Ke Berita Harian Online
Menu
PENASIHAT Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR meraikan kejayaannya memenangi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini, malam ini. Anwar memperolehi 31,195 undi untuk menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Arif Shah Omar Shah yang mendapat 15,524 undi dan calon Angkatan Keadilan Islam Malaysia Hanafi Mamat yang menerima 92 undi. 26-08-2008 DATUK Seri Najib Tun Razak mengadakan sidang media selepas keputusan diumumkan. Turut kelihatan Datuk Ariff Shah Omar Shah (tiga kanan), Tan Sri Koh Tsu Koon (dua kanan). 27-08-2008 PETUGAS Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengira undi di Pusat Penjumlahan Undi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh, Institut Perguruan Tuanku Bainun. 26-08-2008 KEKECOHAN berlaku antara polis dan ahli Parti Keadilan Rakyat  (PKR) akibat dari dua orang ahli mereka ditahan di balai polis Seberang Jaya. Ahli PKR mendakwa ada penghuni hantu. 26-08-2008
SEORANG perayu undi Parti Keadilan Rakyat (PKR) memakai topeng calon parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewarnai suasana pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh. 26-08-2008 JALAN RAYA berhampiran Sekolah Kebangsaan Seri Penanti penuh sesak dengan ribuan penyokong dari kedua parti membanjiri kawasan berkenaan di hari pembuangan undi pilihan raya Parlimen Permatang Pauh. 26-08-2008 PENYOKONG PKR di luar peti undi Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Jaya. 26-08-2008 LIM KIT SIANG melambaikan tangan kepada perayu undi Barisan Nasional di Seberang Jaya. 26-08-2008
KAWALAN keselamatan yang ketat ketika proses membuang undi di pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh hari ini. Seramai 5,000 ahli Pasukan Gerakan Am (PGA) ditempatkan di semua tempat pembuangan undi Parlimen Permatang Pauh. 26-08-2008 KEADAAN lalu lintas sesak berikutan orang ramai keluar untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk memilih calon di kawasan pusat pengundian pada  pilihan raya kecil Permatang Pauh di sini, hari ini. 26-08-2008 KESESAKAN lalu lintas di hadapan pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2 di sini, hari ini. Sekolah itu antara 25 buah pusat mengundi yang dibuka mulai 8 pagi. 26-08-2008 ANTARA gelagat penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Barisan Nasional (BN) dalam usaha meraih undi di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2. 26-08-2008
WARGA emas Azizah Md Saad dibantu pertugas SPR membuang undi di Sekolah kebangsaan Seberang Jaya 2. 26-08-2008 CALON Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah mencium tangannya selepas menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2. 26-08-2008 CALON Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengundi di Sekolah Kebangsaan Sri Penanti, jam 9.30 pagi. 26-08-2008 TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meninjau suasana di pondok semakan nama Barisan Nasional (BN) di hadapan Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2 ketika melakukan tinjauan ke pusat pengundian. 26-08-2008
FITNAH:  Arif Shah menunjukkan laporan polis  mengenai SMS dakwaan politik wang di Bukit Mertajam. 26-08-2008 TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta ibu-ibu tunggal dan orang kurang upaya Parlimen Permatang Pauh berdoa memastikan kemenangan calon Barisan Nasional di Seberang Jaya. 26-08-2008 AHLI Jawatankuasa Puteri Penerangan Malaysia, Siti Norasidah Mohd Sidek, memberi risalah kempen Barisan Nasional di Jalan Tanah Liat berhampiran bagunan Umno bahagian Permatang Pauh. 25-08-2008 CARI BUKTI: Polis memeriksa kawasan dipercayai diletak bahan letupan berhampiran Bilik Gerakan Puteri Umno di Kubang Semang, awal pagi semalam. 25-08-2008
