Jumaat, 26 Mei 2017 - 7:16PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Isu BR1M: Tun M terbawa-bawa politik kebencian

Oleh Balqis Jazimah Zahari



TIMBALAN Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman. - Foto Faiz Anuar

KAMPUNG GAJAH: Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang melabelkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai rasuah dianggap terlalu 'terbawa-bawa' dengan politik kebencian sehingga sanggup melabelkan apa sahaja kepada kerajaan.

 

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, berkata sikap terlalu benci kepada kerajaan mengakibatkan bekas Perdana Menteri itu sanggup melabelkan perkara baik untuk rakyat sebagai tidak baik.

 

"BR1M ini diberikan untuk membantu mereka yang bertaraf kehidupan rendah, miskin dan memerlukan, sebagai tanda keprihatinan dan tanggungjawab kerajaan membantu golongan itu.

 

"Kenapa pula dianggap menyalahi daripada segi agama dan dianggap sebagai rasuah. Saya berasa sangat sedih, perangai Tun Mahathir yang sedemikian rupa," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Kelab Usahawan Sahabat Amanah Ikhtiar Pasir Salak (KuPAS) di Dewan Besar Felcra Berhad (FELCRA) Changkat Lada di sini, hari ini.

 

Tajuddin yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, penyerahan BR1M juga adalah sama dengan program ziarah dan penyerahan wang sumbangan yang dilakukan oleh wakil rakyat ke kampung untuk membantu golongan miskin.

 


Trending

    Disyorkan