Khamis, 30 Mac 2017 - 12:57PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Keputusan lagu layak ke AJL31 diumum malam ini

Oleh Hidayah Mohammad



AKIM & The Majistret menjuarai Anugerah Juara Lagu (AJL) 30 di Stadium Melawati Shah Alam Januari lalu. - Foto Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: Sebanyak 13 lagi lagu akan dipertandingkan di pentas separuh akhir Muzik Muzik 31, yang bersiaran secara langsung menerusi TV3 dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, bermula jam 9 malam ini.

Dalam separuh akhir kedua ini, karya yang akan dipersembahkan ialah Obses dendangan Akim & The Majistret, Di Amaran Mama (Hazama), Polaroid (Sakura Band), Hidup Dalam Mati (Syamel), Hingga Ke Jannah (Caliph Buskers), Seindah Mimpi (Jaclyn Victor) dan Pencuri Hati (Ayda Jebat).

Tidak ketinggalan mengintai peluang ke Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL31) pada Januari nanti ialah lagu Terimaku Seadanya nyanyian Misha Omar dan Hafiz Suip, Ku Rela Dibenci (Aiman Tino), Selamanya (Alif Satar dan Shila Amzah), Kalah Dalam Menang (Syamsul Yusof feat Mawi), Romeo (Mimifly) dan Anugerah Terindah (Black).

Minggu lalu, sebanyak 17 lagu sudah pun dipertandingkan manakala keputusan 12 lagu yang melayakkan diri ke AJL31 akan diumumkan oleh Fara Fauzana dan Fizie sebaik saja semua 30 lagu selesai dipersembahkan.

BH Online akan turut berada di sana bagi membuat liputan FB Live dari masa ke semasa bermula jam 8.30 malam.


Trending

    Disyorkan