HILANG KEPERCAYAAN: Zamil Ibrahim (duduk tiga dari kiri) bersama 200 orang mengumumkan keluar daripada PKR sambil diperhatikan Ezam (empat dari kiri) dan Nallakurupan (lima dari kiri) di Sungai Petani, semalam. 25-08-2008 PETUGAS Suruhanjaya Pilihan Raya P44 Permatang Pauh membuat persiapan terakhir menjelang pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh di Maktab Perguruan Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, hari ini. 25-08-2008 CALON Parti Keadilan Rakyat (PKR) Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) memberikan ucapan di ceramah perdana sambil dikelilingi penyokongnya di Taman Tun Hussein Onn. 24-08-2008 ANGGOTA polis memeriksa bilik gerakan Puteri Umno di Kubang Semang yang dipercayai telah diletakkan bahan letupan di situ. 24-08-2008
DATUK Noraini Ahmad meninjau gerakan Puteri Umno di Kubang Semang yang dipercayai telah diletakkan bahan letupan. 24-08-2008 ZIARAH:  Nor Mohamed  bersalaman dengan  Mohd Sairien ketika melawatnya di Hospital Pakar Bukit Mertajam Seberang Prai. 24-08-2008 CALON Barisan Nasional Permatang Pauh, Datuk Omar Shah Arif Shah menunjukkan buku catatan tiga lima yang digunakan sepanjang kempen pilihan raya. 23-08-2008 TUNAI KEWAJIPAN: Anggota polis, Lans Koperal Wan Ghazali Ahmad memasukkan kertas undi ke dalam undi pos pada hari mengundi pos bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di Bandar Perda. Seramai 490 pegawai dan anggota polis mengundi pada pilihan raya itu. 23-08-2008
Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad (kanan) memimpin Bedah Omar, 85, pulang ke rumah ketika  kempen  dari rumah ke rumah di Kampung di Padang Tembusu sempena pilihan raya kecil Permatang Pauh. Beliau  diiringi Naib Ketua Puteri Umno, Rosnah Abdul Rashid (kiri).  Puteri Umno terus gigih berkempen walaupun ada ahlinya mendakwa diraba dan diludah beberapa penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika hari penamaan calon 16 Ogos lalu. Seramai  1,500 anggota Puteri dari seluruh negara menyertai kempen 10 hari itu. 23-08-2008 PERINGATAN: Gambar memaparkan jurugambar   New Straits Times Press   dipukul turut dipasang di Jalan Tanah Liat, Bukit Mertajam. 23-08-2008 BERI PENERANGAN:  Syed Abdul Rahman membuat pendedahan berhubung pembohongan  Anwar di bilik gerakan Barisan Nasional Guar Perahu, malam tadi sambil disaksikan Najib. 23-08-2008 BERTEMU: Arif Shah   bersalaman dengan Anwar selepas sembahyang Jumaat di Masjid Jamek Seberang Jaya, semalam. 23-08-2008
KEMPEN: Khairy  berceramah  di Pusat Gerakan Induk Pemuda BN di Permatang Pauh, malam tadi. 23-08-2008 BERI SOKONGAN: Penyelaras bilik operasi PKR Padang Tembak, Liew Yow Hooi  mengangkat tangan  Ariff Shah selepas  keluar dari parti PKR. Turut kelihatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman (dua dari kiri). 22-08-2008 TURUN PADANG: Khairy turut   berkempen untuk calon BN di Seberang Jaya, malam tadi. 22-08-2008 PASTIKAN TELUS: Penolong Pegawai Pengurus pilihan raya kecil Permatang Pauh, Kamarul Haizal Koderat (kiri) memerhatikan kakitangan  SPR  memeriksa sampul dan peti undi pos di Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Prai Tengah, semalam. 22-08-2008
KIRA HARI: Ketua Pemuda Datuk Seri Hishammuddin Hussein Onn melihat papan pengiraan hari mengundi yang tinggal enam hari saja  selepas  melawat Bilik Gerakan Wanita Barisan Nasional dalam kempen pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh di Tanah Liat Permatang Pauh semalam. 21-08-2008 KENA SIASAT: Osman (kiri) dan Usaili antara enam yang ditahan BPR atas dakwaan kes rasuah dan sogokan seks manakala Jamaluddin (kanan) diminta memberi keterangan di pejabat BPR Perak di Ipoh, semalam. 21-08-2008 Ahli puteri Umno Tanjong dan Permatang Pauh meniti batas sawah padi untuk berkempen dari rumah ke rumah di sekitar Kampung Tanah Liat. 21-08-2008 Petugas Wanita Umno Kampung Besar, Sitee Samad (tengah) bertemu dengan Zainab Ibrahim 68 , (tiga dari kiri ) ketika  kempen rumah ke rumah di Permatang Pauh. 21-08-2008
