MAHB di Balai Berita, Kuala Lumpur. PELAJAR Kolej Shahputra Kuantan menghulurkan derma pada pelancaran kutipan Tabung Kemanusiaan Gaza.
WARTAWAN  Berita Harian, Shaarani Ismail menerima  cek   RM19,100 yang disampaikan   Pengarah Kesihatan   Terengganu, Dr Nordiyanah Hassan. MENTERI Dalam Negeri, Datuk    Seri  Syed Hamid Albar menyerahkan sumbangan  RM2,000    kepada wakil NSTP, Johan Afandi (kiri) sambil disaksikan Tengku Putra Haron Aminurrashid   di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat. KETUA Umno bahagian Tawau, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan (kanan) menyampaikan  cek RM10,000  kepada wartawan Berita Harian Sabah, Mohd Azrone Sarabatin sambil disaksikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar (dua dari kanan) di Dewan Masyarakat Tawau.  PRESIDEN   Badan Pemuafakatan Pendidikan Mara Malaysia (Muafakat), Hassan Ahmad (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan  kepada  Eksekutif Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat NSTP, Norazlinda Abd Aziz (kiri). DOKTOR berusaha menyelamatkan  Abdullah Shawwa, 4, di Hospital  Shifa,   Gaza. KANAK-KANAK Palestin bermain di kawasan runtuhan rumah  dibedil askar Yahudi.
SEORANG ibu  menyediakan makanan di depan rumah yang musnah. RAKYAT Palestin bersolat  di luar khemah  kem pelarian Jabalia. KANAK-kanak Palestin terpaksa belajar di dalam khemah kerana masjid yang menempatkan sekolah mereka musnah angkara bedilan Yahudi. KANAK-KANAK Palestin menulis beralaskan batu di Rafah berikutan  sekolah mereka musnah dibedil tentera Yahudi. DERETAN kediaman penduduk Palestin  musnah akibat serangan Israel di timur Jebaliya. PENDUDUK Islam Palestin menunaikan solat Jumaat di luar masjid Al-Taqwa yang menjadi sasaran pengeboman Israel di Bandaraya Gaza,  semalam. Menurut pusat biro statistik Palestin, 20 masjid adalah antara lebih 4,000 bangunan yang musnah sejak Israel memulakan serangan pada 27 Disember lalu.
MANGSA bom kimia fosforus, Sabbah Abu Halima yang melecur teruk pada tangan dan kakinya, dirawat di hospital Shifa, Gaza. NISREEN Kookca, 8, dipujuk oleh saudara mara ketika dirawat di hospital Shifa, Gaza kerana kecederaan pada kakinya akibat terkena serpihan bom daripada sebuah bot pejuang Israel. BEBERAPA rakyat Palestin berlindung  bawah khemah dan membakar unggun api di sebelah rumah mereka yang musnah dalam serangan Israel di Jabaliya, utara Gaza. SEORANG wanita Palestin menutup harta benda yang diselamatkannya dari kediaman keluarga yang musnah dibedil Israel. MUHAMMAD Rahmi (kanan) bersama adik perempuannya, Noor, menunggu anggota keluarga  dekat harta benda yang diselamatkan selepas kediaman mereka musnah dibedil askar Yahudi di Bandaraya Gaza. KANAK-KANAK Palestin bermain atas pelancar roket tentera Israel yang ditinggalkan askar Zionis di Beit Lahiya, kelmarin.
SEORANG wanita Palestin membawa bayinya melintasi kawasan yang musnah diserang tentera Zionis di Bandaraya Gaza. PENDUDUK   Gaza meninjau keadaan sekitar sebuah masjid yang musnah dibedil askar Israel. ZAINURI (tiga dari kiri)  menerima sumbangan   daripada wakil Karyawan, Mohd Zulkifli Ab. Wahab (kiri) dan    Datuk M  Daud Wahid, manakala   Finas diwakili Razali (tengah),  Ahmad Puad Onah (dua dari kanan) dan Mohd Mahyidin Mustakim pada  Hari Terbuka Finas 2009. HISHAMUDDIN  (kiri) menyampaikan sebahagian daripada kutipan derma Tabung NSTP untuk Gaza kepada  Dr Ahmad Faizal di Balai Berita. SEORANG kanak-kanak Palestin menangis berhampiran rumah keluarganya yang ranap. WANITA ini bersama anaknya di atas runtuhan rumah mereka.
