Sabtu, 24 Jun 2017 - 1:14AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

KAJ meterai perjanjian RM30b majukan Melaka Gateway

Oleh Suffian A Bakar



CADANGAN pembangunan Melaka Gateway bernilai RM30 bilion oleh KAJ. - Foto laman web melakagateway

KUALA LUMPUR: Pemaju utama Melaka Gateway, KAJ Development Sdn Bhd (KAJ) hari ini memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Powerchina International Group Ltd bagi cadangan pembangunan Melaka Gateway bernilai RM30 bilion.

Di bawah MoA itu KAJ akan bekerjasama dengan Powerchina bagi pembangunan dan pembinaan tiga pulau bagi tujuan pelancongan, komersial, hartanah dan maritim.

Pelaburan pembangunan itu dianggarkan bernilai RM30 bilion dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun daripada tarikh MoA dimeterai.

Hadir sama menyaksikan majlis pemeteraian itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron; dan CEO MIDA, Datuk Azman Mahmud.

Pulau keempat di Melaka Gateway, yang dikhususkan sebagai terminal kontena dan pukal, pembinaan dan baik pulih kapal dan taman perindustrian maritim akan dimajukan KAJ bersama Guangdong, China and Chief Minister Incorporated (CMI).

Melaka Gateway adalah projek pembangunan bercampur premier merangkumi tiga pulau buatan dan satu pulau semulajadi merangkumi kawasan seluas 1,366 ekar (522 hektar) di Selat Melaka.


Trending

    Disyorkan