|
Ucapan Penggulungan Perbahasan Bajet 2009
UCAPAN PENGGULUNGAN PERBAHASAN BAJET 2009 OLEH DATUK SERI NAJIB RAZAK, TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI KEWANGAN
Penggulungan pada kali ini mencatat sejarah kerana jawatan Menteri Kewangan Malaysia beralih selepas pembentangan Bajet 2009 dan sebelum penggulungannya. Di sini izinkan saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri di atas keyakinan beliau melantik saya mengambil alih porfolio Menteri Kewangan. YAB juga telah berjaya menguruskan sebuah ekonomi yang mempunyai asas yang kukuh dan berdaya tahan.
Pendahuluan
Tidak seperti krisis kewangan Asia 1997/98 dulu, pasaran kewangan dan hartanah Malaysia tidak dibelenggu petanda-petanda (symptoms) "simptom-simptom speculative bubble" di dalam pasaran kewangan dan hartanah domestik. Selain itu, Malaysia tidak terdedah kepada penularan produk kewangan inovatif yang kompleks dan tidak dikawal, yang juga antara punca utama krisis subprima dan kewangan di peringkat antarabangsa. Sementara itu, sebahagian aset pasaran modal di Malaysia adalah berteraskan prinsip syariah yang mengamalkan tahap hutang dan pengurusan kewangan yang berhemah.
Kedua: Ketiga: Keempat Kelima: Keenam: Ketujuh: Kelapan: Kesembilan: Kesepuluh: Kesebelas: Keduabelas: Ketigabelas: Keempatbelas: Kelima belas: Penjimatan RM7 bilion yang diperoleh daripada subsidi ini akan diperuntukkan semula oleh Kementerian Kewangan untuk melaksanakan projek yang disebutkan. Penjimatan ini adalah suatu rahmat untuk diagihkan kepada rakyat di samping dapat menjana pertumbuhan ekonomi. Usaha ini akan memberikan kesan positif antara lain dalam sektor pembinaan, perumahan, pengangkutan, pelaburan, latihan dan teknologi maklumat. Kerajaan sedar bahawa di dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, kepantasan bertindak untuk melaksanakan semua program yang baru disebutkan tadi adalah amat kritikal. Oleh itu, kerajaan akan menubuhkan Unit Pengurusan Projek (Project Management Unit - PMU) di bawah Kementerian Kewangan untuk memantau dan menyelaras pelaksanaan projek kritikal dan berimpak tinggi, ke arah memastikan pelaksanaan yang cekap dan berkesan. Tumpuan akan diberi bagi projek yang mempunyai kesan pengganda yang tinggi serta kritikal bagi menjana pertumbuhan ekonomi. Unit ini akan melapor terus kepada Menteri Kewangan dan dianggotai oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan, badan kawal selia, dan syarikat berkaitan kerajaan yang terpilih. Sebagai satu langkah baru untuk menjana pendapatan tambahan dan mencetuskan kegiatan ekonomi tempatan yang lebih rancak, Kerajaan akan mempercepatkan kerja-kerja membaik pulih dan penyelenggaraan kemudahan awam, antaranya sekolah, hospital dan jalan raya. Ini membabitkan peruntukan tambahan RM1.2 bilion. Selain itu, sebanyak RM1.2 bilion juga diperuntukkan untuk kerja menaik taraf, membaik pulih dan penyelenggaraan balai polis serta kuarters tentera. Sebanyak RM600 juta lagi diperuntukkan bagi projek kecil di bawah program Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS). Projek serta program mempertingkatkan kecekapan pengangkutan awam juga akan disegerakan. Sebagai langkah berterusan untuk menyediakan pengangkutan awam yang lebih luas dan efisyen, kerajaan akan membelanjakan RM35 bilion untuk melaksanakan projek meningkatkan kapasiti perkhidmatan rel serta menyediakan kemudahan infrastruktur berkaitan dalam tempoh 2009-2014. Di samping itu, peruntukan RM500 juta akan digunakan untuk penyenggaraan dan menaik taraf pengangkutan awam. Di Lembah Klang, Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) kini sedang menyediakan kajian kejuruteraan terperinci bagi penyambungan sistem LRT sedia ada sepanjang 30 km, iaitu Aliran Kelana Jaya dan Aliran Ampang. Kedua-dua projek ini dijangka siap pada 2011 dan akan memanfaatkan lebih 500,000 bilangan penduduk di sepanjang Koridor Subang Jaya-USJ dan Koridor Kinrara-Puchong. Bagi menangani kesesakan waktu puncak yang kini dialami di Aliran Kelana Jaya, 35 set tren sedang diperoleh dengan kos RM1.3 bilion. Tren set pertama dijangka diperoleh pada suku pertama 2009 dan semua tren set akan beroperasi sepenuhnya pada awal 2010. Dengan ini, kapasiti Aliran Kelana Jaya akan meningkat lebih dua kali ganda, daripada 160,000 penumpang sehari pada masa ini kepada 350,000 penumpang. Untuk memperluaskan lagi jaringan perkhidmatan rel bandar di Lembah Klang, satu laluan Koridor baru