Jumaat, 23 Jun 2017 - 6:20PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Lufya, doktor kacak nikah November?

Oleh Zaidi Mohamad



Lufya dan tunangnya Hafiz juga seorang doktor dikatakan akan bernikah November ini.

KUALA LUMPUR: Lufya dan tunangnya yang juga doktor, Dr Che Muhammad Hafiz akan mengadakan majlis khas pada 10 Oktober ini bagi memperincikan pernikahan dan resepsi mereka.

Aktres itu berkata, acara itu lebih kepada sesi beramah mesra dengan rakan media sambil berkongsi persediaan hari bersejarah mereka yang dirancang menjelang akhir tahun ini.

"Datanglah dahulu majlis pada 10 Oktober itu nanti. Segala-galanya akan kami kongsikan termasuk tarikh serta perincian perkahwinan kami," kata bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam (AF6) itu.

Lufya atau nama sebenarnya, Lutfyah sheikh Omar melangsungkan pertunangan dengan doktor kacak berkenaan sejak Ramadan lalu.

Walau pada awalnya mereka kurang mendedahkan hubungan itu, beberapa bulan kebelakangan ini Lufya dilihat lebih terbuka berkongsi gambar berdua.

"Kami memang serius mahu membina keluarga bersama-sama malah ketika ini persiapan ke arah majlis perkahwinan juga sudah dimulakan. Mudah-mudahan apa yang dirancangkan akan menjadi kenyataan.

"Ikut perbincangan keluarga kedua-dua belah pihak, majlisnya memang bakal dilangsungkan tahun ini cuma tarikhnya hanya akan dikongsikan pada majlis itu nanti," luahnya lagi.

Biarpun tuan punya diri masih menunggu sesi bersama media untuk pengumuman tarikh pernikahan dan persandingan, sumber terdekat mendedahkan pasangan sama padan itu akan disatukan pada November depan.


Trending

    Disyorkan