Selasa, 25 April 2017 - 10:41PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Pangsapuri mampu milik dibina di Jasin

Oleh Norizzah Baharudin



IDRIS diiringi Ketua Pegawai Eksekutif PERTAM, Datuk Yusof Jantan (kanan) meninjau pameran kediaman pangsapuri pada majlis perasmian Pecah Tanah Pangsapuri Mampu Milik PERTAM di Jasin Bestari, hari ini. - Foto Norizzah Baharudin

JASIN: Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM) akan membina 320 unit pangsapuri mampu milik di Bandar Jasin Bestari di sini, yang dijangka siap dalam tempoh kurang 24 bulan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata pembinaan pangsapuri berkenaan meliputi kawasan seluas 203 hektar menerusi projek pembangunan Bandar Jasin Bestari, membabitkan Fasa 1 hingga Fasa 6 termasuk unit kediaman dan perniagaan.

"Pangsapuri mampu milik tujuh tingkat ini menempatkan 320 unit rumah pada tapak seluas 3.3 hektar selain keluasan lantai 1,042 kaki persegi serta tiga bilik tidur dan dua bilik air dengan kemudahan lif," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Pecah Tanah Pangsapuri Mampu Milik PERTAM di Bandar Jasin Bestari, hari ini yang turut diiringi EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar negeri, Datuk Ismail Othman.

Idris berkata, pangsapuri mampu milik dengan dua blok bangunan itu dijual pada harga RM106,000 hingga RM118,000 seunit untuk pembeli Bumiputera.

"Harga semasa di peringkat nasional untuk rumah mampu milik dengan keluasan melebihi 850 kaki persegi ialah antara RM150,000 hingga RM180,000.

"Ini membuktikan keprihatinan kerajaan negeri terhadap rakyat yang berada dalam golongan berpendapatan RM3,000 dan ke bawah untuk bersama menikmati kemudahan lebih selesa," katanya.


Lagi Berita:

Trending

    Disyorkan