Jumaat, 23 Jun 2017 - 6:28PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Tengku Bakar hanya kawan - Uqasha

Oleh Zaidi Mohamad



PELAKON, Uqasha Senrose, dan Tengku Bakar.

KUALA LUMPUR: Pelakon, Uqasha Senrose, mengaku hubungannya dengan seorang kerabat dikenali sebagai Tengku Bakar masih pada peringkat berkawan.

"Kami masih dalam peringkat berkawan. Seperti orang lain, kami juga cuba mengenali hati budi masing-masing. Saya tahu bunyinya seperti klise, tetapi itulah yang saya boleh katakan.

"Selagi tidak diketahui jodoh dengan sesiapa, kita juga akan sentiasa kenal orang baharu," katanya ringkas ketika diminta mengulas mengenai hubungannya dengan seorang jejaka yang dikatakan golongan kerabat sebuah negeri.

Kedua-duanya sebelum ini dilihat cukup terbuka berkongsi gambar di laman sosial Instagram. Bagaimanapun Uqasha memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu sebelum ini.

"Hendak dikatakan hubungan ini serius, jujur saya memang tidak berani berbuat begitu. Saya juga bimbang pisang berbuah dua kali.

"Saya enggan dikecewakan sekali lagi. Justeru saya selesa menganggap hubungan ini sebagai hanya kawan," kata kakak kepada pelakon, Nelydia Senrose ini.

Kata bintang Paku Pontianak berusia 25 tahun ini, sudah tiga tahun beliau mengenali jejaka terbabit, namun perhubungan mereka hanya semakin rapat sejak enam bulan lalu.


Trending

    Disyorkan