PEGAWAI polis Hamas mengawal lalu lintas di Semenanjung Gaza. SEORANG wanita cuba mendapatkan barangan yang masih boleh digunakan dari runtuhan rumahnya. FOUAD SAMONI meratapi kematian sepupunya, Walid Samoni dalam serangan Israel. SEORANG lelaki meletakkan bendera Palestin di rumah keluarganya yang musnah. SEORANG penduduk Palestin melihat rumah  yang musnah dan ranap akibat serangan tentera Israel. MOHD YUSOF menyerahkan kutipan   Tabung NSTP Untuk Gaza kepada Johari (kanan)  sambil diperhati pelajar  Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 16(1).
KHADIJA Radi sedih apabila mendapati rumahnya di  al-Zeitoun, Gaza ranap dibedil Israel sebaik beliau bersama keluarganya pulang ke kampung halaman mereka, semalam. PENDUDUK mengeluarkan mayat seorang budak perempuan yang tertimbus hampir dua minggu  dalam runtuhan sebuah rumah selepas   tentera Israel membedil  kawasan penempatan di Semenanjung Gaza itu pada 5 Januari lalu. PENDUDUK Palestin pulang ke rumah masing-masing di Beit Lahia, Gaza selepas gencatan senjata diumum. SEKUMPULAN tentera Yahudi melintas masuk ke Israel selepas gencatan senjata diumumkan Perdana Menteri, Ehud Olmert. KEMUSNAHAN bangunan disaksikan seorang lelaki Palestin yang pulang ke Rafah, semalam. SEORANG tentera Israel menjerit lega selepas keluar dari Semenanjung Gaza berikutan gencatan senjata bermula semalam.
SEORANG kanak-kanak Palestin meraung kesakitan ketika menerima rawatan selepas cedera dalam serangan Israel di sebuah hospital di Beit Lahiya, utara Gaza. JENAZAH  Bilal Abu Eita, 6, bersama adik perempuannya, Malak, 3,  diletakkan di rumah mayat di Beit Lahiya. HALA AL MONEI, 8 bulan yang maut  dalam serangan Israel diletakkan di bilik mayat bersama seorang lagi mangsa yang tidak dikenali di Beit Lahiya, utara Gaza. MAYAT Menteri Dalam Negeri Hamas, Said Siam, diletak di rumah mayat hospital Al-Shifa selepas pegawai kanan Hamas itu maut kerana serangan udara Zionis. MAYAT bayi berusia empat bulan, Areej Armerad dan kakaknya yang berusia 18 bulan, Baraa dibawa keluar dari hospital Al-Shifa untuk dikebumikan, kelmarin. KAKITANGAN Hospital al-Aqsa di Bandar raya Gaza memindahkan pesakit selepas pusat perubatan itu dibedil tentera Yahudi.
SEORANG budak Palestin di Nablus menunjukkan gambar Olmert sebagai dracula ketika  membantah serangan  di Gaza. SEORANG lelaki membawa poster berserta slogan menyokong penduduk Gaza dalam bantahan mengecam Israel dalam bantahan di depan kedutaan Israel di Taipei, Taiwan. SEORANG penunjuk perasaan membawa sepanduk bermaksud 'Saya Yahudi. Jangan membunuh atas nama saya,' dalam protes di Buenos Aires terhadap serangan Israel di Gaza. PENUNJUK perasaan Korea Selatan di Seoul membawa gambar dan patung yang melambangkan kanak-kanak Gaza menjadi mangsa kekejaman Israel. AKTIVIS Filipina membantah sokongan Amerika kepada Israel dalam kempen di Gaza ketika mengadakan bantahan di Manila. ANGGOTA perubatan Palestin mengangkat Aysha Al-Najar, 3 tahun yang kemudian meninggal dunia ketika menerima rawatan.