Kota Damansara-Cheras, sepanjang lebih kurang 42 kilometer (km) akan dibina dengan kapasiti melebihi 300,000 penumpang sehari. Prasarana sedang mengkaji laluan terperinci bagi koridor ini yang akan juga mengambil kira keperluan menangani kesesakan lalu lintas di lebuh raya LDP. Seramai setuju juta penduduk dijangka mendapat manfaat daripada koridor baru ini. Kerajaan juga akan membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana untuk memastikan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Untuk tujuan ini, peruntukan tambahan RM1 bilion akan disediakan. Dengan peruntukan tambahan ini, sebanyak 6.5 juta unit rumah akan dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad, sebanyak 4,000 unit rumah akan di bina di bawah Program Perumahan Rakyat di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan 42,000 unit rumah akan dibina di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Program Amal Jariah bertujuan membaikpulih rumah usang rakyat miskin tegar supaya mereka dapat menikmati rumah yang selesa dan selamat didiami. Program ini yang mula dilancarkan pada awal tahun ini, telah berjaya membaik pulih 7,000 unit rumah. Berikutan seruan Kerajaan bagi sektor swasta menyumbang kepada program yang sama, Khazanah Nasional Berhad akan melaksanakan Program Sejahtera dan sebagai permulaan sebanyak 600 rumah telah dikenal pasti. Selain itu, untuk memudahkan golongan berpendapatan rendah yang tidak mempunyai pendapatan tetap mendapatkan pinjaman perumahan, Kerajaan telah menyediakan Skim Jaminan Kredit Perumahan bagi pinjaman perolehan rumah sehingga RM100,000. Sejak dilancarkan, sebanyak 800 peminjam, termasuk peniaga kecil, petani dan nelayan, telah diluluskan pinjaman berjumlah RM35 juta. Kerajaan bercadang untuk memaksimumkan pulangan daripada semua aset yang sedia ada termasuk tanah-tanah yang belum dibangunkan lagi. Antara aset tersebut ialah tanah di lokasi strategik yang boleh dimajukan. Sehubungan dengan ini, kerajaan bercadang untuk menggunakan kaedah baru, iaitu dengan memanggil tender terbuka, yang membabitkan sektor swasta dan GLC bagi memajukan tanah tersebut. Kerajaan akan menentukan kriteria dan skop pelan pembangunan yang akan disertai dalam syarat syarat tawaran. Sekiranya konsep pembangunan ini dapat dilaksanakan, kerajaan dijangka akan memperoleh pendapatan besar, akan menggalakkan inisiatif untuk membangunkan aset Kerajaan melalui kaedah usaha sama dan Private Financing Initiative (PFI). Ini bertujuan untuk merancakkan aktiviti ekonomi serta memaksimumkan pulangan kepada Kerajaan daripada aset-aset yang sedia ada, terutamanya tanah terbiar. Aset Kerajaan yang sesuai seperti tanah akan ditenderkan kepada sektor swasta yang berdaya maju secara berperingkat. Kerajaan akan mengenal pasti Bagaimanapun, kerajaan akan menetapkan syarat-syarat yang tertentu bagi pembangunan tanah tersebut, termasuk penggunaan tanah agar selari dengan dasar dan agenda pembangunan setempat Kerajaan. Antara aset-aset, dalam bentuk tanah-tanah yang strategik, yang boleh ditawarkan di bawah inisiatif kerajaan yang terbabit dalam inisiatif ini ini termasuk tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh, tanah Kerajaan di Jalan Cochrane dan Jalan Ampang Hilir, Kuala Lumpur serta Kuala Lumpur, tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Cheras, Kuala Lumpur dan tanah Kerajaan di Jalan Ampang Hilir, Kuala Lumpur. Satu unit khas Pejabat Pengurusan Program di bawah Kementerian Kewangan akan ditubuhkan untuk memantau dan menyelaras pelaksanaan projek kritikal dan berimpak tinggi, ke arah memastikan pelaksanaan yang cekap dan berkesan. Tumpuan akan diberi bagi projek yang mempunyai kesan pengganda yang tinggi serta kritikal bagi menjana pertumbuhan ekonomi. Untuk menggalakkan perbelanjaan penggunaan swasta, walaupun kita menghadapi kemelut ekonomi global, kerajaan akan tetap mampu untuk menyegerakan memperluaskan liputan Jaringan Keselamatan Sosial ke arah meningkatkan pendapatan dan kuasa beli rakyat yang miskin dan berpendapatan rendah. Dalam hal ini, usaha sedang dilaksanakan ke arah pendaftaran serta liputan penuh penerima bantuan berdasarkan tahap kelayakan baru yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2009 lalu. Syarat asas pemberian Bantuan Kebajikan Bulanan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah dinaikkan daripada RM400 kepada RM720 untuk Semenanjung Malaysia, RM830 untuk Sarawak dan RM960 untuk