Peruntukan RM160 bilion untuk projek berteraskan rakyat

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperuntukan RM160 bilion untuk Projek berteraskan rakyat yang akan memberikan pelbagai manfaat serta meningkatkan taraf hidup masyarakat dalam tempoh baki RMK-9 2006-2010, demikian menurut Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri.

Katanya, projek yang tidak berteraskan rakyat di dalam rancangan asal akan dihentikan buat sementara waktu atau dipinda ke dalam RMK-10. Antaranya ialah projek Monorail Pulau Pinang berharga RM2 bilion dan Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang berharga RM1.5 bilion dan bangunan memorial di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

EPU, di dalam Kajian Separuh Penggal RMK-9, berkata RM160 bilion yang merupakan baki 70 peratus peruntukan dalam RMK9, selepas tambahan RM30 bilion sudah dimasukkan ke dalam bajet asal sebanyak RM200 bilion untuk itu.

Tambahan RM30 bilion kepada peruntukan akan difokuskan khusus untuk membiayai projek yang diutamakan seperti program sekuriti makanan, pembinaan jalan di luar bandar dan peruntukkan bagi perumahan kos rendah serta memenuhi kenaikan kos bahan pembinaan bagi projek infrastruktur yang diluluskan.

Selain itu, sebanyak RM3.0 bilion peruntukan tambahan untuk subsidi makanan, RM3 bilion untuk pelaburan strategik, RM1.6 bilion untuk rumah kos rendah, RM1.6 bilion untuk meningkatkan pengangkutan awan, dan RM1 bilion setiap negeri untuk meningkatkan perkhidmatan awam dan memacu pembangunan di Sabah dan Sarawak.

Menurut EPU, initiatif paling utama dalam agenda untuk 2008-2010 ialah pembasmian kemiskinan, mengecilkan intra dan intre etnik pendapatan dan jurang kekayaan, peruntukan untuk perumahan mampu dimiliki golongan berpendapatan rendah dan menengah, peruntukkan mendapatkan kemudahan air dan elektrik, menambah baik kesihatan dan meningkatkan taraf hidup kumpulan yang terpinggir.

Initiatif lain termasuklah memperkasakan modal insan, menaik taraf keselamatan awam, meningkatkan pengurusan dan pemuliharaan alam sekitar dan membangunkan koridor dan merancakkan pembangunan di Sabah dan Sarawak.

Dalam usaha untuk mengurangkan jurang intra dan inter etnik dari segi pendapatan dan jurang kekayaan etnik pada 2010 ketidaksamaan pendapatan Bumiputera dan Cina disasarkan untuk dikurangkan kepada 1:1.50 (1:1.54 pada 2007), manakala penstrukturan pemilikkan ekuiti untuk Bumiputera dinaikkan antara 20-25 peratus (19.4 peratus pada 2006) dan India kepada 1.5 percent (1.1 peratus), katanya.

“Kajian Separuh Penggal akan turut memberi tindakbalas kukuh penstrukturan semula harga minyak dan makanan yang berlanjutan bertujuan untuk meminimumkan kesannya kepada rakyat terutamanya yang miskin.

“Sementara subsidi petrol dan gas akan dikurangkan secara sistematik dan berjadual, jaringan keselamatan sosial akan diperkenalkan bagi memastikan golongan miskin dan yang berhak terus menerima bantuan untuk meringankan kesannya.

“Penstrukturan subsidi ini penting ditengah penstrukturan semula harga minyak dan untuk memastikan adanya sumber yang mencukupi untuk menjalankan projek pembangunan penting,” kata EPU.

Tambahnya lagi, Dasar Keselamatan Makanan Negara akan diperkenalkan untuk menangani kenaikan harga dan kekurangan bekalan makanan, termasuklah menubuhkan simpanan beras, memastikan bekalan makanan penting yang diimport mencukupi dan membuka tanah baru bagi meningkatkan pengeluaran makanan.

EPU juga berkata selain pemotongan perbelanjaan subsidi, perbelanjaan pembangunan dalam rancangan ini akan disertakan dengan peningkatan keefisienan dalam perbelanjaan.

“Pada waktu ini, kedudukan fiskal kerajaan akan terus dikekalkan sihat,” katanya. Di dalam tempoh kajian separuh penggal ini, defisit keseluruhan kerajaan (berdasarkan keluaran dalam negara kasar) akan dikekalkan 3.2 peratus seperti tahun lalu.

Intipati Kajian Separuh Penggal RMK9 menggariskan dasar, strategi dan program, apabila perlu, untuk bertindak balas terhadap kemunculan haluan terkini di dalam persekitaran ekonomi global, agar Malaysia berada di atas landasan untuk mencapai status negara maju pada 2020.

“Untuk itu, sektor swasta akan menerajui pertumbuhan ekonomi sementara kerajaan akan menyediakan persekitaran yang menyokongnya,” kata EPU. - Bernama



Artikel lain: