|
<< Sebelum

KAKITANGAN kerajaan negeri yang bertugas di Bangunan SUK di Shah Alam terpaksa berbaris panjang kira-kira satu kilometer apabila polis mengadakan pemeriksaan ketat terhadap semua kenderaan di semua pintu pagar bangunan itu pagi semalam. Tinjauan mendapati polis hanya membenarkan mereka yang ada pas kerja memasuki kawasan bangunan itu bagi memastikan tiada pihak tidak berkenaan mengambil kesempatan masuk tanpa kebenaran. Kesesakan itu berakhir kira-kira setengah jam kemudian dan tiada sebarang kejadian tidak diingini dilaporkan. Anggota polis trafik serta Unit Simpanan Persekutuan (FRU) turut berkawal di sekitar bangunan yang menempatkan pejabat Menteri Besar dan sebahagian besar jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan.

Selepas >>  >