Sabah, selaras dengan Pendapatan Garisan Kemiskinan. Dengan ini, bilangan isi rumah yang akan menerima bantuan akan meningkat daripada 55,000 kepada 110,000 orang. Kerajaan mensasarkan liputan penuh ini akan dicapai pada akhir tahun ini. Pada masa ini, caruman majikan kepada KWSP adalah 12 peratus manakala caruman pekerja adalah 11 peratus. Sebagai langkah untuk menambah pendapatan boleh guna pekerja, kerajaan akan membenarkan pekerja untuk mengurangkan potongan caruman pekerja KWSP secara sukarela sebanyak tiga peratus selama dua tahun, mulai 1 Januari 2009. Dengan penurunan ini, jumlah caruman masih pada tahap munasabah 20 peratus iaitu 12 peratus majikan dan 8 peratus pekerja. Seseorang yang berpendapatan RM2,000 sebulan akan memperoleh pendapatan boleh guna tambahan sebanyak RM60 sebulan, manakala seseorang yang berpendapatan RM66,000 sebulan akan memperoleh pendapatan boleh guna tambahan sebanyak RM1,880 sebulan. Sekiranya semua pencarum memilih untuk mengurangkan caruman, jumlah yang terbabit untuk setahun adalah RM4.87 bilion setahun. Sekiranya kita mengandaikan bahawa hanya 50 peratus daripada pencarum akan menggunakan kemudahan ini, perbelanjaan penggunaan swasta akan dijangka meningkat sebanyak RM2.4 bilion. Untuk memudahkan penjawat awam memiliki kereta, kerajaan akan meningkatkan had kelayakan siling kadar pinjaman kereta bagi penjawat awam seperti berikut: Penjawat awam juga akan diberi kebenaran untuk mengambil pinjaman perumahan bagi hartanah di pasaran sekunder di mana hak milik strata belum dikeluarkan. Kerajaan telah mengumumkan tempoh bayaran balik bagi pinjaman perumahan baru kakitangan Kerajaan dilanjutkan daripada 25 tahun kepada 30 tahun. Untuk memastikan peminjam sedia ada mendapat kemudahan yang sama, peminjam diberi pilihan untuk melanjutkan tempoh pinjaman kepada 30 tahun. Langkah ini akan dapat membantu menambah pendapatan boleh guna peminjam. Sebagai contoh, seorang penjawat awam yang kini mempunyai pinjaman RM190,000 selama 25 tahun, dan telah pun menjelaskan pinjaman beliau selama 10 tahun, dengan melanjutkan tempoh pinjamannya, beliau dapat mengurangkan ansuran bulanannya daripada RM1,000 sebulan kepada RM820 sebulan ataupun lebihan pendapatan boleh guna sebanyak RM180 sebulan. Pihak kerajaan, melalui Bank Negara juga akan menyaran dan menggesa pihak bank mengambil inisiatif untuk memberi kelonggaran dan menstrukturkan semula pinjaman bagi peminjam-peminjam yang memerlukan. Kerajaan telah mengumumkan tempoh bayaran balik bagi pinjaman perumahan baru kakitangan Kerajaan dilanjutkan daripada 25 tahun kepada 30 tahun. Untuk memastikan peminjam sedia ada mendapat kemudahan yang sama, peminjam diberi pilihan untuk melanjutkan tempoh pinjaman kepada 30 tahun. Langkah ini akan dapat membantu menambah pendapatan boleh guna peminjam mulai 2008. Untuk menggalakkan perkembangan perniagaan runcit dan industri pelancongan domestik, maka kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, memberi kebenaran untuk pasar raya besar (kemudahan pengguna, kompleks beli-belah hyper markets) serta hyper markets akan dibenarkan untuk melanjutkan masa perniagaan sehingga jam 12 malam pada hari biasa. Pada hujung minggu pula, ia boleh dibuka sehingga jam 1 pagi. Untuk pasar raya di pusat membeli belah, premis ini boleh dibuka sepanjang masa tertakluk kepada kebenaran kerajaan tempatan. Selain itu, langkah ini adalah selaras dengan objektif untuk menjadikan negara sebagai destinasi membeli-belah yang menarik. Kerajaan berharap dengan langkah ini, kompleks membeli-belah akan terus menyambut dengan baik usaha kempen penurunan harga barang yang telah dimulakan baru-baru ini. Untuk menggalakkan perbelanjaan pelaburan swasta, kerajaan akan menubuhkan Dana Pelaburan sebanyak RM2 bilion untuk menarik aktiviti pelaburan swasta yang berdaya maju, terutama di Lembah Klang dan Koridor Pertumbuhan. Tumpuan akan diberi kepada sektor pertumbuhan seperti perkhidmatan dan pembuatan bernilai tambah tinggi, yang mana Malaysia mempunyai potensi dan daya saing yang tinggi. Ini termasuk subsektor perbankan Islam, pelancongan, kesihatan, pendidikan dan juga 'business process outsourcing'. Selain itu, subsektor elektronik dan bioteknologi juga akan diberi tumpuan. Sasaran utama dari segi pelabur asing adalah daripada negara yang masih mempunyai tahap pertumbuhan ekonomi dan kecairan modal yang tinggi seperti China, India dan Timur Tengah. Dana ini akan digunakan