KUALA LUMPUR: Jumlah nilai eksport komoditi pertanian Malaysia sudah meningkat kepada RM52.4 bilion pada 2007 dari RM37.5 bilion pada 2005, demikian menurut Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri.
Katanya, jumlah nilai eksport produk asas tani meningkat kepada RM45.3 bilion pada 2007 daripada RM35.6 bilion pada 2005.
Pelaburan dalam pemprosesan makanan berjumlah RM2 bilion, katanya dalam Kajian Separuh Penggal RMK-9 (2006-2010), di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, EPU berkata kadar penembusan Internet bagi setiap 100 isi rumah sudah meningkat kepada 19.3 peratus pada 2007 berbanding tujuh peratus pada 2005.
Dalam komitmen untuk meningkatan infrastruktur pengangkutan, antara lain, jalan raya sepanjang 32,964 kilometer dinaik taraf atau dibina, yang termasuk 4,824 km di Sabah dan 7,258 km di Sarawak. - Bernama