ASKAR Israel ketawa selepas membedil Bandaraya Gaza. MANGSA kekejaman Israel	 bergelimpangan di sebuah bilik mayat di Bandaraya Gaza. SEORANG lelaki Palestin cuba menolong anaknya yang cedera di Hospital al-Shifa di Bandaraya Gaza. MAYAT seorang kanak-kanak Palestin mangsa serangan udara Israel. KAKITANGAN Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu dan anggota Bomba Palestin bertungkus-lumus  memadamkan kebakaran dan menyelamatkan bekalan makanan di   gudang PBB. PENDUDUK Gaza menerima bantuan makanan PBB di kem pelarian Jabalia.
GAZA terus dibedil semalam dengan sasaran pada hari ke-20 semalam termasuk bangunan tinggi. DOKTOR bertungkus-lumus menyelamatkan budak tiga tahun sebelum disahkan meninggal beberapa minit kemudian. PELAJAR Palestin di negara ini, diwakili Sufian Quzmar menyerahkan bendera Palestin kepada Rosmah sambil diperhatikan Hishamuddin (kanan) selepas melancarkan 'Rayuan Dana Atas Nama Kemanusiaan' di  Putrajaya. PENDUDUK Palestin memeriksa mangsa serangan Israel ke atas Bandaraya Gaza ketika mencari anggota keluarga yang hilang di rumah mayat wilayah itu. Angka korban kekejaman Zionis di Gaza melepasi  1,000 orang. PERDANA Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama menteri kabinet dan orang ramai menunaikan solat hajat selamatkan bumi Palestin di Stadium Negeri, Kuala Terengganu. Solat yang diimamkan oleh Timbalan Mufti Terengganu, Ustaz Abdul Halim Awang turut dihadiri Duta Palestin ke Malaysia Abdelaziz Abuqutaish. - Foto Hasan Ismail DUTA PALESTIN, Abdelaziz Abuqutaish (tiga dari kanan) menerima replika cek RM50,000 daripada Presiden Persatuan Jaksa Pendamai Selangor, Datuk Seri Mahamad Fathil  Mahmood (empat dari kiri) untuk   tabung mangsa kekejaman Israel di  Gaza pada majlis penyerahan cek oleh persatuan berkenaan  di Kedutaan Palestin,  di Kuala Lumpur.
HOSAM Hamdan terbaring di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital al-Shifa. SEORANG doktor Greece, Dimitris Mognie daripada pertubuhan Doctors For Peace merawat kanak-kanak Palestin yang tercedera di Hospital Al-Najar, Rafah. WANITA Palestin dan anaknya dirawat selepas cedera diserang askar Israel di Beit Lahiya, di Utara Gaza. SEORANG wanita Palestin menutup hidung selepas  letupan tentera Yahudi dekat kota Gaza. PENDUDUK memeriksa kemusnahan bangunan dilakukan askar Zionis di kawasan Sheikh Radwan. ASKAR Israel dalam unit kereta kebal mengawasi keadaan di sempadan dan  memantau pelancaran roket Hamas.
PELAJAR Pakistan membantah kekejaman rejim Zionis di Semenanjung Gaza. PENUNJUK perasaan membantah pengeboman  Gaza di luar kedutaan Israel di Lima. KANAK-KANAK dan orang awam di Gaza  menyelamatkan  diri daripada serangan tentera Israel sejak 18 hari lalu yang mendapat restu Amerika Syarikat. GURU Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Petaling, Hamzan Ab Hamid (kiri) bersama Mohd Sallahuddin Mukhtar (tengah) menyerahkan wang sumbangan guru dan pelajar kepada Penolong Pengurus Kewangan New Straits Times Press, Haris Shahriman untuk Tabung Gaza NSTP di Kuala Lumpur. WARGA Palestin yang tercedera merenung nasib di sebalik bangunan  musnah akibat dibom tentera Israel. RAKYAT Korea Selatan turut mengadakan bantahan serangan Israel di depan Kedutaan Amerika di Seoul.