untuk memberi geran, pinjaman mudah atau modal ekuiti kepada pelabur. Pendekatan sebegini, kerajaan telahpun berjaya menarik pelabur dalam sektor perkhidmatan berteknologi tinggi, seperti Dell, Hewlett Packard dan Satyam, ke Cyberjaya serta projek bernilai tambah tinggi dalam sektor pembuatan bernilai tambah tinggi, seperti pengeluaran panel solar panel dan komponen kapal terbang. Kerajaan juga komited kepada usaha meliberalisasikan sektor perkhidmatan di bawah Perjanjian Rangka Kerja Perkhidmatan Asean (AFAS), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) di peringkat dua hala dan serantau. Di bawah AFAS, semua sektor perkhidmatan akan dibuka sehingga 70 peratus pegangan asing pada 2015. Antara sektor yang akan dibuka termasuklah sektor logistik, aktiviti tertentu dalam sektor telekomunikasi, pelancongan, perkhidmatan hospital swasta dan sektor pengajian tinggi. Kerajaan akan membuat pengumuman terperinci setelah mendapat kelulusan Kabinet berasaskan cadangan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Dalam hal ini, kerajaan juga akan memberi tumpuan kepada pembangunan keupayaan dan modal insan. Kapasiti sektor perkhidmatan akan ditingkatkan melalui program latihan pekerja tempatan serta memudahkan pengaliran masuk pekerja mahir dan profesional asing. Pelancongan kesihatan dan pendidikan adalah subsektor yang berpotensi besar dalam sektor perkhidmatan. Untuk terus merangsang dalam subsektor tersebut, kerajaan akan menyediakan garis panduan untuk memudah cara pengambilan profesional dan pelatih asing, memudahkan pengiktirafan kelayakan asing, memudah cara proses visa bagi pesakit dan keluarga serta menyelaras syarat-syarat berkaitan dengan penubuhan dan operasi hospital dan pusat latihan kesihatan. Pendekatan yang serupa akan diambil bagi subsektor pelancongan pendidikan, termasuk penubuhan sekolah swasta antarabangsa, dengan tumpuan diberi kepada koridor pertumbuhan seperti Iskandar Malaysia. Untuk menggalakkan aktiviti sektor swasta, langkah-langkah liberalisasi berikut akan diambil: Pertama: Kedua: Ketiga: Pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan akan membawa kepada penjanaan peluang pekerjaan yang lebih lembab dan juga pengangguran. Oleh itu, dalam usaha menyediakan lebih banyak peluang latihan dan pekerjaan, Kerajaan akan mengambil langkah-langkah berikut: Pertama: Kedua: Susulan suasana ekonomi yang mencabar; Untuk membantu usahawan yang menjalankan perniagaan kecil, Bank Negara Malaysia akan menyediakan pinjaman mudah RM200 juta bagi melaksanakan skim mikro kredit. Dana tambahan ini akan diselaraskan dan diagihkan melalui saluran sedia ada. Selain itu, kerajaan juga telah menyediakan dana modal pusingan RM100 juta untuk Program Kewangan Mikro Bandar. Program ini diletakkan di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memandangkan kejayaan program yang sama bagi kawasan luar bandar. Sejak dilancarkan awal tahun ini, Program Kewangan Mikro Bandar sehingga kini telah mengeluarkan pembiayaan melebihi setengah juta ringgit kepada hampir 200 peminjam. Untuk merangsang aktiviti pasaran modal, baru-baru ini, saya telah mengumumkan penambahan dana Valuecap sebanyak RM5 bilion untuk pembelian ekuiti syarikat-syarikat yang mempunyai asas yang kukuh tetapi nilai pasaran mereka kini terjejas berikutan kesan pergolakan pasaran ekuiti global. Dana tambahan ini akan diperoleh melalui pinjaman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dijamin kerajaan. Pulangan yang akan diperoleh KWSP adalah lebih kurang pulangan yang diperoleh sekuriti kerajaan. Oleh itu, pinjaman ini bukan saja menjamin pulangan yang lebih tinggi daripada kadar deposit institusi perbankan, tetapi juga pelaburan yang mempunyai risiko yang paling minimum kepada KWSP. Pemegang ekuiti Valuecap, iaitu Khazanah Malaysia, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), adalah agensi-agensi kerajaan yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan pelabur terbesar dalam pasaran ekuiti negara. Valuecap ditubuhkan pada 2003 dengan dana RM5 bilion semasa pasaran ekuiti negara mengalami kegawatan. Sebagai pelabur jangka panjang, Valuecap melabur dalam syarikat-syarikat blue chips di sektor-sektor utama seperti kewangan, perkhidmatan, perladangan, pembinaan, hartanah, industri, tenaga, dan komunikasi. Valuecap mempunyai mandat untuk melabur dalam mana-mana syarikat dan bukan saja dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC). Langkah