Ahad, 23 April 2017 - 1:32PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Guru Palestin menang anugerah, terima hadiah AS$1j

Daripada Mohd Azrone Sarabatin di Dubai
dan
Emiriah Arab Bersatu (UAE)



PELAJAR Palestine bergamba bersama Hanan Al Hroub (kanan), yang dinobatkan pemenang Anugerah Pendidikan Global 2016 anjuran Yayasan Varkey sempena Forum Pendidikan dan Kemahiran Global 2016 di Atlantis The Palm. - Foto REUTERS

DUBAI: Guru dari Palestin, Hanan Al Hroub dinobatkan pemenang Anugerah Pendidikan Global 2016 anjuran Yayasan Varkey sempena Forum Pendidikan dan Kemahiran Global 2016 di Atlantis The Palm, sebentar tadi.

Anugerah berprestij itu disampaikan Perdana Menteri dan Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum.

Kejayaan itu membolehkan guru yang menempuh cabaran menghadapi murid trauma kerana ditembak di negara bergolak berkenaan membawa pulang hadiah AS$1 juta (RM4.1 juta).

Dua guru Malaysia iaitu Noorjahan Sultan, 45, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Indera Mahkota Utama, Kuantan, Pahang dan Vanesri Kasi, 26, dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Jalan Khalidi, Muar, Johor turut berada dalam kelompok 50 nama disenarai pendek sebagai penerima anugerah itu.

Seramai 8,000 pencalonan dari 148 negara dari seluruh dunia dihantar menyertai anugerah berprestij itu.

Delegasi Malaysia turut serta pada forum itu diketuai Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

HANAN Al Hroub .

Trending

    Disyorkan