Isnin, 23 Januari 2017 - 6:16AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

SM Salim meninggal dunia

HULU KLANG: Bintang legenda, Tan Sri SM Salim, 88, meninggal dunia di rumah anaknya di Ukay Perdana, di sini, pada jam 5.44 petang tadi akibat sakit tua.

Anak sulungnya, Siti Noraishah, 60, mengesahkan bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisi anak-anak dan cucu.

SM Salim atau nama sebenarnya, Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros dilaporkan tenat sejak semalam hingga perlu diberi alat bantuan pernafasan.


ALLAHYARHAM Tan Sri SM Salim.

DR Azuzay Zamani (baju ungu) mengesahkan kematian Tan Sri SM Salim yang meninggal dunia pada jam 5.44 petang, di kediamannya di Taman Sering Ukay, Hulu Klang. - Foto NSTP/ Mohd Yusni Ariffin
AHLI keluarga dan kenalan membacakan surah Yassin selepas Tan Sri SM Salim meninggal dunia jam 5.44 petang di kediamannya di Taman Sering Ukay, Hulu Klang. - Foto Mohd Yusni Ariffin
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menziarahi jenazah Tan Sri SM Salim yang meninggal dunia di Taman Sering Ukay, Hulu Klang. - Foto NSTP/Mohd Yusni Ariffin