yang serupa juga telah dilaksanakan di beberapa negara, seperti Tracker Fund of Hong Kong semasa krisis kewangan tahun 1998 dan baru-baru ini, oleh Qatar Investment Authority dan juga sebuah dana pencen terbesar di Korea. Untuk melancarkan lagi proses perolehan kerajaan supaya lebih telus dan mendapat "value for money", kerajaan akan memastikan bahawa sebahagian besar perolehan kerajaan akan dilakukan melalui tender terbuka dan tender terhad. Perolehan kerajaan untuk kontrak-kontrak Bumiputera juga akan ditenderkan melalui "competitive bidding" di kalangan syarikat-syarikat Bumiputera. Hasrat kerajaan ialah supaya kontraktor-kontraktor Bumiputera dapat bersaing dengan sihat dan meningkatkan lagi daya tahan mereka. Bagaimanapun, kerajaan masih ada budi bicara untuk menimbangkan rundingan terus atas pertimbangan tertentu. Pengecualian daripada dasar ini akan hanya dibuat di dalam keadaan tertentu saja. Langkah-langkah yang diumumkan ini, Insya-Allah, akan dapat menangani impak daripada suasana global yang mencabar. Dengan sokongan dan gandingan kesemua pihak termasuk sektor swasta dalam menangani krisis kewangan global dan pertumbuhan ekonomi dunia yang perlahan. Saya juga yakin dalam persekitaran yang mencabar ini, kesejahteraan rakyat akan terus dapat dijamin manakala pembangunan negara akan terus dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tuan Yang Dipertua, Dengan penjelasan mengenai senario ekonomi global dan domestik serta langkah-langkah tambahan Bajet 2009 di atas, saya berpendapat beberapa isu utama berhubung Bajet 2009 yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Ketua Pembangkang Permatang Pauh dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain telah dijawab. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menjawab isu-isu lain yang telah dibangkitkan oleh ahli-ahli di Dewan yang mulia ini. PENGURUSAN MAKROEKONOMI Pelaburan Langsung Asing (FDI) Ahli Yang Berhormat Batu Pahat meminta Kerajaan menyediakan pelan yang lebih rapi dan melaksanakan pendekatan baru untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI), khususnya daripada pelabur Timur Tengah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah dalam menarik pelaburan asing ke Malaysia. Ini termasuk langkah mengurangkan kos dalam menjalankan perniagaan melalui penambahbaikan proses dan mekanisme, menyediakan program perancangan dan pembiayaan perniagaan bersepadu bagi merangsang pelaburan industri serta mengkaji semula perundangan dan peraturan berkaitan pelaburan yang menghalang pembangunan industri. Langkah-langkah ini telah menunjukkan kejayaan di mana FDI bagi tempoh Januari hingga Ogos-Julai 2008 adalah RM362.85 bilion, berbanding jumlah FDI keseluruhan 2007 iaitu RM33.4 bilion. Langkah baru untuk menubuhkan Dana Pelaburan yang diumumkan tadi akan dilaksanakan segera bagi menyokong usaha menarik FDI yang lebih tinggi. Selain itu, kerajaan akan menyokong inisiatif peneraju Koridor Pembangunan untuk membuat misi pelaburan ke luar negara, terutamanya India, China dan Timur Tengah dalam usaha untuk menarik pelaburan yang tinggi dan mapan. Pelaburan Dalam Sektor Teknologi Tinggi Ahli Yang Berhormat Batu Pahat dan Ahli Yang Berhormat Kuala Selangor meminta kerajaan memberi penekanan terhadap pelaburan dalam sektor selain daripada yang berintensifkan buruh (labour intensive), khususnya kepada sektor berasaskan teknologi tinggi. Untuk makluman, kerajaan sentiasa memberi penekanan kepada pelaburan yang berasaskan pengetahuan (knowledge-intensive) dan teknologi terkini berbanding berasaskan buruh. Ini dapat dilihat daripada inisiatif-inisiatif Kerajaan dengan pembangunan koridor pertumbuhan wilayah, termasuk Iskandar Malaysia yang memberi penekanan kepada sektor perkhidmatan, yang mempunyai nilai tambah yang tinggi. Kerajaan sedang giat memajukan industri yang berpotensi, seperti kewangan Islam, pelancongan, pendidikan dan logistik yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang tinggi. Pada masa yang sama, bagi sektor yang berintensifkan buruh seperti pembinaan dan pertanian, kerajaan juga telah mengambil langkah seperti menggalakkan penggunaan automasi dan jentera di ladang-ladang dan penggunaan sistem industrialised building system (IBS) dalam sektor pembinaan yang seterusnya mengurangkan pergantungan terhadap buruh asing. Dalam hal ini, kerajaan akan memastikan bahawa kandungan IBS dalam semua projek, kerajaan telah menetapkan untuk menguatkuasakan penggunaan sekurang-kurangnya 70 peratus kandungan IBS dalam semua projek kerajaan. DASAR PERCUKAIAN DAN SUBSIDI Ahli Yang Berhormat Bagan membuat saranan supaya mengurangkan cukai syarikat secara progresif daripada 25 peratus kepada 17 peratus. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kadar cukai korporat telah diturunkan dari 28 peratus pada tahun taksiran 2006 kepada 25 peratus pada tahun taksiran 2009. Cukai korporat di Malaysia adalah kompetitif berbanding di negara-negara lain. Sebagai contoh, kadar cukai korporat di India, Indonesia, United Kingdom, Jepun dan Australia adalah 30 peratus. Ahli Yang Berhormat Bagan juga menyentuh perubahan harga petrol secara harian dibuat selaras dengan perubahan harga pasaran harian minyak mentah dunia. Berkenaan dengan cadangan perubahan harga secara harian, ia hanya boleh dilaksanakan pada keadaan di mana harga minyak runcit di stesen minyak diapungkan sepenuhnya. Ini kerana di dalam keadaan semasa di mana kerajaan masih mengawal harga minyak runcit di stesen minyak serta memberikan subsidi, penetapan harga minyak secara harian adalah tidak efisyen dan menimbulkan banyak masalah pentadbiran., terutama dari aspek peningkatan kos menjalankan perniagaan dan masalah pelaksanaan kepada Kerajaan, syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak. KEWANGAN DAN PERBANKAN PENGURUSAN KONTRAK DAN PEROLEHAN KERAJAAN Pembelian Ekuiti Bank Internasional Indonesia (BII) Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh meminta penjelasan terhadap pembelian 35 peratus saham BII oleh Maybank. Pembelian ini didakwa pada Book Value 4.2 ganda yang tinggi dan ingin mengetahui pihak mana yang terbabit dalam membuat keputusan ini, selain Menteri Kewangan. Suka saya memperjelaskan di sini, dakwaan bahawa keputusan pembelian berkenaan membabitkan Menteri Kewangan adalah tidak benar. Ini adalah suatu transaksi komersil dan keputusan hala tuju bank serta pelaburannya ditentukan oleh Lembaga Pengarah Maybank dan pemegang saham bank berkenaan. Selaras dengan urus tadbir korporat yang telus, lembaga pengarah adalah bertanggungjawab terhadap keputusan yang telah dibuat. Penjelasan yang sama juga terpakai bagi pembelian 20 peratus saham dalam MCB Bank di Pakistan oleh Maybank. Sistem Perbankan Islam Ahli Yang Berhormat Pontian meminta Kerajaan terus mengeksport kepakaran dalam sistem perbankan Islam, khususnya ke negara-negara Timur Tengah dan mencadangkan tindakan lebih agresif diambil bagi memperkenalkan perbankan Islam ke luar negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sememangnya memandang serius usaha untuk menghasilkan modal insan atau sumber manusia berkepakaran tinggi dalam kewangan Islam, terutama golongan profesional kewangan Islam yang mahir dalam syariah serta berpengetahuan dengan amalan terkini industri. Menjelang 2010, diunjurkan kira-kira 11,600 kakitangan terlatih dan profesional dalam kewangan Islam diperlukan dan jumlah itu meliputi 31 peratus daripada jumlah keseluruhan profesional terlatih dalam sektor perbankan di negara ini. Kerajaan berkeyakinan unjuran permintaan di atas dapat dipenuhi dengan adanya strategi menyeluruh yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan. Bantuan pinjaman rumah Ahli Yang Berhormat Pulai menyarankan supaya Bajet 2009 mengambil kira bantuan kepada pembeli rumah serta membuat kawalan mengenai kadar inflasi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak institusi perbankan telah memberikan komitmen untuk membantu meringankan beban peminjam pembeli rumah. Antara usaha-usaha yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut: Pertama: i. merangkumkan kos awal seperti fi guaman sebagai sebahagian dari pinjaman. Dalam kes-kes tertentu, institusi perbankan boleh menanggung kos fi guaman dan duti setem bagi pihak pembeli; Kedua: ii. menawarkan produk-produk yang mengenakan kadar pinjaman faedah yang amat kompetitif serta menyediakan skim pinjaman bersama (2 Generasi); dan Ketiga: iii. institusi perbankan bersedia mengadakan rundingan awal dengan peminjam sebelum mereka menghadapi masalah bayaran balik. Institusi perbankan juga bersedia menstrukturkan semula pinjaman dengan melanjutkan tempoh pinjaman kepada mereka yang benar-benar menghadapi masalah bayaran balik. Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh dan Ahli Yang Berhormat Ipoh Timur membangkitkan mengenai pemberian tender Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi kepada Telekom Malaysia. