|
Anwar, Arif Shah bertemu di masjid
BUKIT MERTAJAM: Sejak kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh bermula 16 Ogos lalu, kedua-dua calon utama, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat, dan Datuk Arif Shah Omar Shah dari Barisan Nasional (BN), jarang bertembung.
Ketika jemaah berasak-asak menghampiri Anwar, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin yang juga Pengerusi Hal Ehwal Agama Negeri bangun berucap tanpa menggunakan pembesar suara.
“Kita harus periksa kebenaran sebelum buat tuduhan,” katanya sebelum seorang anggota jawatankuasa pengurusan masjid itu muncul di hadapan Mohammad Fairus dan mengarahkannya menghentikan ucapan politiknya.
|
Artikel lain: |