DOKTOR Mamoun al-Bardawi dan Regis Garrigue dari sebuah organisasi amal Perancis memeriksa seorang rakyat Palestin yang cedera dalam serangan rejim Zionis di Hospital  Al-Amal di Khan Yunis, Semenanjung Gaza. SEORANG lelaki Palestin mencari barang yang masih boleh dipakai di sebuah bangunan yang musnah. KANAK-KANAK membantu keluarga mencari peralatan masih boleh gunakan di sebuah kawasan perumahan yang dibom. HAMPIR seluruh bandar Gaza jadi sasaran serangan bertubu-tubi tentera Israel sejak  Disember lalu. PENDUDUK Palestin meninjau bangunan yang musnah dibom tentera Yahudi. KERETA kebal Israel memasuki lebih jauh ke dalam wilayah Gaza.
JENAZAH dua penduduk Palestin  yang maut akibat bedilan tentera Israel di Hospital al-Shifa, di Bandaraya Gaza. BANDAR Rafah di selatan Gaza dihujani bom ketika serangan Israel masuk hari ke-18. Gambar merakam beberapa letupan di masjid dan tempat awam berikutan  serangan udara tentera Zionis. SEORANG warga Palestin melecur seluruh muka dan badan akibat terkena bom fosforus yang dilepaskan tentera Yahudi di selatan Gaza. SERANGAN bom udara dilepaskan tentera Israel ke atas wilayah utara Gaza. SEORANG lelaki mengibarkan bendera putih kepada wanita yang cuba menyelamatkan  anaknya  ketika pasukan tentera simpanan  Israel menyerang  Zeitun, Gaza. MANGSA serangan roket Israel diusung ke sebuah hospital di Gaza.
LELAKI Palestin mendukung anaknya yang berlumuran darah ke sebuah hospital di Gaza. WANITA cedera parah dibawa ke  Hospital Kamal Adwan di  Beit Lahiya, utara  Gaza. KERETA kebal Israel mula memasuki sempadan Gaza, semalam dalam usaha rejim Zionis memperhebatkan misi tenteranya untuk menawan wilayah itu. PENDUDUK Palestin meratapi kematian saudara mara di hospital Gaza. KERETA kebal tentera Israel dalam perjalanan memasuki wilayah Gaza. WARGA Palestin meninjau sebuah bangunan yang musnah akibat serangan udara  Israel di khemah pelarian  Shati, Gaza.
POLIS Perancis bertempur dengan penunjuk perasaan  membantah kekejaman Israel di Paris. PENUNJUK perasaan bertempur dengan polis di depan  Kedutaan Israel di London. DEMONSTRASI  diadakan berdekatan  Rumah Putih  serta  kediaman Barack Obama di Washington. PENDUDUK Lyon, Perancis  turut berarak mengutuk serangan  rejim Zionis di Gaza. DI HONG KONG penunjuk  perasaan turut membantah dengan  berarak ke Kedutaan Amerika. BERIBU-RIBU penunjuk perasaan menbantah kekejaman Israel di Berlin.
ORANG ramai menghulur derma kepada Tabung Dana Kemanusiaan Palestin di Masjid Jamek Lama Gemencheh. SHAHRIZAT menyerahkan kutipan derma untuk Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin Wanita dan Kanak-Kanak oleh Senada kepada  Abdul Halim pada majlis pelancarannya di Kampung Che Mat Tokeh. PENDUDUK Palestin mengutip cebisan al-Quran yang musnah selepas Masjid  al-Fadilah di Rafah dibom dalam serangan udara tentera Israel. KEPULAN asap menyelubungi sekitar Gaza selepas tentera Yahudi melancarkan bom. DUA pemuda Palestin membawa rakan mereka  yang cedera dengan motosikal ke hospital Kamal Adwan di Beit, Lahiya. WARGA emas yang cedera menahan kesakitan ketika menerima rawatan di hospital Kamal Adwan.