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi ini adalah penting untuk memastikan daya saing negara pada masa hadapan. Prasarana sebegini akan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan aktiviti ekonomi dan perniagaan, dan seterusnya melonjakkan negara ke tahap nilai tambah yang lebih tinggi. Selain itu, pelaksanaan projek ini akan memangkin lebih banyak lagi pelaburan swasta. Bagi 2009, sebanyak RM700 juta peruntukan tambahan akan disediakan untuk mempercepatkan pelaksanaan projek ini. Kerajaan telah bersetuju supaya projek infrastruktur perkhidmatan telekomunikasi Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (High Speed Broadband (HSBB) oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dilaksanakan secara tender bagi memberi peluang kepada kontraktor-kontraktor tempatan yang berkelayakan, termasuk kontraktor Bumiputera. Antara justifikasi mengapa TM dipertimbangkan untuk melaksanakan projek HSBB adalah seperti berikut: i. Sebahagian besar infrastruktur tetap yang sedia ada (95 peratus) adalah milik TM. Pasaran jalur lebar masa ini adalah berdasarkan teknologi Asymmetric Digital Subscriber Line (ADSL) yang menggunakan teknologi copper di mana TM adalah syarikat telekomunikasi utama yang menguasai 95 peratus core network. Dasar pelantikan TM adalah bagi memastikan perluasan infrastruktur HSBB dapat dilaksanakan dengan lebih cepat kerana adalah mudah bagi TM untuk menaik taraf rangkaian sedia ada milik TM kepada teknologi Very High Speed Digital Subscriber Line 2 (VDSL2) yang mampu memberikan kelajuan minimum 10 Mbps dengan kos yang lebih rendah; ii. Kos penyediaan prasarana fiber adalah agak tinggi di mana pemberi perkhidmatan lain hanya boleh menyediakan rangkaian berkenaan di kawasan golden triangle saja, iaitu di kawasan yang sesuai saja. Bagaimanapun, pelaksanaan projek HSBB ini memerlukan perluasan infrastruktur HSBB di kawasan yang terpilih atau ditentukan kerajaan; iii. Pemilikan lebih daripada 90 peratus broadband market share oleh TM dapat menjamin take-up ke atas perkhidmatan dan kejayaan projek HSBB. Ini dapat memastikan sasaran untuk mencapai 50 peratus penembusan jalur lebar isi rumah; dan iv. Kedudukan kewangan TM telah dikenal pasti kukuh untuk membuat pelaburan ke atas projek HSBB. Perolehan Helikopter Daripada Eurocopter France Yang Berhormat Permatang Pauh dan Ipoh Timur membangkitkan beberapa perkara mengenai perolehan 12 unit helikopter daripada Eurocopter France untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menggantikan helikopter Nuri. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, perolehan pesawat ini dilaksanakan secara Tender Antarabangsa yang penilaian teliti telah dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Harga dan diperakukan oleh Lembaga Perolehan Kementah sebelum dimajukan kepada Kementerian Kewangan untuk penilaian dan kelulusan. Penilaian tender dibuat berdasarkan dokumen tender yang telah dikemukakan oleh petender-petender dan ia dinilai berdasarkan pematuhan tawaran petender kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dalam dokumen tender. Syarikat yang dipilih adalah bukannya menawarkan harga yang tertinggi sebaliknya harga yang ditawarkan adalah memenuhi spesifikasi (Best Value For Money). Untuk makluman, tawaran syarikat Kelowna Flightcraft Limited (Canada) yang menawarkan harga terendah iaitu RM1.051 bilion tidak disokong kerana pesawat yang dibekalkan gagal dalam penilaian spesifikasi teknikal yang telah dibuat oleh KEMENTAH. Harga yang memenuhi spesifikasi dan dipersetujui oleh kerajaan adalah RM1.605 bilion iaitu masih rendah berbanding dengan tawaran harga tertinggi RM2.713 bilion. Tawaran harga yang dipersetujui adalah kompetitif kerana ia bukannya saja membabitkan kos pembekalan 12 helikopter (EC 725), malah merangkumi pembekalan alat ganti, Tools, Test Equipment, Publications, Documentations, Supplementary Articles (peralatan dukungan bagi penugasan khusus/ketenteraan), penyelenggaraan, Technical Support Services, latihan dan program offset yang ditawarkan. Tambahan lagi, jenis dan spesifikasi pesawat yang dibekalkan kepada kerajaan India adalah berbeza dengan pesawat yang ditawarkan kepada Malaysia. Harga yang dipersetujui oleh Kerajaan masih boleh dirundingkan ke paras terendah. Kerajaan tiada maklumat mengenai isu komisen kerana penilaian tender dibuat berdasarkan pematuhan