KUALA LUMPUR: Jumlah aset kumpulan perbankan domestik beroperasi di pasaran luar negara sudah meningkat kepada RM111.6 bilion pada 2007 dari RM88.8 bilion pada 2005, kata Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri.
Kewujudan enam kumpulan perbankan domestik yang beroperasi di pasaran luar sudah meningkat kepada 19 negara pada 2007 berbanding 12 negara pada 2005, kata EPU dalam Kajian Separuh Penggal RMK9(2006-2010) disini hari ini.
Sejumlah 16 bank asing, termasuk tiga bank Islam beroperasi di Malaysia pada 2007.
Katanya, aset perbankan institusi perbankan di Malaysia meningkat kepada RM1,221.5 bilion pada tahun 2007 berbanding dengan RM958.8 bilion pada tahun 2005.
Malaysia, katanya menguasai 27 peratus atau AS$1.7 bilion daripada premium takaful global pada tahun 2007.
Pada akhir tahun 2007, menurut EPU, 68.9 peratus dari sukuk terkumpul global telah diterbitkan di Malaysia.
Dalam memperkukuhkan kaedah pengeluaran, EPU berkata jumlah pulangan jualan telah mencecah RM293.9 bilion pada tahun 2007 daripada RM198.1 bilion pada tahun 2005.
Anggaran nilai transaksi e-dagang menigkat kepada AS$20.9 bilion pada tahun 2007 berbanding dengan AS$8.8 bilion pada tahun 2005. - Bernama