|


Ibrahim Ali kekal Bebas

KOTA BHARU: Bekas Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang kini bertindak sebagai pembangkang di Dewan Rakyat selepas memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas, mahu kekal sebagai wakil rakyat Bebas.

Ibrahim, 57, berkata beliau tidak bercadang menyertai mana-mana parti, termasuk Pas walaupun bertanding menggunakan tiket parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Sabtu lalu.

Katanya, tumpuan utama beliau pada masa sekarang ialah menyuarakan masalah rakyat selain membantu mewujudkan kerajaan yang lebih telus dan bersih.

“Saya bukan agresif, tapi akan tetap lantang membawa suara rakyat dan menjadi Ahli Parlimen yang baik.

“Saya bukan nak kejar apa-apa pun, jadi, lebih baik saya bebas dan tidak terikat dengan mana-mana parti,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Ibrahim mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Ahmad Rosdi Mahmad dengan majoriti 8,991 undi.

Artikel lain: