Sabtu, 27 Mei 2017 - 9:47PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Datin Paduka Seri Norashikin dilantik Tengku Permaisuri Selangor

Oleh Rafidah Mat Ruzki



PASANGAN di-Raja Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan isteri Baginda, Tengku Permaisuri Norashikin Abd Rahman di Istana Alam Shah Klang. - Foto Ihsan Istana Selangor

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik Konsort (isteri) baginda, Datin Paduka Seri Norashikin Abd Rahman, sebagai Tengku Permaisuri Selangor, berkuat kuasa semalam.

Dengan pelantikan itu, Norashikin akan memakai gelaran Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Setiausaha Dewan di-Raja Selangor, Hanafisah Jais, dalam satu kenyataan pagi ini, berkata selepas berunding dengan Dewan di-Raja Selangor yang bersidang pada 8 September lalu, baginda berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran Datin Paduka Seri kepada Norashikin.

Pada 31 Ogos lain, Sultan Selangor melangsungkan perkahwinan dengan Tengku Permaisuri Norashikin di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin dinikahkan oleh Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid.

Ia adalah perkahwinan ketiga Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Baginda mempunyai dua puteri, Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah serta seorang putera, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.


Trending

    Disyorkan