Khamis, 25 Mei 2017 - 1:41AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Jenazah SM Salim dikebumikan

Oleh Muhamad Fairoz Azizan


KUALA LUMPUR: Jenazah bintang legenda, Allahyarham Tan Sri SM Salim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, di sini, kira-kira jam 2.45 petang tadi.

Terdahulu, Allahyarham atau nama sebenarnya, Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros, 88, disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Bharu, di sini selepas selesai solat Jumaat.

Kira-kira 200 sanak-saudara dan kenalan hadir memberi penghormatan terakhir termasuk rakan artis antaranya Uji Rashid, Datuk Jeffrydin, Datuk M Nasir, Herman Tino, Datuk M Daud Kilau dan Zack Kool.

Allahyarham meninggal dunia akibat sakit tua di rumah anaknya di Sering Ukay, Hulu Klang, pada jam 5.45 petang semalam.

JENAZAH bintang legenda, Allahyarham Tan Sri SM Salim disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Bharu, Kuala Lumpur selepas selesai solat Jumaat. - Foto Asyraf Hamzah
JENAZAH bintang legenda, Allahyarham Tan Sri SM Salim disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Bharu, Kuala Lumpur selepas selesai solat Jumaat. - Foto Asyraf Hamzah
JENAZAH bintang legenda, Allahyarham Tan Sri SM Salim diusung untuk dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang. - Foto Asyraf Hamzah
JENAZAH bintang legenda, Allahyarham Tan Sri SM Salim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur, kira-kira jam 2.45 petang tadi. - Foto Aizuddin Saad

Trending

    Disyorkan