petender kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dalam dokumen tender. Saya ingin memperjelaskan di sini, bahawa pengeluaran Surat Niat (LOI) bertarikh 15 September 2008 adalah selaras dengan peraturan perolehan semasa yang berkaitan dengan keperluan supaya LOA dikeluarkan secepat mungkin mengikut SPP 5/2007. Masalah Kontraktor di Sabah Ahli Yang Berhormat Kalabakan menyentuh Kontraktor Bumiputera dan bukan Bumiputera di Sabah yang menghadapi masalah disebabkan peningkatan harga bahan-bahan binaan yang tinggi. Didapati bahawa tiada peruntukan khas di dalam Belanjawan 2009 bagi mengatasi masalah ini. Apakah tindakan Kerajaan dalam menangani masalah ini bagi membantu kontraktor di Sabah terus menyiapkan projek kerajaan yang belum siap. Untuk makluman Ahli yang Berhormat, berikutan kenaikan harga bahan binaan dan harga bahan api yang ditanggung oleh pihak kontraktor dalam melaksanakan projek kerajaan, khususnya projek di bawah RMK-9, kerajaan bersetuju untuk mengkaji syarat perubahan harga bagi memastikan projek Kerajaan tidak terjejas dan dapat disiapkan. Untuk tujuan itu, Kementerian Kewangan telah mengeluarkan Surat Pekeliling Perbendaharaan bertarikh 6 Ogos 2008 mengenai syarat dan kaedah pengiraan perubahan harga yang baru. Peraturan baru ini membolehkan syarat perubahan harga khas diberikan kepada projek reka dan bina, di samping menambah bilangan bahan binaan bagi tujuan pengiraan perubahan harga. Pelaksanaan perubahan harga ini turut diberikan kepada kerja-kerja Mekanikal dan Elektrikal, yang sebelum ini tidak mempunyai sebarang peruntukkan perubahan harga bagi kerja berkenaan. Kerajaan juga bersetuju untuk memberikan kemudahan khas kepada kontraktor seperti berikut: Pertama: (i) lanjutan masa sehingga tiga (3) bulan bagi projek yang masih dalam pembinaan; dan Kedua: (ii) bayaran kemajuan interim dibuat dua (2) kali sebulan mengikut nilai kerja sebenar bagi membantu aliran tunai kontraktor. Kerajaan yakin bahawa pelaksanaan syarat perubahan harga ini serta kemudahan khas yang diberi dapat membantu mengurangkan beban kewangan yang dihadapi oleh kontraktor di samping memastikan pelaksanaan projek RMK-9 dapat disiapkan. PENUTUP Tuan Yang DiPertua, Selama lebih lima jam Ketua Pembangkang telah berhujah tentang Bajet 2009. Ia adalah sesuatu yang luar biasa jika dibanding cuma satu jam setengah masa pembentangan Bajet 2009 oleh YAB Perdana Menteri pada 29 Ogos 2008. Namun tuduhan-tuduhan Permatang Pauh yang menyatakan Bajet 2009 ini tidak boleh diguna pakai ternyata meleset. Malah usaha pembangkang untuk menubuhkan kerajaan pada 16 September 2008 tidak lebih daripada suatu fatamorgana, mirage, impian yang tidak menjadi kenyataan. Yang pasti, usaha itu telah menyebabkan berlakunya ketidakstabilan suasana harmoni dan merenggangkan keyakinan pelabur asing kepada negara kita. Sesungguhnya kerajaan Barisan Nasional akan terus kukuh bagi menjaga kepentingan pelbagai kaum di negara ini. Semangat Bajet 2009 iaitu Kerajaan Prihatin akan terus menerajui perjuangan murni yang menjadi landasan teras kerajaan Barisan Nasional. Dalam menghadapi masa depan persekitaran yang mencabar ini, saya menyeru kepada semua rakyat warga Malaysia, baik di dalam atau luar negeri, untuk sama-sama menyumbang ke arah memastikan krisis ini ditangani dengan jayanya. Kita perlu belajar daripada pengalaman yang lalu, di mana kita berjaya mengharungi setiap krisis dengan semangat bersatu padu dan kerjasama yang erat. Semua pihak mempunyai peranan yang penting dalam memastikan negara kita terus membangun dengan maju, tidak kira sektor awam, sektor swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO) mahupun parti politik. Saya yakin, gandingan dan usaha sama yang jitu akan membolehkan kita berjaya menangani cabaran yang kita sedang hadapi ini, Insya-Allah. Sebesar mana dan setinggi mana pun rempuhan badai kemelesetan ekonomi dunia, akan kita hadapi dengan persiapan rapi. Benteng pertahanan kita wajar semakin tegap dengan sokongan akrab dan dokongan mantap dari semua pihak. Marilah kita menggalas amanah dengan penuh tanggungjawab untuk membina ekonomi negara melalui Bajet 2009 ini. Hasrat murni kita ini dilandasi dengan penuh sifat berhemah dan bijaksana demi mengutamakan kepentingan negara tercinta dan membela rakyat jelata. Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan mengemukakan pandangan serta saranan untuk perhatian Kementerian Kewangan. |
Artikel lain: |