LELAKI Palestin membawa seorang kanak-kanak yang cedera dalam serangan Israel ke hospital Beit Lahiya, di utara Gaza. AHLI Parlimen Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zakarshi  bersama  masyarakat  membakar bendera Amerika  bagi membantah kekejaman  Israel di  Dataran Penggaram, Batu Pahat. RAPIDPENANG mengecat bas dengan memaparkan  mesej  kesengsaraan dan maklumat  kutipan derma ‘Tabung NSTP Untuk Gaza’ di Georgetown. LEBIH 5,000 orang yang terdiri daripada penuntut IPTA dan IPTS serta orang awam menghadiri Perhimpunan Selamatkan Gaza untuk mengutuk kekejaman Israel ke atas penduduk Palestin di Stadium Malawati, Shah Alam. PRESIDEN Mercy Malaysia, Dr Jemilah membantu mangsa yang cedera di Hospital Al-Arish, Mesir. TRAILER Mercy Malaysia yang membawa bekalan perubatan masuk ke Rafah.
RAKYAT Palestin meninjau kawasan pangsapuri tempat kediaman mereka yang musnah akibat serangan jet Zionis di Rafah, Selatan Gaza. Jet pejuang, kereta kebal dan kapal laut Israel, tanpa mengendahkan bantahan masyarakat dunia melancarkan serangan terhadap Palestin sejak 27 Disember lalu. RAKYAT Palestin memenuhi pusat bantuan PBB di kem pelarian Shati untuk mengambil makanan di Gaza. SEORANG Palestin di Chile mengambil bahagian dalam bantahan kekejaman Israel membunuh warga Gaza di bandar Valparaiso, kira-kira 120 kilometer di barat laut Santiago. PELAKON Venezuela berpakaian seperti Adolf Hitler (kiri), Presiden George W Bush (tengah) dan seorang pelacur mewakili PBB membuat persembahan ketika satu demonstrasi di hadapan kedutaan Israel di Caracas, dalam protes anti-Israel. ASAP menyelubungi kawasan serangan  Israel di Gaza. JEMAAH menunaikan solat  Hajat memohon kedamaian di Gaza, Palestin, di Masjid Bandaraya Kuching, Sarawak.
MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyaksikan upacara membakar bendera dan patung Presiden Amerika Syarikat dan Israel ketika  majlis pelancaran Tabung Derma Palestin, di Kota Bharu. PENUNJUK perasaan berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, membantah kekejaman Zionis  di Gaza. SEORANG jemaah tidak dapat menahan kesedihan  mengaminkan doa selepas solat Hajat untuk kedamaian Gaza. ORANG ramai membakar bendera Israel ketika tunjuk perasaan membantah keganasan di Gaza,  di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, di ibu negara. ORANG ramai di Masjid Negara, Kuala Lumpur  melaung kata-kata anti-Israel  selepas solat Hajat memohon kedamaian di  Palestin. WARGA emas Palestin mencari sesuatu di sebalik bangunan kediaman yang runtuh dibedil tentera Israel di Rafah, Selatan Gaza.
GAMBAR pada 2007 menunjukkan seorang penduduk Palestin yang mengorek terowong di Rafah, memakai topeng bagi mengelak daripada dikenali. PENDUDUK Palestin hanya mampu melihat kemusnahan akibat serangan Israel pada hari ke-12. TENTERA Israel menahan penduduk Palestin ketika beroperasi di utara Gaza. PENDUDUK Palestin memindahkan 13 mayat satu keluarga untuk dikebumikan selepas mereka menjadi mangsa serangan Israel di daerah Zeitun. SEORANG wanita Palestin tidak dapat menahan kesedihan di sisi mayat saudaranya yang terbunuh dalam serangan tentera Israel di  Beit Lahiya. ANGGOTA penyelamat membersihkan darah di jalan raya Gaza.
PENDUDUK melihat mayat saudara mereka bergelimpangan akibat serangan Israel terhadap sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Jabaliya, utara Gaza. SEBUAH klinik bergerak turut dmusnahkan oleh tentera  Israel di Gaza. REMAJA Palestin mengumpul barangan  di sebuah rumah yang musnah kerana serangan Israel. PENUNJUK perasaan mendukung anak patung ketika memprotes kekejaman Israel di Gaza. AKTIVIS Parti Komunis India muncul di lubang yang dipotong pada bendera Amerika Syarikat dalam bantahan serangan Israel di Gaza ketika mengadakan protes di kota Allahabad, India. YAHUDI Ortodok dari kumpulan Naturei Karta melaungkan slogan menuntut Israel berhenti melakukan serangan di Gaza dalam satu perarakan di daerah Mea Sharim, Baitulmaqdis.
