Jumaat, 23 Jun 2017 - 6:21PM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Sharnaaz pilih 31 Mac jadi suami

Oleh Farihad Shalla Mahmud


KUALA LUMPUR: Aktor Sharnaaz Ahmad memilih 31 Mac ini sebagai tarikh untuk disatukan dengan Noor Nabila Mohd Noor yang juga kakak pengacara popular, Neelofa.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 32, berkata majlis akad nikah akan diadakan di kediaman pengantin perempuan pada sebelah malam.

"Kami bakal mengadakan tiga acara berasingan iaitu akad nikah, resepsi sebelah pengantin perempuan di sebuah hotel di ibu kota pada 2 April dan majlis keluarga saya di sebuah hotel di Pulau Pinang pada 16 April.


Pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila Mohd Noor mengumumkan pernikahan dan majlis resepsi pada sidang media di Clubhouse Duta Tropika. - Foto NSTP/Saifullizan Tamadi


Pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila Mohd Noor mengumumkan pernikahan dan majlis resepsi pada sidang media di Clubhouse Duta Tropika. - Foto NSTP/Saifullizan Tamadi

"Sementara ini, majlis akad nikah akan diadakan secara tertutup, namun kami akan menyediakan jurugambar rasmi pada acara berkenaan.

"Bagaimanapun semuanya masih dalam perbincangan," kata Sharnaaz pada sidang media di sini, petang ini.

Menurut pelakon Suamiku Encik Sotong itu, beliau akan menyerahkan lima dulang hantaran kepada bakal isteri, berbalas tujuh. Begitupun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Pasangan ini berkenalan pada 2015 sebelum Sharnaaz menghantar rombongan merisik buah hatinya pada Disember tahun lalu.

Pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila Mohd Noor mengumumkan pernikahan dan majlis resepsi pada sidang media di Clubhouse Duta Tropika. - Foto NSTP/Saifullizan Tamadi

Trending

    Disyorkan