Sabtu, 24 Jun 2017 - 9:58PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Jangan klik pautan lucah di Facebook - SKMM

KUALA LUMPUR: Pengguna Facebook dinasihati agar tidak membuat klik pada pautan video bertajuk 'Gadis Mabuk Setelah Pesta' atau 'Aksi Lucu Gadis Mabuk Teruk' yang tersebar di laman sosial itu.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), pautan berkenaan cuba untuk menarik pembaca dengan memaparkan visual berunsur lucah.

"Apabila anda klik pautan itu, anda akan diminta memasang satu perisian berbentuk 'plugin' yang sebenarnya adalah sejenis malware (virus)," menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook suruhanjaya itu.

SKMM meminta pengguna yang menjumpai kandungan sedemikian membuat laporan penyalahgunaan secara terus kepada Facebook di ruangan 'Report This Post - It's spam' di bahagian kanan (atas) kandungan berkenaan.

"Jika akaun (Facebook) anda telah dijangkiti malware, sila tukar kata laluan secepat mungkin dan sampaikan peringatan ini kepada rakan-rakan anda," menurut kenyataan itu.

- BERNAMA


Trending

    Disyorkan