SEORANG wanita menunjukkan poster ‘Hentikan pembunuhan beramai-ramai’, ‘Pembunuhan kanak-kanak dan orang dewasa,’ di depan Kedutaan Israel di Mexico City. PENUNJUK perasaan di Quito, Ecuador mempamerkan satu sepanduk bertajuk ‘pembunuhan beramai-ramai di Gaza’. PENUNJUK perasaan anti-Israel melaungkan slogan menentang negara Yahudi itu dalam bantahan di depan Konsulat Israel di  Los Angeles, California. PENUNJUK perasaan menunjukkan kasut dalam bantahan anti-Israel di Quito, Ecuador. DR YAHAYA (dua dari kiri) menunjukkan peralatan perubatan kepada Tunku Shahriman (empat dari kiri) pada pelancaran Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Kuala Lumpur. PENDUDUK Palestin berdoa  serta  solat jenazah sebelum pengebumian berpuluh-puluh mangsa serangan udara Israel di sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu  di Jabaliya, utara Gaza.
RAKYAT Palestin mengusung mayat lelaki yang terbunuh dalam serangan udara di Zeitun, Timur Gaza. PELAJAR Lubnan melaungkan slogan pro-Palestin  di Beirut. KANAK-KANAK Thailand   menyertai  demonstrasi di Kedutaan Israel di Bangkok. BEBERAPA wartawan berlari menyelamatkan diri ketika serangan udara Israel di Rafah. WARTAWAN asing dan Israel mengelak ketika serangan roket oleh Hamas di  Ashkelon. ANGGOTA penyelamat mengangkat lelaki Palestin yang cedera ke dalam ambulans.
BANYAK bangunan di Gaza musnah akibat bedilan tentera Israel sejak 27 Disember lalu. ANGGOTA penyelamat memeriksa keadaan mayat  kanak-kanak perempuan yang ditemui tertimbus dalam runtuhan rumahnya selepas  serangan tentera Yahudi  ke atas rumah ahli Hamas di Zeitun. SEORANG rakyat Palestin meninjau kerosakan di sekolah PBB selepas serangan udara Israel  yang mengorbankan tiga warga negara itu di Semenanjung Gaza. SEORANG pejuang Palestin memeriksa kawasan runtuhan yang musnah dalam serangan udara Israel di Gaza. SEORANG budak lelaki Palestin yang melarikan diri dari rumah bersama keluarganya ketika serangan Israel, berdiri di sebelah ibunya di sebuah sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, di Gaza. SEORANG penduduk Lubnan melihat anak patung yang dibasahi cat merah sebagai simbolik kekejaman Zionis yang membunuh rakyat Palestin ketika demonstrasi di pejabat PBB di Beirut.
SEORANG kanak-kanak menunjukkan sikap anti-Israel ketika tunjuk perasaan di Thailand. PELAJAR membantah tindakan Israel yang menyerang Gaza di Peshawar, Pakistan. WANITA Filipina membawa mangsa bom olok-olok ketika mara ke kedutaan Israel di Makati, sebagai membantah kekejaman Yahudi di Gaza. PENDUDUK bandar Chandigarh, utara India, mengutuk kempen serangan Israel yang membunuh kanak-kanak di Gaza. KANAK-KANAK Palestin yang cedera tiba untuk menerima rawatan di Hospital Shifa, Gaza. LETUPAN disusuli asap tebal dipercayai fosforus putih dilihat di ruang udara utara Gaza.
