Sabtu, 25 Februari 2017 - 5:01PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Khalid Samad 'diserang' di pekarangan Parlimen

Oleh Mohd Anwar Patho Rohman; Hazwan Faisal Mohamad dan Luqman Arif Abdul Karim


KUALA LUMPUR: Pekarangan Bangunan Parlimen hari ini digemparkan dengan pergaduhan antara sekumpulan individu dengan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Kumpulan yang dipercayai dari Pasir Salak, Perak, itu kelihatan mula berhimpun di hadapan pintu masuk bangunan sejak jam 9 pagi dan memakai kad pelawat yang diberikan pihak kawalan keselamatan Parlimen.

Situasi bagaimanapun bertukar cemas apabila seorang daripada kumpulan berkenaan bertindak berlari secara melulu ke arah Khalid yang baru tiba di situ.

Khalid yang dikawal rapi oleh pegawai keselamatan Parlimen segera dibawa ke dalam lobi kerana kumpulan terbabit bertindak agresif terhadapnya.

Pada sidang media selepas itu, Khalid menjelaskan, pengawal keselamatan Parlimen memaklumkan padanya bahawa sekumpulan invididu menunggu ketibaannya di hadapan lobi bangunan.


PERGADUHAN antara sekumpulan individu dengan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad di pekarangan Bangunan Parlimen, hari ini.

Sehubungan itu, katanya, pengawal keselamatan memberi cadangan sama ada untuk menanti di tempat lain dan tidak ke Dewan Rakyat untuk sementara waktu bagi mengelak sebarang insiden.

"Memandangkan hari ini ada banyak perkara yang nak dibincangkan di Dewan, termasuk RUU 355 dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), maka saya buat keputusan nak ke Dewan.

"Sebaik keluar dari kereta, saya didatangi sekumpulan individu yang mencaci dan mencemuh saya, selain cuba untuk bertindak kasar. Syukur pengawal keselamatan Parlimen mengepung dan melindungi saya dengan menggunakan badan mereka sebagai 'perisai'.

"Kesian mereka (pengawal keselamatan) sebab ada antaranya yang ditumbuk kerana mempertahankan saya," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada kawalan keselamatan Parlimen.


Trending

    Disyorkan