Sabtu, 25 Februari 2017 - 5:11PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

PAS anjur himpunan sokong RUU 18 Februari

Oleh Norrasyidah Arshad



SIDANG media khas Himpunan Rang Undang-Undang 355 berkaitan hudud anjuran PAS di Shah Alam. - Foto Roslin Mat Tahir

SHAH ALAM: Himpunan Rang Undang-Undang 355 berkaitan hudud anjuran PAS akan diadakan pada 18 Februari depan.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata PAS mensasarkan seramai 300,000 orang akan hadir pada perhimpunan yang dijangka berlangsung di Dataran Merdeka itu.


TIMBALAN Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. - Foto Roslin Mat Tahir

Katanya, pihaknya sudah memohon kebenaran pihak berkuasa bagi mendapatkan permit tetapi keputusan rasmi masih belum diterima.

"Himpunan ini juga membabitkan 200 NGO Islam. Bagi perhimpunan ini, tema yang digunakan ialah Syariat Diperkasa Rakyat Sejahtera," katanya pada sidang media perhimpunan itu di sini, sebentar tadi.


Trending

    Disyorkan