|


Komponen ikrar setia

KUALA LUMPUR: Dua parti komponen Barisan Nasional (BN) yang mewakili kaum India, MIC dan Parti Progresif Penduduk (PPP) berikrar untuk terus setia bersama gagasan itu dan meletakkan harapan supaya wakilnya dilantik menganggotai Kabinet yang bakal dibentuk Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Malah, kedua-dua parti itu yang hanya memenangi sejumlah kecil Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum lalu menganggap suara mereka penting bagi menjaga kepentingan lapan peratus masyarakat India di negara ini.

Setiausaha Agung MIC, Datuk Dr S Subramaniam, berkata MIC mahu memastikan wakilnya dilantik dalam Kabinet bagi menjamin kepentingan kaum India negara ini terpelihara.

“Nama ketiga-tiga calon MIC yang menang pada pilihan raya umum baru-baru ini akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk dipertimbangkan menyertai Kabinet. Tanpa penyertaan MIC, tentu sukar untuk menyampaikan dan melaksanakan hasrat kaum India,” katanya.

Pada pilihan raya umum lalu, MIC menang tiga kerusi Parlimen, masing-masing di Tapah melalui Ketua Penerangannya, Datuk M Saravanan; S K Dewamany di kerusi Parlimen Cameron Highlands dan Subramaniam sendiri di Parlimen Segamat serta tujuh kerusi DUN.

Artikel lain: