Selasa, 30 Mei 2017 - 9:17AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Serah kepada SPRM siasat - Idris

Oleh Fairuz Zaidan



KETUA Menteri, Datuk Seri Idris Haron. - Foto Mohd Yusni Ariffin

MELAKA: Kerajaan negeri menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kes rasuah membabitkan seorang pegawai kanan yang bertugas di pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, menegaskan tiada sesiapa yang boleh mengatasi undang-undang termasuk penjawat awam.

"SPRM mempunyai hak untuk menyiasat mana-mana pihak yang dirasakan perlu. Saya bukan perisai atau pelindung, mereka tidak harus menggunakan saya jika sesuatu berlaku terhadap mereka.

"Saya amat berhati-hati dengan orang di sekeliling saya dan tidak mudah bergaul dengan orang yang rasuah," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Pegawai kanan berusia 55 tahun yang bergelar Datuk itu ditahan oleh SPRM di sekitar bandar raya ini kira-kira jam 2 petang, kelmarin.

Suspek ditahan reman empat hari bermula semalam.

Difahamkan, suspek disyaki meminta wang suapan bagi projek berkaitan PBT dan SPRM turut membekukan 22 akaun bank bernilai RM23 juta yang dikaitkan dengannya.


Lagi Berita:

Trending

    Disyorkan