MAGDI al-Samuli tidak dapat menahan kesedihan melihat mayat  anaknya  di Hospital Al-Shifa di Gaza akibat bedilan kereta kebal tentera Israel pada awal pagi. SEORANG penunjuk perasaan mengibarkan bendera Palestin, dalam tunjuk perasaan di Piazza Duomo, Milan. ORANG ramai menyertai tunjuk perasaan membantah serangan Israel ke atas kanak-kanak Gaza, di Lyon, Perancis. PENUNJUK perasaan berarak membantah tindakan   Israel   mensasar pemimpin Hamas ketika protes di Ankara, Turki. PENUNJUK perasaan menuntut Israel diboikot kerana menyerang Gaza dalam bantahan  di Marseille, selatan Perancis. KASUT bersepah di Whitehall, London, apabila ribuan penunjuk perasaan yang berarak melemparkan kasut ke arah Downing Street, lokasi kediaman rasmi Perdana Menteri Britain, Gordon Brown dalam protes serangan Israel di Gaza.
PENDUDUK Palestin dan Jordan menjulang sepanduk dengan slogan anti Israel dan Amerika dalam tunjuk perasaan di luar bangunan Parlimen Jordan di Amman. SEBUAH keluarga Palestin yang meninggalkan rumah mereka berehat di pusat bantuan PBB di Rafah, selatan Gaza. SEORANG wanita  Palestin membawa sepanduk membantah serangan Israel ke atas Gaza dalam satu tunjuk perasaan di hadapan bangunan PBB di Beirut, Lubnan. PENDUDUK Palestin membawa seorang lelaki yang cedera ke Hospital Shifa, Gaza. KANAK-KANAK dan remaja Palestin meninggalkan kem pelarian Jebaliya di utara Gaza ketika tentera Israel dan pejuang Hamas bertempur. SEORANG budak perempuan Palestin yang cedera dikejarkan ke sebuah hospital di Gaza.
API dan asap menjulang akibat serangan Israel di Gaza. Kereta kebal rejim Zionis memasuki wilayah itu  dan melancarkan serangan waktu malam ke atas pejuang Hamas. ASAP menyelubungi  Gaza akibat bedilan bom berangkai tentera Israel, manakala  (gambar kecil) helikopter Apache milik Israel melepaskan roket ketika serangan di Beit Lahia. SEORANG bapa membawa anak perempuannya yang  melecur akibat  serangan tentera  Israel di Gaza. KANAK-KANAK cedera dibawa ke hospital di Gaza. SOLAT jenazah mangsa kekejaman rejim Israel diadakan  di kawasan lapang di utara Semenanjung Gaza. KAWASAN perkampungan Beit Lahiya, di wilayah Gaza dimusnahkan.
TENTERA Israel dibantu bedilan meriam memulakan serangan darat ke atas Gaza. SEORANG wanita memegang replika roket  ketika membantah   kekejaman Yahudi di  Jordan, Amman. PENDUDUK Sao Paulo, Brazil, menyertai masyarakat Muslim mendengar ucapan mengutuk serangan Israel. SEORANG kanak-kanak membawa sepanduk  anti-Israel di Los Angeles. PENUNJUK perasaan berhimpun di luar Kedutaan Mesir di Washington membantah keganasan Israel terhadap orang awam di Gaza.  GIMIK ‘Presiden George W Bush’ digantung di Medan.
KEPULAN asap kelihatan  selepas jet Israel membedil pinggir Gaza. PEJUANG Hamas tidak berputus asa lancar roket balas serangan Israel di Gaza. SEORANG kanak-kanak Filipina memegang sepanduk mengutuk kekejaman Israel. PENDUDUK Islam di Sydney melakukan solat di sebuah taman sambil membantah serangan di Gaza. PENUNJUK perasaan Indonesia menyertai perarakan di Jakarta membantah serangan Israel di Gaza. PENDUDUK Palestin meninjau kemusnahan di kediaman pemimpin kanan Hamas, Nizar Rayan (gambar kecil) yang maut bersama empat isteri dan 10 anaknya kerana serangan udara Israel.
PENDUDUK Gaza meninjau kemusnahan bangunan di selatan wilayah itu selepas dibedil jet Israel. SEORANG wanita Palestin meratap di hadapan kediamannya yang musnah akibat serangan udara Yahudi di Rafah.
Hak Cipta Terpelihara 2008/09 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklum balas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024x768.