|


Najib ketuai janji setia
Oleh Anwar Hussin dan Magendran Rajagopal

32 menteri, 35 timbalan menteri ikrar laksana tanggungjawab

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam, mengetuai barisan menteri Kabinet dan timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan, taat setia dan menyimpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, di Istana Negara, di sini, semalam.

Najib, 54, yang mengangkat sumpah sebagai Timbalan Perdana Menteri, adalah antara 32 menteri dan 35 timbalan menteri yang dilantik menganggotai pentadbiran baru pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu.

Majlis penuh istiadat itu berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara pada jam 11.05 pagi. Abdullah mengangkat sumpah jawatan dan menyimpan rahsia di hadapan Tuanku Mizan pada 10 Mac lalu, dua hari selepas BN memenangi 140 daripada 222 kerusi Parlimen.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah. Abdullah, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah juga hadir.

Selepas Najib, lima menteri kanan kemudian mengangkat sumpah jawatan dan menyimpan rahsia yang didahului Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Yang lain ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Kumpulan seterusnya didahului Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim; Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin Fah Kui; Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Mohd Shafie Apdal dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed kemudian mengetuai kumpulan ketiga yang membabitkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Uggah Embas.

Menteri lain yang mengangkat sumpah jawatan dan menyimpan rahsia ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar; Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Dr Ng Yen Yen dan Menteri Kerjaraya, Datuk Mohd Zin Mohamed.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor; Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai; Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek; Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Senator Tan Sri Muhammad Muhammad Taib; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ong Ka Chuan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Mohd Zaid Ibrahim; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Amirsham A Aziz dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

Kumpulan timbalan menteri seterusnya mengangkat sumpah jawatan dan menyimpan rahsia.

Mereka ialah Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Joseph Kurup; Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Liew Vui Keong; Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Robert Lau Hoi Chew.

Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Joseph Salang Gandum; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Kong Cho Ha; Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Joseph Entulu Belaun; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Johari Baharum dan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Wira Abu Seman Yusop.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim; Timbalan Menteri Kerjaraya, Datuk Yong Khoon Seng; Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Rohani Abdul Karim; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Noriah Kasnon dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Chor Chee Heung.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh; Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Jacob Dungau Sagan; Timbalan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Teng Boon Soon; Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Jelaing Mersat.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof; Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail; Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Tan Lian Hoe, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, SK Devamany.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, M Saravanan; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh; Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Senator A Kohilan Pillay; Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wee Jeck Seng.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr Hou Kok Chung; Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib; Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hamzah Zainudin; Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hassan Malek.

Dua timbalan menteri yang disenaraikan Perdana Menteri semalam, Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar (Luar Negeri) dan Datuk Anifah Aman (Pengangkutan), menolak pelantikan masing-masing.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Pegawai Agama Istana Negara Datuk Abdul Rahman Mohamad.

Artikel lain: