|
Guan Eng minta swasta beri cuti umum esok
PULAU PINANG: Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini menggesa syarikat swasta di Pulau Pinang memberi cuti umum kepada pekerja mereka esok sama seperti dilakukan kerajaan negeri bagi membolehkan pemilih mengundi pada pilihan raya kecil bagi kerusi Permatang Pauh.
Sebelum itu, Kementerian Pelajaran mengumumkan semua sekolah di kawasan parlimen itu ditutup bagi membolehkan bangunan sekolah digunakan sebagai pusat mengundi.
|
Artikel lain: |