Nilai eksport pertanian RM72 bilion sebelum 2010

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meningkatkan nilai eksport pertanian kepada RM72 bilion menjelang 2010, demikian menurut Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri.

Kerajaan memberi komitmen untuk meningkatkan nilai eksport produk berasaskan pertanian kepada RM58.7 bilion menjelang tempoh itu, katanya di dalam Kajian Separuh Penggal RMK9 (2006-2010) di sini hari ini.

EPU berkata, pasaran makanan sejuk beku ke Australia dan Belanda dijangka diperluaskan sebelum 2010.

Kerajaan juga ingin meluaskan pasaran makanan diproses ke China, Jepun, Belanda dan Arad Saudi.

Di samping itu, kerajaan juga memberi komitmen untuk meningkatkan pengeluaran dan pemprosesan tempatan komoditi industri seperti minyak sawit dan getah.

Katanya kerajaan juga menyasarkan untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan sara diri. - Bernama



Artikel lain: