Pembangunan capai sasaran

KUALA LUMPUR: Kejayaan projek pembangunan pendidikan mencapai sasaran ditetapkan seperti dilaporkan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) membuktikan pelaksanaannya berada di landasan yang betul dan wajar diteruskan walaupun negara menghadapi cabaran lonjakan harga barangan kebelakangan ini.

Pelbagai pihak berpendapat kerajaan perlu memastikan program pembangunan pendidikan negara itu tidak tergendala sebaliknya memantapkan aspek pemantauan serta melakukan penilaian semula dengan memberi keutamaan terhadap projek berkeperluan tinggi.

Presiden Persatuan Ibu Bapa Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Mohamed Ali Hassan, berkata projek pendidikan seperti Rancangan Makanan Tambahan (RMT), pembangunan infrastruktur bagi merapatkan jurang pendidikan sekolah luar bandar dengan bandar antara program yang perlu terus diberi keutamaan.

Katanya, aspek pemantauan projek seumpama itu juga perlu diperkemas termasuk membabitkan PIBGN dalam menjalankan proses pemantauan terbabit bagi memastikan ketelusan penilaian pelaksanaannya.

“Syabas kepada kerajaan kerana berjaya melaksanakan program pembangunan pendidikan yang dirancang dalam RMK-9 setakat ini, namun saya ingin mencadangkan PIBGN dibabitkan dalam proses pemantauan bagi mengelakkan penilaiannya berat sebelah,” katanya.



Artikel lain: