Khamis, 30 Mac 2017 - 1:01PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Nasib saya mungkin berbeza jika Tun M Presiden PPBM - Anina

Oleh Mohd Anwar Patho Rohman



BEKAS Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin.

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin, percaya nasibnya mungkin berbeza jika Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi presiden parti itu.

Beliau yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Srikandi PPBM pada 2 November lalu, percaya pemecatannya dibuat atas arahan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Jika (Pengerusi PPBM) Dr Mahathir yang menjadi presiden, keputusannya pasti berbeza. Saya percaya keputusan Majlis Presiden ini tiada kaitan dengan pengerusi," katanya kepada BH, hari ini.

Anina turut mempersoalkan kewujudan Majlis Presiden dalam PPBM kerana perlembagaan parti itu tidak menyatakan mengenai kewujudan majlis berkenaan.

Katanya, ketika Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Agung, Datuk Dr Shaharuddin Md Salleh, memaklumkan perkara itu minggu lalu, kedua-duanya menyatakan keputusan itu dibuat oleh Majlis Presiden.

"Saya tidak sedar kewujudan majlis ini. Sepanjang pengetahuan saya sebagai antara tujuh orang pengasas PPBM, tidak ada dalam perlembagaan parti menyatakan kewujudan Majlis Presiden. Mungkin ia ditubuhkan oleh Muhyiddin," katanya.


Trending

    Disyorkan