DICARI:  Shaharon (kanan) menunjukkan gambar suspek yang dikehendaki datang memberi keterangan kepada polis. 21-08-2008 PENYAYANG: Calon BN Parlimen Permatang Pauh, Datuk Arif Shah Omar Shah bertanya khabar kepada Poh Lian Hua sedang menidurkan anaknya di Sungai Lembu. 21-08-2008 Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) mula memasang poster Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bendera PKR sebagai persiapan menjelang pilihan raya kecil bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh. 21-08-2008 TURUN PADANG: Najib bersalaman dengan Desa Arit, 88 sambil diperhatikan isterinya, Fatimah Bakar, 81,  ketika  berjumpa  dengan penduduk Kampung Sama Gagah, di Bukit Mertajam. 21-08-2008
KEMPEN: Petugas Pemuda Barisan Nasional  menampal poster  Arif Shah di Permatang Pauh. 21-08-2008 TANYA KHABAR: Arif Shah  bersalaman dengan Bakar Yahaya, 63, dan isterinya,  Che Som Hashim ketika melawat kawasan banjir di Permatang Rawa. 21-08-2008 PERLAKUAN BIADAP: Penyokong PKR mengejar  kenderaan petugas Barisan Nasional (gambar 1). Jurugambar NSTP, Mohd Sairien Nafis yang berada di tempat kejadian kemudian menaiki kenderaan itu bagi merakamkan tindakan   penyokong PKR (gambar 2) sebelum dia ditolak dari pacuan empat roda terbabit lalu  dipukul  (gambar 3) dan kameranya bernilai lebih RM15,000 dirampas selepas proses penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh, semalam. Mohd Sairien kemudian diselamatkan polis (gambar 4). 23-08-2008 PENYOKONG Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggunakan wang seolah-olah mempersendakan penyokong Barisan Nasional (BN) ketika penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh. 21-08-2008
CALON Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah bersalaman dengan Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Hanafi Hamat (tengah) sambil diperhatikan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas masing-masing menyerahkan borang penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh di Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini. 21-08-2008 TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengiringi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah (berbaju Melayu kuning) tiba di pusat penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, di Institut Perguruan Tuanku Bainun. 21-08-2008 PANJAT: Pelbagai aksi ditunjukkan oleh para penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berkumpul di padang Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini, hari ini yang menjadi pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pauh. 21-08-2008 PENASIHAT Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua dari kiri) diiringi isteri, Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga Presiden PKR, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa (kiri), Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang serta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (belakang, tengah) tiba di pusat penamaan calon di Institut Perguruan Tuanku Bainun, di Permatang Pauh. 21-08-2008
PENYOKONG parti yang bertanding pada pilihan raya kecil Permatang Pauh membawa sepanduk dan bendera pada penamaan calon di padang Institut Perguruan Tuanku Bainun. 21-08-2008 PASUKAN keselamatan berkawal di padang Institut Perguruan Tuanku Bainun bagi memastikan penyokong parti yang bertanding tidak melakukan kekacauan. 21-08-2008