|
<
<< Sebelum
|
KAKITANGAN Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak sedang menyiapkan peti undi lutsinar dan dokumen berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-12 di Bilik Operasi Ipoh Barat untuk diedarkan ke merata pusat mengundi di negeri itu. Sejak awal bulan lalu, SPR mula menghantar 50,000 peti undi telus cahaya itu ke pejabat pilihan raya negeri di seluruh negara untuk digunakan kali ini. Peti undi telus cahaya itu kali pertama digunakan pada pilihan raya umum di negara ini selaras dengan komitmen SPR untuk meningkatkan tahap ketelusan pilihan raya.
|
Selepas >>
>
|